10-20 years back, aku ada terbaca article tentang syarikat-syarikat perjudian seperti SPORTS TOTO, MAGNUM, etc yang menaja rumah2 anak yatim. Tajaan dari segi makanan, pakaian, even bukak puasa pun.
apa aku rasa masa tu? aku rasa marah. stung. benci. aku lah yang paling kecoh tanya sana sini, "apakah hukumnya ini? halalkah setiap suap yang masuk ke dalam perut anak2 yatim tidak berdosa ini dengan menggunakan wang yang ternyata2 dari hasil yang haram?" aku antara ribuan yang mencebik and mencerca kerajaan dan pihak pengurusan rumah2 tersebut yang membiarkan perkara itu berlaku. seperti biasa, aku mencari scapegoat untuk disalahkan. yang aku tau perkara itu amat menjengkelkan dan tidak sepatutnya berlaku.
yang aku tak tau, betapa sebenarnya adalah sukar untuk mereka pengusaha rumah anak yatim untuk tidak menerima sumbangan dari MAGNUM itu. aku tak tau yang ada rumah anak yatim yang lansung tidak popular dan sungguh daif sekali kejadiannya. aku tak tau yang sebenarnya adalah tanggungjawab orang2 islam itu sendiri untuk memastikan rumah2 anak yatim ini tidak menerima apa2 sumbangan dari hasil yang diragukan.
inilah yang Rasullullah maksudkan dalam "kekafiran boleh menyebabkan kekufuran". sila check balik hadis diatas.
kita kerja kuat, cari rezeki banyak-banyak, simpan duit berkepuk2 kebanyakkannya untuk kemeslahatan diri sendiri. kita selalu lupa yang ada segolongan manusia diluar itu yang WAJIB kita tolong. rezeki yang allah bagi, bukan untuk kita pun. tapi kita selalu lupa.
dan untuk pengetahuan semua, disaat ini, masih lagi berlaku perkara yang sama 10-20 tahun lepas. masih banyak lagi rumah2 anak2 yatim yang mendapat tajaan makan minum pakaian dari pihak2 yang tidak wajar. kali ini bila terbaca lagi kisah2 seperti ini didada-dada akhbar, aku tidak lagi marah. kerana aku faham sesangat sekarang apa yang terjadi. aku cuma sedih kerana aku tidak mampu menolong lebih banyak. aku malu kerana ramai orang2 islam tidak mahu turun padang untuk selesaikan masalah ini secara beramai-ramai. decide not to be involved. decide to stay away. tapi masih tak malu untuk mengkritik dan mengomen.
jadi aku seru semua disini untuk buat yang terbaik yang boleh kita buat. takut2 harta yang kita ada itu, ada antaranya bukan milik kita. ada antaranya yang wajib kita infaqkan. semoga berkat rezeki kita semua.
No comments:
Post a Comment