Pages

Saturday, 17 March 2012

tragedi wtc 911 -kenyataan william rodriguez


William Rodriguez
48 tahun
Berkahwin
Anugerah Wira Kebangsaan dari Dewan Senat Puerto Rico
Menjadi penjaga bangunan WTC selama 20 tahu
Presiden The Hispanic Victims Group
Pengarah 911 United Service Group
Salah seorang ahli Suruhanjaya 9/11 Ahli Majlis Keluarga untuk
Pembangunan Luar Bandar manhattan
Penceramah bebas
William Rodriguez, 48, tidak pernah berfikir pun untuk menjadi seorang adiwira. Baginya seorang superhro hanya wujud di layar lebar dan mustahil untuk lelaki biasa sepertinya beraksi sehebat Bruce Willis dalam Die Hard 4.0 atau Tommy Lee Jones dalam filem Volcano.
Tugas hariannya hanyalah sebagai janitor atau penyelenggara bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York dan telah 20 tahun Rodriguez menjalani rutinnya itu. Baginya cukup sekadar menyempurnakan tanggungjawab dan melalui hari hari bahagia bersama keluarga.
Tetapi 11 September 2001 merubah segalanya. Seawal jam 8.46 pagi sebuah pesawat American Airlines Flight 11 (Boeing 797 – 200) telah merempuh Menara Utara WTC. William yang ketika itu berada di tingkat bawah, berlari menaiki tangga ke tingkat 33 dan 34 bangunan 110 tingkat itu untuk membuka pintu tangga bagi membolehkan kira kira 15 orang yang terperangkap di tingkat berkenaan dikeluarkan.
Rodriguez langsung tidak fikir nyawanya atau melarikan diri daripada bangunan yang terbakar. Di dalam kepalanya kini hanya fikirkan nasib rakan rakan setugas yang mungkin terperangkap di tingkat berkenaan kerana hanya dia seorang yang memiliki mempunyai kunci induknya.
“Hanya saya seorang saja yang memiliki kunci untuk ke tangga Menara Utara dan selepas berjaya membawa keluar 15 mangsa pertama, saya kemudian membawa sekumpulan anggota bomba menaiki tangga ke beberapa tingkat lain untuk membuka pintu tangga.
“Tindakan kami berjaya menyelamatkan beratus ratus pekerja yang terperangkap. Ketika itu asap tebal menyelubungi bangunan, api merebak ke tingkat bawah mengakibatkan ada antara mangsa yang diselamatkan terbakar sebahagian badan.
“Ketika itu keadana kelam kabut. Kami masuk setingkat demi setingkat. Ada yang panik, ada yang menangis dan ada juga yang pengsan kerana lemas disebabkan terhidu asap.
“Saya sendiri hampir menemui ajal apabila menara itu runtuh ketika berlari keluar. Saya sangat bersyukur masih hidup. Ia satu keajaiban kerana saya masih hidup untk menceritakan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru baru ini.
Letupan Sebelum Rempuhan
Tragedi malang itu bukan saja menyebabkan 2,801 nyawa rakyat Amerika Syarikat (AS) dan warga negara lain melayang, ia juga memulakan perang besar besaran terhadap pengganas di seluruh dunia di ketuai AS dan sekutunya.
Rodriguez bukan saja mempertaruhkan nyawanya memasuki bangunan yang hampir musnah itu tiga kali selepas serangan pertama pada jam 8.46 pagi, beliau juga antara orang terakhir keluar dari Menara Utara.
Menceritakan keadaan pagi itu, Rodriguez berkata beliau masuk pejabat lambat sedikit daripada biasa iaitu jam 8.30 pagi. “Sebelum bangunan dirempuh pesawat, saya terdengar letupan kuat di bahagian atas. Mulanya saya sangkakan letupan penjana tenaga. Beberapa saat kemudian dan terasa bangunan itu bergegar.
“Saya memaklumkan mengenai letupan sebelum dirempuh pesawat kepada Suruhanjaya 9/11 yang menyiasat tragedi itu, bagaimanapun mereka tak pervaya cerita saya. Mereka tetap menggaitkannya dengan pengganas Islam, padahal saya pasti letupan berlaku sebelum rempuhan. Itu yang menjadi tanda tanya sehingga sekarang.
“Malah, beberapa bulan sebelum kejadian, saya melihat salah seorang daripada lelaki yang kemudian dikenal pasti antara yang merempuh menggunakan pesawat di Menara Utama. Bagaimanapun, saya tiak tahu apa tujuannya kesitu.
