Pages

Saturday, 1 March 2014

“You must remember we built two tower at one time”








Berbalik kepada kisah Twin Tower ni, pendapat PM ini jika boleh bina satu penempatan syarikat Minyak ini tentu lagi mudah dan cost saving dari sudut administrative. Despatch pun tidak perlu lah keliling kota sebab unit dan division sudah ada dalam satu bangunan, tambah ia nya “add value” kepada nilai syarikat Petronas.

Motif bangunan ini pula pada mula nya di ilham ia di lakar kan dengan motif Islam yang awal nya di coreng di atas kerta tisu sahaja sebelum di serah kepada akitek PM ini berkelulusan perubatan tapi mahu tahu banyak perkara dalam bidang lain, maka di rujuk nya sana dan sini bertanya pendapat. Maka akhir nya berbentuk lah ia nya seperti kubah tinggi.

Ada lah pada mula nya bangunan ini mahu sepenuh nya di hadap kan tepat
kepada KIBLAT , tetapi atas sebab masalah tanah mendap dan teknikal lain maka terpaksa di mereng kan sikit.

Asal nya tanah ini ada lah kawasan Lumba kuda, tiap sabtu dan ahad penuh dan
sesak lah dengan kaki kuda, kini sabtu dan ahad penuh dengan bas dan kereta serta pelancong. Itu juga transformasi.

Kerana kebijaksanaan pencipta dan pengarah nya ia itu Tun Mahathir sendiri , kontraktor untuk 2 bangunan ini di pilih dari dua negara yang sememang nya tidak boleh kalah antara satu sama lain.Maka sikap tidak mahu tewas kepada pihak lagi satu maka berlumba lah mereka berkerja untuk siap kan bangunan yang telah di peruntukan untuk syarikat masing masing ini. Cabaran nya ia lah jika kontraktor salah satu bangunan ini sampai dahulu ke tingkat yang ada “skybridge”maka kontraktor itu di kira lebih bagus.

Tahu tahu lah perangai orang Korea dan orang Jepun, mana lah Korea mahu kalah dengan Jepun dan sebalik nya.Macam main bola , biar kalah kepada Papua New Guinea asal jangan kalah kepada negara musuh tradisi. 

Maka kepala kontraktor Jepun mengintai Korea, Kepala kontraktor Korea mengintai
Jepun masing masing dengan teropong nya.Jika satu berhenti maka yang satu lagi baru mahu berhenti. Jika hujan selalu nya berhenti kerana fakotr simen,maka akan di buat kerja lain pula atas sebab tidak mahu rugi waktu.

Hebat nya pemimpin Melayu ini ia lah dia boleh guna kan emosi 2 bangsa ini untuk percepat kan siap bangunan nya,no delay and no fuss. Seperti Putrajaya pemimpin Islam ini akan tetap selit kan Mesjid di dalam projek nya, tidak lah beliau melaung laung Islam dari sudut emosi atau slogan , bah kan mempraktik kan nya dalam tindak tanduk, Masjid As Syakirin juga ujud bersama bangunan gah ini.Seusia dengan menara kembar ini,Kira yang tinggi jadi lambang keujudan Petronas yang rendah lambang akur kehebatan ALLAH.

Selain menjadi bangunan yang menempat kan kakitangan PETRONAS , ia juga kini menjadi address syarikat ternama. Di satu waktu dulu heboh tersebar cerita konon nya seorang ulama besar di panggil untuk memindah kan bunian dari kawasan pembinaan ini, di kabar kan juga bas terpaksa di sewa.Terpikir juga jika sudah bunian perlu apa dengan bas? Tapi itu Cuma cerita besar di waktu pembinaan bangunan ini,
kesahihan nya tidak ada siapa berani sah kan.

Antara simbolik bangunan ini ia lah setiap pelancong dari luar negara terpaksa mendonggak ke atas melihat bangunan ini, ia nya seolah memberi tabik melihat keatas, “look up” dan bukan “look down” kepada bangsa Melayu ini. 

Kini berbas bas pelancong datang paling ramai di sebelah Desa Kudalari untuk bergambar.Malah di depan simpang jalan P Ramlee /Yap Kwan Seng pun terbaring terduduk pelancong mahu mengambil gambar.

Ketika di soal oleh wartawan asing apa pendapat dan perasaan nya tentang bangunan Twin Tower akan jadi “second higgest” kerana bangunan “Taipei 101 “akan jadi “the highest” selepas ini? Jawap Tun Mahathir dengan senyum sinis “You must remember we built two tower at one time” dan yang faham akan senyum. Bermakna jika kami tumpu kepada paling tinggi kami tidak buat 2 tapi satu. Dan itu bukan matlamat nya,ia lebih kepada kebergunaan nya dan bukan kepada logo dan simbol nya.



sumber dari: mazeermohamad.com

No comments:

Post a Comment