Pages

Sunday 29 January 2012

maulidur rasul -pandangan ulama





Pada tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun hijrah, berpusu-pusu umat Islam meraikan hari ini dengan pelbagai persediaan dalam mengingati kelahiran penghulu umat Islam dan Nabi yang terakhir yakni Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam..

Program-program ceramah dan aktiviti berkenaan kelahiran Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang giat dijalankan antaranya;

Berjalan beramai-ramai sambil berselawat sehingga ke suatu lokasi dengan sepanduk sempena Maulidur Rasul. Berselawat beramai-ramai di suatu lokasi samada di kawasan lapangan atau bangunan masjid dan seumpamanya.

Persoalannya, apakah kaedah sambutan seumpama ini adalah suatu kemestian.

Pandangan ulama’ berbeza mengenai perkara ini, ada yang mengatakan ia adalah bidaah yakni suatu perkara yang bukan pegangan atau amalan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan para sahabat dan pandangan yang satu lagi berpegang bahawa ia adalah bidaah hasanah, bererti walau ia bukan dari pegangan atau amalan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, namun ia bersifat kebaikan dan mendatangkan kebaikan.

Pandangan Ulama’
Atas suatu pandangan, sebahagian golongan tidak mahu menjadikan sambutan ini suatu kelaziman kerana ia tidak menjadi pegangan Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri dan juga para sahabat. Mereka juga bersifat berhati-hati kerana khuatir menghampiri persamaan seperti sambutan kelahiran pembesar-pembesar lain yang mengamalkan seumpamanya.

Namun atas suatu pandangan yang lain, ya ia adalah bidaah hasanah namun bersifat hasanah dan ia adalah perlu dalam menyemai perasaan kasih dan sayang kepada Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Tujuannya adalah mengingati permulaan ukiran baru dalam lembaran sejarah Islam yang dimulakan dengan kelahiran Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sambil menyelami sejarah Islam, pada masa itu juga ia diselangi dengan pembentangan isi Al Quran dan Al Hadith serta ucapan selawat ke atas Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Sebagai umat Islam, mengetahui sejarah kelahiran Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah suatu tuntuan dalam Islam kerana ia membuka minda dan membina pengetahuan serta mengenali dan mendalami Dua Kalimah Syahadah yang kita ucapkan sepanjang masa.

لا إله إلا الله محمد رسول الله

“Tiada lain Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”
Jadi mengapa ada golongan yang tidak bersetuju dengan sambutan ini?
Perlu dijelaskan di sini mengingati sejarah kelahiran Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak menjadi suatu kesalahan akan tetapi kelaziman bentuk sambutan itu perlu dihuraikan dengan lebih berhati-hati. Kelemahan di sini adalah kaedah menyambutnya. Ini perlu menjadi keutamaan kerana ia akan dijadikan suatu amalan yang lebih sinonim dengan ‘pegangan’ yang mana ia cuma dizahirkan sempena hari ini (maulidur rasul) sahaja sedangkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam perlu dijadikan sebagai contoh dan panduan hidup bukan sekadar semasa kelahiran sahaja akan tetapi ia perlu pada setiap hari kehidupan kita sehingga tiba saat menutup mata nanti.




No comments:

Post a Comment