Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Wednesday, 5 March 2014
Pelaksanaan Ibadah Qurban 2013/1434H di Kemboja
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha pihak eQurban.com telah berangkat ke Kemboja dengan menaiki pesawat AirAsia. Mereka yang terlibat berada di sana lebih kurang seminggu demi tugas dan amanah saudara seIslam bagi melaksanakan Ibadah Qurban 2013/1434H. Turut bersama beberapa orang peserta Qurban tahun 2013 dan juga team Denaihati.
Alhamdulillah tahun ni tempahan lembu melalui eQurban.com berjumlah lebih 1,000 ekor lembu di mana 330 ekor lembu ditempah dari Malaysia dan selebihnya tempahan yang diterima dari luar negara. Kesemua pelaksanaan ibadah Qurban dibuat di Kemboja dan Vietnam.
Qurban di Kemboja tahun ni agak mencabar kerana keadaan sebahagian besar bumi Kemboja sekarang yang dilanda banjir terutama yang melibatkan perkampungan muslim. Perancangan awal berkaitan lokasi penyembelihan terpaksa diubah. Haiwan sembelihan Qurban juga terpaksa dipindahkan ke tempat lain.
Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar dan baik dengan bantuan daripada petugas-petugas Cambodian Muslim Cooperatives (CMC) dan penduduk kampung yang terlibat.
Pelaksanaan Ibadah Qurban 2013 dibuat di beberapa perkampungan di Kemboja dan Vietnam seperti di Kampong Chhnang, Kampong Cham, Dam Bea, Chroy Mintry, Punhea Krek, Me Mot dan lain-lain. Team eQurban dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dibahagikan tugas di setiap lokasi berasingan untuk urusan penyembelihan.
sumber dari: http://denaihati.com/pelaksanaan-ibadah-qurban-2013-1434h-kemboja
Labels:
eidul adha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment