Assalamualaikum,
kkida nak share photos trip ke Guilin december lalu...dah lapok dah gambar-gambar ni...:)
Jika travel kkida lebih suka ke luar bandar, suka melihat pemandangan kampung yang jauh dari hutan batu.
Pemandangan countryside memang cantik, udaranya nyaman, tiada pembangunan yang pesat.
Ada setengah bangunan atau rumah telah berusia lebih 500 tahun. Mereka pun sama seperti tok nenek kita kat kampung...sempoi aje dan tidak mengejar kebendaan sangat....cara hidup mereka memang relax habis...janji ada makan, tempat tinggal, pakaian dan boleh lepak tepi sungai dan bermain mahjung sambil hisap cerot...:)
Usia masing-masing hampir menjangkau tiga angka...namun mereka nampak sihat belaka, mungkin kerana mereka tak pernah makan fast food...sumber makanan mereka adalah segar dari ladang...yes, yang tu memang betul...mereka tanam sayur dan padi sendiri, ikan dari sungai, ayam bela sendiri....tiada bahan kimia...:)
Dua buah jambatan lama (gambar atas sekali dan gambar atas ni) yang telah berusia ratusan tahun...memang cantik...jika orang yang suka seni fotografi mesti teruja untuk abadikan pemandangan yang sangat indah ini....memang ramai pun kkida tengok mereka-mereka yang datang ke Guilin mengambil pakej photography tour...kkida ni tak pandai nak ambik gambar...guna pun kamera cap ayam aje...hehe...jadilah..:)
di celah-celah rumah kampung tersebut, terselit sebuah butik hotel, mat saleh UK punya...dia renovate rumah lama ratusan tahun dan convert jadi hotel yg comel...cantik landscape dalam kawasan hotel tersebut...
dinding yang di tampal dengan serpihan pinggan mangkuk lama....seni...
sawah padi, masa kkida gi padi baru di tuai....mereka tanam padi musim panas aje iaitu pertenganhan tahun. Kampung ni dok tengah-tengah di kelilingi gunung ganang...pemandangan memang awesome sangat...mat saleh kata apa...breathtaking views...:)
begitulah cerita trip kkida pada hari ketiga di Yangshuo Guilin....ada lagi photo yang kkida nak share....kita sambung lain hari ye.....Insyaallah....:)
sumber dari: http://www.koleksi1001resepi.com/search/label/travel
No comments:
Post a Comment