Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah tentang definasi orang2 yang berjaya:-
1) Orang-orang yang mempercayai perkara2 ghaib
2) Orang-orang yang menunaikan sembahyang
3) Orang-orang yang mendermakan sebahagian rezeki mereka ke jalan Allah.
simple je kan? sama tak dengan definasi kita? hmm...*fikir*fikir*fikir* kalau tidak sama lagi, mungkin hati kita belum cukup terdidik. mungkin. mungkin. mari sama-sama kita fikir dan renung-renung, ye?
jadi antara perkara yang aku rasa yang boleh kita amalkan (not necessarily in that order :D) untuk didik hati:-
1 - Bersedekah secara senyap
Sedekah yang paling afdal, ialah bila tangan kiri tak tau menahu tentang tangan kanan yang bersedekah. Bila kita menderma secara senyap, itu semata-mata antara kita dengan Allah. hati akan rasa tenang dan aman. tak perlu risau dengan kata-kata orang.
2 - Bangun malam untuk beribadat
Ini memang payah. Orang2 yang kuat aje yang boleh bangun malam dikala semua orang tengah tidur nyenyak diulit mimpi. Tapi kalau kita berjaya buat, akan timbul rasa 'baru' dalam hati. Boleh menitis air mata teringat dosa-dosa. Walaupun sekadar untuk solat sunat 2 rakaat. Cukup untuk timbulkan keinsafan.
3 - Menahan nafsu dikala mampu
Maksudnya, kita mampu untuk bertindak, tapi kita tahan. Contohnya kita mampu beli rumah tiga tingkat; tapi kita beli setingkat aje. Pujuk hati kata, cukuplah. Kita mampu untuk marah dan herdik orang, tapi kita tahan dan sabar; walaupun kita dipihak yang betul. Bottom line, belajar tahan diri dikala being tempted.
4 - Kerapkan baca Al-Quran dan tafsir
Kalau boleh setiap hari, biarpun hanya 2-3 ayat. lagi bagus kalau boleh baca tafsir sekali. kita akan dapat rasa hati tersentuh2 dengan ayat2 Allah. betapa kehidupan kita ini semuanya ada tertulis didalam al-quran. if only we understood.
5 - Berkawan dengan orang baik2, orang2 yang berilmu, orang2 yang beramal
Jangan lepaskan peluang berkawan dengan kelompok2 ini. insyaallah kita selamat. biasanya golongan ini ikhlas. they have got nothing to lose. mereka suka pesan memesan ke arah kebaikan. sikit-sikit, hati kita akan terdorong juga. (Walaupun kita tidak suka kepada golongan2 ini, sila jangan kutuk atau benci mereka secara terang-terangan; kerana darjat mereka tinggi disisi Allah)
6 - Hadiri majlis ilmu
Kena allocate masa untuk hadirkan diri ke majlis2 ilmu. Hadir tidak semestinya present at location. sekarang dah canggih. dalam internet berlambak kuliah2 ilmu tinggal nak tunggu donlod aje. dengar online pun ok. dalam kereta masa pergi balik kerja. pendek kata, makanan rohani seperti ini amat penting untuk bersihkan jiwa.
7 - Ingat mati
Kena selalu fikir-fikir, kalau esok kita mati, sudah bersediakah nak bersoal jawab dalam kubur, bersediakah nak meng-explain diri depan Allah. tanggungjawab sebagai suami, isteri, anak, pekerja, rakyat, umat islam, sudahkah terlaksana? hutang2 dengan manusia, hutang2 dengan Allah, sudahkah langsai?
9 - Solat subuh berjemaah
Lagi satu perkara yang susah untuk dilakukan. Baik untuk lelaki, mahupun untuk perempuan. Tapi Allah janji akan lindungi orang2 yang solat subuh berjemaah. Rupa-rupanya sumber kekuatan tentera-tentera islam pada zaman nabi s.a.w dahulu terletak kepada solat subuh berjemaah. Kalau kita sekarang mahu terhindar dari kehinaan, kefakiran dan kelemahan, jangan tinggal amalan ini. Ini antara perkara paling susah untuk dilakukan.
10 - Amalan baik yang sikit, tapi berterusan
Kalau tak mampu nak buat banyak, pilihlah untuk buat amalan2 yang senang2, tapi tiap-tiap hari. Jangan bebankan diri dengan apa yang kita sendiri tidak mampu nak buat. Kalau nak baca yasiin hari2 itu berat, mulakan dengan ayat2 3-Qul. mulakan dengan zikir2 ringkas lepas sembahyang. buat apa sahaja yang termampu. tapi jangan tinggalkan langsung. Allah lagi suka amalan kecil yang berterusan. kerana sesuatu yang sebati dengan diri adalah lebih ikhlas dari sesuatu yang dipaksa-paksa.
Ok, itu aje yang dapat aku compilekan setakat ini.
Salam muhasabah.
No comments:
Post a Comment