Pages

Sunday 2 September 2012

minuman ringan diet -baik ke?






Minuman ringan (minuman bergas) biasa mengandungi banyak gula dan kalori yang menjadikan seseorang itu gemuk dan berisiko mendapat diabetes. Namun begitu, minuman bergas jenis diet atau kononnya dilabelkan sebagai tanpa kalori atau berkalori rendah juga menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk.

Banyak kajian menunjukkan kesan yang sama dipamerkan oleh minuman gas biasa dengan minuman gas jenis diet, seperti kegemukan dan selalu rasa lapar, kenapa ini berlaku?

Pengambilan banyak fruktos (sejenis gula ringkas), pemanis/gula tiruan dan gula alkohol (sejenis gula tiruan berkalori rendah) akan mengganggu aktiviti bakteria berfaedah dalam usus, yang seterusnya juga akan mengganggu metabolisme badan dengan memberi signal yang salah di mana sepatutnya signal mengatakan seseorang itu sudah kenyang, tetapi sebaliknya memberi signal yang ia masih lapar. Ini akan menyebabkan seseorang itu rasa hendak makan lagi.



Minuman bergas jenis diet juga memberi kesan buruk jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Asid lemak yang dihasilkan semasa pencernaan gula atau pemanis tiruan akan menyebabkan radang di lapisan usus, berisiko mendapat diabetes Type 2, strok dan penyakit jantung.

Oleh itu, bagi menjaga kesihatan, jangan mudah terpedaya dengan iklan syarikat minuman ringan bergas diet yang kononnya tiada kalori atau berkalori rendah dan dapat menguruskan badan. Ini semua adalah gimik perniagaan sahaja dan jauh dari kebenaran. Jangan amalkan minum air minuman bergas diet kerana ia lebih mudharat dari segi kesihatan.



sumber dari: sitik.wordpress.com

No comments:

Post a Comment