Pages

Tuesday, 1 November 2011

potensi manusia

بسم الله الرحمن الرحيم

Manusia sebenarnya penuh dengan potensi. sekiranya potensi ini tak diasah, potensi ini akan dikaburi oleh habuk dan tidak akan bersinar. Rasulullah saw bersabda,

potensi manusia adalah seperti lombong emas dan perak. individu yang bagus dalam era yang kedaifan akan menjadi muslim yang sejati. sekiranya mereka memahami kebenaran.
Hadis diriwayatkan oleh Imam Tarmizi

Pemetaan Potensi




Ini menunjukkan bahawa minda adalah seperti lombong emas dan perak. emas dan perak tulen, dan juga emas dan perak berharga hasil daripada proses proses tertentu. ini sama seperti minda. ia perlu proses dengan ilmu. bila minda anda faham, badan anda akan bergerak mengikut ilmu yang anda pelajari dan faham. oleh itu, gabungkan lah minda dan "emas dan perak" bukan dengan sampah.

potensi manusia sangatlah berguna kepada mereka yang pandai mencari dan mengunakannya. potensi ini perlu diasah dan disiramkan dengan ilmu ilmu yang berfaedah. kita boleh peroleh potensi dengan cara amat mudah, iaitu kenali diri sendiri, macam mana nak kenali diri sendiri? buat la istikarah dan sentiasa sujud kepadaNya agar diberikan kita petunjuk yang menonjolkan potensi kita.

setiap manusia ada potensi, manusia bukan lah dicipta untuk mengambil sampah sebagai ilmu hidup dan ilmu akhirat. potensi mereka adalah untuk membangunkan ummah untuk generasi kelak. tanpa potensi, kita diibaratkan sebagai barang yang tak berguna.

sekian.

No comments:

Post a Comment