Sebaik selepas tragedi itu, Rodriguez kehilangan pekerjaan dan hidup bergelandangan. Kadang kadang dia tidur di dalam kereta atau di bawah jambatan kerana tiada wang untuk membayar sewa rumah.
“Dalam menghadapi waktu sukar dan pelbagai halangan, saya meneruskan perjuangan untuk mencari kebenaran. Sejak itulah, saya mula mengadakan ceramah memberitahu dunia apa sebenarnya berlaku dan pembohongan AS untuk mengaitkan Peristiwa 9/11 dengan pengganas Islam.
“Dunia perlu tahu penipuan yang dilakukan Presiden George W Bush dan Amerika Syarikat mengenai tragedi itu dengan mengaitkan Islam dan keganasan,” katanya. Dan kembara itu membawa Rodriguezke serata dunia termasuklah Malaysia.
Rodriguez ditemu bual selepaps menyampaikan ceramah dan bertindak sebagai moderator pada Pameran Islam Antarabangsa 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru baru ini.
Dia juga ada misi untuk menyebarkan mesej keamanan di semua tempat yang dilawatinya. “Tekad saya kini adalah untuk terus membongkar penipuan yang di kalukan AS untk mengkaburi mata dunia yang tidak tahu perkara sebenarnya.
“Bagi saya, ini semua adalah propaganda AS untuk mencipta ketakutan dan membuat ramai orang memusuhi Islam selain memperluaskan takluknya ke seluruh dunia bagi mengausai ekonomi,” Tambah Rodriguez lagi propaganda AS menerusi pelbagai saluran benar benar berjaya menghitamkan imej Islam pada abad ini.
Dedah Kebenaran Sebalik Runtuhan 11 September
Tiada yang lebih bererti buat William Rodriguez kini, selain mengembara ke seluruh dunia dan mendedahkan setiap inci kebenaran kepada khalayak yang ditemui.
“Bercakap benar sangat dituntut di dalam Islam dan itulah elemen yang menarik hati saya untuk memeluk agama ini selain terpesona dengan keindahannya dan kebenaran akidahnya yang suci. Islam sangat memandang tinggi umatnya yang memperjuangkan kebenaran dan kerana itulah saya mahu meyingkaap realiti sebenar peristiwa 11 September,” jelasnya.
Menjadi The Last Survivor cukup menginsafkan Rodriguez. Setiap kali oksigen dihirup, dia sedar betapa Yang Maha Pencipta telah menganugerahkan peluang kedua buatnya menjalani hidup, sedang 2,801 nyawa rakan setugasnya telah direnggut pergi.
“Saya banyak berfikir betapa untungnya saya kerana masih dapat bernafas dan menjalani kehidupan tanpa sebarang kecacatan. Saya bersyukur dan mula merasakan ada kuasa agung menyelamatkan saya daripada tragedi itu. Saya mula berfikir pasti ada sebabnya mengapa saya masih dihidupkan,”
Menjawab pertanyaan bagaimanakah Islam berjaya mengetuk hatinya. Rodriguez menjelaskan, “Saya sedar media di AS kerap memberi label ‘ganas’ kepada Islam, bukan itu sahaja pelbagai cemuhan dan cacian tentang Islam.
Situasi itu mula membangkitkan rasa ingin tahu lantas mula mendalami ugama islam untuk mengetahui keindahannya. Bagi mengukuhkan pengetahuan, saya cuba bertukar tukar fikiran dengan tokoh tokoh agama terkenal serta imam dari masjid di Amerika Syarikat (AS) dan anihnya semua tokoh agama yang saya temui tidak pernah memaksa saya bertukar agama.”
Alhamdulillah, saya telah melafaskan syahadah pada tahun lalu sewaktu berada di London dengan disaksikan mubaligh, Yusuf Estes. Yusuf sebelum Muslim adalah seorang paderi di Texas,” jelasnya.
Rodriguez menganggap Allah memberikannya peluang kedua untuk terus hidup tanpa sebarang kecacatan. “Saya bagaikan mati hidup semula apabila memikirkan betapa bertuahnya kerana masih dapat bernafas di dunia ini. Peristiwa 11 September 2001 bagaikan tarikh lahir saya yang baru.”
Majalah i September (Karangkraf) 2007 (m/s 18-20)



sumber dari: grenbara.bravejournal.com

No comments:

Post a Comment