Pages

Monday 16 January 2012

latih anak-anak solat




Aku dapati kalau kita istiqamah, memang agak mudah nak biasakan budak2 bersolat. Anak2 kecik ni jarang nak membantah kalau parents suruh buat sesuatu. Kalau kita eager, depa lagi eager. Patutlah islam suruh ajar anak bersolat seawal yang boleh, jadi jiwa mereka lembut terdidik untuk mula beramal kepada Allah tanpa keluh kesah.

Dulu aku start solat penuh dah agak lambat. Jadi memang ada rasa liat dan protes dalam diri. Tak faham kenapa aku perlu solat 5 waktu. Sadis. Jadi aku tak mau perkara yang sama terjadi kepada anak2 aku. So starting early is apparently working well.

Masa anak2 aku toddlers dulu, aku dan suami pastikan yang mereka dapat observe yang solat itu merupakan budaya hidup yang tidak dapat dipisahkan. Masa aku solat aku letak depa dekat2. Every now and then bawak mereka pergi surau untuk observe keadaan disurau pulak. Walaupun mereka tidak ikut solat sekali, walaupun mereka hanya main2 dibelakang, aku yakin sub-conscious mereka dapat menangkap yang solat ini adalah sebahagian daripada hidup. Itu first approach kami untuk menanamkan roh solat kedalam jiwa anak2.

Bila mereka dah start faham sikit2, kami ulang2 sampaikan yang kita orang islam. Setiap orang islam kena solat. Solat adalah perintah allah. Allah bagi macam2 kat kita, jadi kena solat untuk terima kasih kat allah. Kena bersyukur sebab kita cukup makan pakai. Ada mama. Ada ayah. Ada datuk. Ada nenek. Semua orang sayang adik, kakak dan abang. Jadi kena be grateful to allah. Kena dengar perintah allah.

Dan anak2 ini memanglah suci dan bersih. Terpulanglah cara kita nak corakkan mereka. Apa sahaja yang kita cakap, mereka akan terima 100%. Total acceptance. Jadi disinilah kena berhati-hati takut2 mereka mendapat input2 yang tidak wajar. Kitalah yang menjadikan mereka samaada islam, yahudi, majusi ataupun nasrani. It’s indeed all on us.

Kemudian dari 6-7 tahun, sudah sampai masanya untuk buat praktikal pulak. Disini actually parents yang kena istiqamah. Again anak2 ini akan menurut kita. Kalau kita consistent, insyaallah mudahlah semuanya.

Untuk mudahkan mereka mengambil wuduk, laki aku guna white board marker tu dan tulis je kat tiles bilik air urutan2 anggota wuduk. So kalau depa tak ingat boleh la rujuk kat situ. Alhamdulillah sekarang ni depa dah boleh ambil wuduk on their own. Kami check sekali sekala aje. Lepas wuduk bersiap pakai telekung kopiah semua. Memang nak kena tunggu la budak2 ni siap. Lepas tu praktis dulu niat solat semua.

Bacaan dalam solat, akmal insyaallah dah agak sempurna. Aimie aisyah masih banyak nak kena belajar lagi. Tapi it’s ok. It’s the ritual that I want them to get used to first. So sekarang Alhamdulillah. I think they’d happily accepted that solat is indeed a part of life because allah says so. Made it easier for us the parents.

Apa2pun, kita sebagai parents ni memang kena banyak2 sabar dan istiqamah. Kalau kita yang culas, maka anak2 pun terculas la sekali. Memang penat dan mencabar minda, tapi aku still rasa lagi senang dan berbaloi nak suruh anak2 solat masa depa kecik dari nak suruh masa depa dah besar sok.

So start early. And be consistent. Insyaallah banyak kebaikannya. Afterall, anak2 inilah yang kita harapkan untuk doakan kita di akhirat esok. Sesungguhnya doa dari anak2 soleh dan solehah boleh jadi lebih baik dari dunia dan isi2nya.


Wallahualam.

No comments:

Post a Comment