Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Wednesday, 5 March 2014
MISI KEMBARA RAMADHAN KEMBOJA
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua…..
Seperti tahun-tahun lepas, pihak eQurban akan menyertai Misi Kembara Ramadhan Kemboja untuk mengagih-agihkan barang-barang keperluan harian berupa makanan, ubat-ubatan & pakaian untuk masyarakat Islam Kemboja bagi kegunaan di Bulan Ramadhan ini dan Hari Raya nanti. Disamping itu pihak eQurban juga membawa tempahan Aqiqah yang dibuat sepanjang Bulan Ramadhan ini untuk dilaksanakan.
Misi ini telah bermula pada 20hb Julai 2013 hingga 23hb Julai 2013. Misi ini diketuai oleh COO eQurban Tn Masrukhin Marzoki, CEO : Tn Hj Muhamad Khanafi Husin dan CDO : Tn Hj Amir Hassan. Selain itu ia juga disertai beberapa badan NGO dari Malaysia dan Luar Negara antaranya Wakil Yayasan Al-Bukhary dan Wakil Yayasan Sulaimaniyyah, Turki. Selain itu YB Yaakob Sapari dan Penasihat Syariah eQurban, Ust Fadli juga turut serta bagi menjayakan misi ini.
Antara kampung yang dilawati dalam Misi ini ialah, Suong, Phun Kra Sank yang teletak di Kampung Cham, Siem Reap dan Kampung Channang.
Dalam perjalanan ke Siem Reap sempat juga rombongan singgah melihat perkembangan projek-projek yang telah dibuat oleh eQurban hasil daripada penyertaan Qurban dan Aqiqah serta sumbangan-sumbangan badan-badan NGO. Antara projek-projek yang telah dijalankan seperti ternakan ikan air tawar, ladang getah dan pembinaan sekolah.
sumber dari: http://equrban.com/misi-kembara-ramadhan-kemboja/
Labels:
eidul adha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment