Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apa perasaan kita apabila sampai musim QURBAN? Adakah kita melihat qurban sebagai satu peluang sangat besar yang disediakan oleh ALLAH SWT atau sekadar ibadah sunat yang tiada nilai dalam kehidupan. Ibadah qurban sangat istimewa kerana hanya boleh dilaksanakan empat hari sahaja setahun iaitu di bulan Zulhijjah seperti malam Lailatulqadar hanya sekali setahun di bulan Ramadhan. Adakah kita merasai ibadah qurban ini istimewa atau biasa-biasa sahaja seperti angin lalu.
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
Kita biasa mendengar kawan-kawan kata qurban hanya sunat dan untuk yang mampu sahaja. Cuba kita fahami perkataan Q.U.R.B.A.N apa maknanya? Bila menghayati kisah Nabi Ibrahim a.s berkorban hati dan perasaan kerana menurut perintah ALLAH sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s pasti kita akan faham bahawa qurban memang perlukan pengorbanan. Kita tidak perlu menyembelih anak seperti Nabi Ibrahim a.s cuma yang perlu mengorbankan harta benda untuk menyembelih lembu atau kambing.
Ibadah qurban memang sunat tetapi sunat yang sangat dituntut. Cari kelebihan ibadah qurban di google pasti akan mengusik hati mereka yang faham maksud ibadah qurban. Terlalu banyak rezeki yang telah ALLAH SWT berikan kepada kita selama hidup ini tetapi kenapa kita sentiasa memberi alasan bila tiba hari untuk berqurban. Terlalu besarkah nilai RM250, RM350, RM450 kepada kita untuk dikeluarkan jika nak dibandingkan dengan segala rahmat nikmat pemberian ALLAH kepada kita setiap saat.
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
sumber dari: http://denaihati.com/qurban-hanya-ibadah-sunat
No comments:
Post a Comment