Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Friday, 14 March 2014
Sindrom Sebelum Menopaus untuk Wanita
Begitu lama saya tidak menulis di blog ini agak-agak dalam setahun lebih bukannya apa saya terlalu sibuk dan juga banyak perkara yang terpaksa saya uruskan hingga saya tidak sempat nak berblog. Hmm apa yang ingin saya kongsikan setelah sekian lama saya tidak berblog ni..
Ok..susah betul saya mencari artikel mengenai wanita yang mengalami masalah sebelum menopaus atau putus haid di dalam Bahasa Malaysia. Oleh itu saya ingin berkongsi dengan siapa saja wanita juga para suami yang isterinya telah mencapai umur 35 tahun ke atas tentang sindrom sebelum wanita mengalami menopaus (perimenopause). Saya rasa ramai wanita di luar sana yang tidak tahupun apa itu gejala-gejala yang kita akan rasa bila sampai masanya. Begitu juga para suami yang tidak pernah tahu apa yang dirasai oleh isterinya pada peringkat perimenopause dan moga-moga apa yang saya kongsikan ini boleh juga membantu wanita, isteri dan suami itu sendiri bagi mengatasi ataupun memahami apa yang sedang di alami oleh mereka. Oleh itu saya rasa dah tiba masanya kita sama-sama berkongsi maklumat mengenai sindrom perimenopause ni.
Tahu tak anda di Asia ni sindrom perimenopause ni dah ada pada wanita seawal usia 35 tahun dan ia berlaku sampailah haid wanita terhenti pada usia 51 atau lebih. Ini bermakna ada di antara kita ni dah pun merasai gejala-gejala sindrom tu tapi mungkin kita tidak menyedarinya ataupun sebab kita memang tak ada pengetahuan tentang sindrom ni.
Ramai di antara kita yang menyedari kita dah hampir untuk menopaus bila haid kita terlalu banyak atau pun tak seperti biasa dan selalunya pada tahap ini kita sebenarnya dah pun menghampiri menopaus tu sendiri.
Antara sindrom yang kita alami sebelum kita menopaus adalah seperti berikut :-
- Jantung Berdebar
-Sakit kepala/migrain
-Berpeluh di waktu malam
-susah tidor/insomnia
-rasa bahang
-fibroids
-berat badan bertambah
-sakit sendi-sendi
-alergi/alahan meningkat
-sejuk kaki dan tangan
-rasa menyucuk di tangan dan kaki
-pening-pening
-keliru/bingung
-letih
-gatal-gatal di kulit
-perubahan nafsu
-payu dara membengkak dan sakit bila tersentuh
-haid yang banyak
-haid yang tidak menentu
-kering di bahagian kemaluan/sakit bila melakukan seks
-masalah buang air kecil
-masalah kulit
-osteoporosis
-murung
-paras kolestrol berubah-ubah
-mood berubah-ubah
Jadi jika ada di antara anda yang membaca blog saya ni berumur 35 tahun ke atas dan mengalami mana-mana sindrom di atas maka janganlah risau itu adalah tanda-tanda bahawa hormon di dalam badan anda tidak seimbang dan sindrom ini boleh berlaku di antara 5 hingga 15 tahun sebelum anda betul-betul putus haid. Adalah diingatkan sindromini boleh datang lebih awal jika antara anda adalah seorang perokok, ada sejarah keluarga, mendapat rawatan kanser sewaktu kecil dan tidak pernah melahirkan anak.
APA YANG PERLU ANDA BUAT JIKA ADA SINDROM INI
Perkara pertama berjumpalah Doktor untuk memastikan ini adalah gejala sindrom perimenopause dan dapatkan nasihat Doktor. Selalunya jika Doktor mengesahkan ini memang gejala sindrom perimenopause Doktor akan memberi dan menyarankan anda pada “Hormon Replacement Therapy (HRT) dan banyak komen negatif mengenai HRT antaranya anda akan mengalami pening, sakit kepala, loya dan mual serta pendarahan vagina. Oleh itu banyak pandangan dari Doktor dan pakar yang menggalakkan wanita yang mengalami sindrom perimenopause untuk mencuba cara alternatif bagaimana untuk mengurangkan gejala-gejala tersebut.
Oleh itu secara alternatif dan dari pembacaan saya dan maklumat yang saya dapat apabila adanya tanda-tanda ini maka kita hendaklah banyak memakan makanan seperti berikut :-
-Kacang soya ataupun apa-apa makanan atau minuman yang terhasil dari kacang soya seperti tofu, tofu-fa, tempe dan susu soya
- Makanan tambahan herba seperti Dong Quai (cuba dapatkan dari seng sei/kedai ubat cina) atau remifemin atau ‘Women Menocaps’ (boleh di dapati di farmasi)
- minum air dengan banyak
- fiber dan Omega 3
- sayur-sayuran dan buah-buahan (ada kandungan bioflavonoids) seperti ceri, cranberries, blueberries, bilberries, kulit anggur, cengkih merah dan bijirin
-teh hijau
-calcium/magnesium/vitamin B, C dan E
-minyak ikan dan Evening Primrose
KURANGKAN PENGAMBILAN BERIKUT
-Kafein (kopi, nescafe dan teh)
-MSG (ajinomoto dan makanan ringan yang ada MSG)
-Merokok (jika boleh berhenti terus)
-Aspartame (ada dalam diet soda)
-Roti Putih, nasi putih dan manisan. Jika makan pun cuba makan pada waktu siang dan elakkan makan di waktu malam supaya dapat membantu proses metabolisma
-makanan berkaborhidrat
-Coklat
-Alkohol dan arak
-kekacang
Jika boleh amalkan perkara-perkara berikut iaitu dengan makan 3 kali sehari dengan kadar yang berpatutan, lebihkan makanan berprotein pada setiap kali waktu makan, juga makan banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran setiap hari dan ambil lemak berkhasiat setiap hari.
Nah..setakat ini dulu saya berkongsi dengan anda mengenai sindrom perimenopause ni saya harap maklumat ni dapat membantu saya dan wanita-wanita lain dan mana-mana suami tentang apa yang akan dialami bila usia sudah melepasi 35 tahun. Jika anda ingin berkongsi dengan saya tentang gejala-gejalan lain yang tidak saya sebutkan di sini ataupun ada cara yang lain lagi yang boleh membantu mengurangkan gejala-gejala ini amatlah saya alu-alukan.
Moga bertemu lagi…
sumber dari: rosnidams.wordpress.com/
Labels:
kesihatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment