Pages

Monday, 12 March 2012

pengalaman cikgu ke TBNC


Hanya mereka yang dah pergi dan naik sendiri ke tembok itu dapat "menikmati" keajaiban pembinaan @ struktur tembok besar ini....betapa kukuhnya struktur binaan tembok ini...begitu tinggi keunikan teknologi rakyat cina ini menghasilkan tembok ini...panjang & tingginya tembok yang dibina di atas puncak banjaran gunung @ kawasan berbukit sangat2 ajaib pada pandangan aku ...

Keindahan Tembok Besar tercermin pada kemegahan, kekuatan dan kebesarannya. Melepas pandang dari tempat jauh ke Tembok Besar, tembok besar tinggi yang memanjang selama ribuan kilometer itu tampak serupa naga mahabesar yang menggeliang-geliut menyusuri pergunungan; jika dilihat dari jarak dekat, maka tembok itu penuh dengan daya tarik seni dengan arsitekturnya yang aneka ragam. 
Tak tau la orang lain yang telah pergi ke tempat ini....betapa gigihnya rakyat cina membina tembok ini tanpa peralatan canggih yang ade pada hari ini....Tembok Besar China ini masih tersenarai sebagai salah satu daripada 7 benda ajaib di dunia ini! Aku sangat bangga kerana telah menjejak kaki ke sini.....panjang tembok ini mengikut fakta wiki ialah 6,400 km ...tetapi jika diambil kira cabang2nya....cabang mana tak tahu la ...melebih 8 ribu km!!! Jarak lebuhraya dari Bukit Kayu Hitam ke Johor baru 800 km lebih....hu hu hu dah jauh....apa lagi panjang tembok ini dan terletak atas banjaran gunung pulak.....memang sangat2 ajaib.....Jika dah sampai ke Beijing , China....MESTI singgah ke sini... tak singgah memang rugi...

aku hanya mampu naik sampai persinggahan ke 2 @ menara ke 2 saja...dah tak boleh naik sampai ke atas nun dengan keadaan yang curam....kelihatan mereka yang boleh memanjat sampai ke atas lagi...meneruskan naik sampai ke atas....tangganya yang curam - kena panjat berhati2....naik bolehlah gagah melangkah demi langkah....bila nak turun mak oiiii....sayup lihat ke bawah!
kena hati2 bila menuruni tangga ni...salah langkah boleh bergolek2 jatuh ke bawah!!!
pemandangan dari aras aku berhenti memanjat...
kelabu asap nampaknya sebab jauh - tembok yang dibina atas gunung...
dari tempat aku berhenti - bukan main sayup ke bawah...
baru tahap @ menara ke 2 tu...nak naik lagi???
kalau kuat stamina no problem...kalau ade asma dinasihatkan jangan naik...ni telah berlaku kepada rakan aku yang naik belum sampai jejak ke tahap 2...dah tersadai....nak gelap mata....diapun terduduk.....aku sampai2 kat dia - kelihatan pucat...aku kata ade asma ke? ade katanya....tapi sebab gagah nak naik juga...akhirnya tak kesampaian nak naik lebih tinggi lagi....
nasib baik tak ada masalah2 kritikal belaku...
menuruni tangga yang sempit lagi curam...hati2 turun...
perlu memapah pada pemegang yang dibuat dikiri kanan
ade manusia yang mempercayai @ apa2 tatau la....mereka akan membeli ibu kunci @ magga ini di gerai berhampiran - mengukir nama ke @ ape ke.....dan akan meletakkan disini....
panjang ni....mereka akan terus menyambung menggantungkan mangga tu...
berderet2 la gitu.....
sumber dari: sonata14.blogspot.com