Pages

Sunday 2 September 2012

kurangkan muka berkedut





Kajian terkini menunjukkan terdapat beberapa cara bagi mengurangkan atau melambatkan kulit berkedut, di antaranya ialah:

1. Tidur dengan cara terlentang
Kajian menunjukkan tidur pada kedudukan tertentu meninggalkan kesan garis-garis pada kulit dalam tempoh tertentu. Tidur mengiring menambahkan kedut pada leher dan dagu, manakala tidur menangkup menyebabkan dahi berkerut atau mudah terbentuknya garis menegak di dahi dan di kawasan di antara dua mata. Oleh itu, tidur secara terlentang dapat mengurangkan kedut di dahi.

2. Makan lebih ikan
Daging ikan kaya dengan omega-3 yang dapat membantu kulit tegang dan ini dapat mengurangkan kedut.

3. Jangan selalu kerutkan dahi, terutamanya bagi mereka yang penglihatannya kabur. Sebaik-baiknya gunakan cermin mata.
Mengerutkan dahi menyebabkan otot muka bekerja lebih dan akan membentuk alur-alur di bawah permukaan kulit. Alur-alur ini akhirnya akan menjadikan kulit berkedut.

4. Senyum selalu
Senyum selalu menyebabkan otot muka kurang bekerja dan tidak stres dan ini dapat melewatkan kulit berkedut berbanding dengan muka masam dan stres yang menyebabkan otot muka bekerja lebih dan membentuk alur yang akhirnya menjadi kulit berkedut.



sumber dari: sitik.wordpress.com

No comments:

Post a Comment