1. peringatan untuk diri sendiri
Sepatutnya makanan roh kena sama penting dengan makanan jasmani. as much as we have enough food to eat, our souls need the same. jadi ini adalah usaha aku mengingatkan diri every alternate days, if not everyday. dan juga supaya entry2 ini 'menjaga' aku si penulisnya. walaupun aku percaya yang kita tak perlu jadi perfect untuk berkata yang baik-baik, tetapi aku juga percaya kalau kita selalu amalkan berkata yang baik2, insyaallah hati akan terjurus untuk mengamalkan sekali. lagi satu, kalau aku dok tarbiah orang tapi tak buat, maka sapa yang malu? mreke dan keluarga mreka jugak! :P cakap pasal ni, dulu masa sebelum aku ke Brisbane, ayah aku ada pesan; jangan sesekali bukak tudung masa kat brisbane. the tudung will protect you. ayah aku bukanlah seorang yang religious, but he knew what's wise and what's not. thanks dad.
2. berkongsi dengan orang2 tersayang
ketahuilah, aku sayang dengan korang semua. walaupun ropemu idak ku kenal, tatapi lobang hidungmu tatap menjadi pojaan hatiko! :P semoga komuniti kecik ini diredhai Allah hendaknya. manusia2 yang saling berkasih sayang kerana Allah, tinggi martabatnya. anggaplah anak2 aku yang ramai itu, anak2 korang jugak. sila beri nasihat dan teguran. aku bagi kebenaran korang marah anak2 aku kalau depa buat benda huru hara dimuka bumi ini. mana tau kan sok2 bila depa besar tiba2 kawan pulak ngan anak2 korang kan? eh bukan hanya anak2 aku. dengan aku aku sekali kalau buat huru hara, maka sila lempang aku agar kembali ke pangkal jalan. :D
bottom line is, apa2 yang aku kongsi itu, sila tilik-tilik. sila baca-baca. sila renung-renung. walaupun isinya menjengkelkan. walaupun isinya korang tak suka. walaupun isinya semacam sindiran yang menyengat dijiwa. ketahuilah, kadang kala perkara yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita. maka bukalah hati dan lapangkan minda. sama2 lah kita muhasabah diri.
bottom line is, apa2 yang aku kongsi itu, sila tilik-tilik. sila baca-baca. sila renung-renung. walaupun isinya menjengkelkan. walaupun isinya korang tak suka. walaupun isinya semacam sindiran yang menyengat dijiwa. ketahuilah, kadang kala perkara yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita. maka bukalah hati dan lapangkan minda. sama2 lah kita muhasabah diri.
كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ~ ٢١٦
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)
actually ini bukan al-quran sahaja yang pesan, tapi kalau tanya pakar2 motivasi dalam dunia ni; kita memang disyorkan untuk buat perkara2 yang kita tidak suka dalam proses memperbaiki dan meng'anjak'kan diri. kerana apa yang kita tidak suka itu semestinya sesuatu yang berada di luar kotak keselesaan kita. benda2 yang kita rasa leceh dan takut dan tidak berupaya untuk kita lakukan. benda2 yang kena paksa dan latih diri sedikit demi sedikit. tetapi kalau kita berjaya lakukan juga, insyaallah banyak kebaikan kepada diri sendiri.
3. mengumpul saham
aku takdak harta berkoyan2 nak di sedekahkan. jadi ini lah tempat aku jana saham akhirat aku. benda baik2 yang aku kongsi sini, ditakdirkan korang amalkan dan korang ajar pulak kat orang lain, insyaallah boleh tolong aku kat sana sok. dan jangan lupa ye bila aku dah takdak dimuka bumi ini, silalah doa2kan aku banyak2. apa2 yang terkurang tu mintak halal ye.
4. motivasi untuk ikhlaskan diri
4. motivasi untuk ikhlaskan diri
semenjak dua menjak mengurus rumah dan keluarga dengan tulang empat kerat tanpa henti ni, sungguhlah emosi aku turun naik. roller coaster gitu. kalau korang baca entry2 aku masa mula2 sampai sini, korang taulah betapa haru dan betapa horrornya aku masa tu. rasa macam nak gila pun ada. mana dengan dok urus anak 24 jam. dok masak 24 jam. dok belek rumah 24 jam. dah yang paling tension jugak ialah bila berkeadaan pokai 24 jam. pendek kata hidup aku memang stress out gila-gila punya. betapalah aku tidak bersedia untuk meng'abdi'kan diri kepada keluarga 24-7. aku banyak merungut. banyak menangis. banyak mempersoalkan itu ini. ada at one time, serious aku rasa macam nak terbang balik malaysia sahaja.
No comments:
Post a Comment