Pages

Monday 16 January 2012

berdoa dalam ramadhan

muslimah berdoa



kadangkala kita ni lupa dengan kekuatan doa, walaupun percaya yang doa boleh mengubah takdir seperti jodoh dan ajal maut. pasal tu kita digalakkan berdoa supaya panjang umur dan murah rezeki.

dan doa2 orang berpuasa amatlah mustajab. lebih2 lagi bila ianya datang dari lubuk hati yang penuh ikhlas, kusyuk dan tawaduk.

jadi sempena ramadhan ini aku nak ingatkan diri sendiri dan kawan2 jugak supaya selalu2 berdoa tak kira masa. memang tidak dinafikan ada waktu2 afdal untuk berdoa, tetapi bagus juga kalau kita sebatikan diri dengan berdoa supaya sesuai dengan kedudukan kita sebagai hambaNya; baik diluar atau didalam Ramadhan.

dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah berfirman,
“..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”

firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55,
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

dan antara doa2 Rasulullah yang menjadi favorite aku adalah doa ini:-

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

doa ini sebetulnya dilaksanakan semasa sujud dalam solat. tapi aku amalkan juga sepanjang hari. aku ajarkan juga kepada anak2. indahnya doa ini, ia merangkumi seluruh aspek kehidupan, didunia dan akhirat. bayangkan bila Allah makbulkan kesemua aspek2 hidup kita seperti dalam doa ini. subhanAllah. rasanya tiada apa yang lebih baik dari itu. nescaya cemerlanglah hidup kita sebagai hambaNya.

so peeps, lets execute our muslim's right to doa2 yang diperkenankan oleh Allah. mulakan dengan Ramadhan ini.

amin.

No comments:

Post a Comment