Pages

Friday, 11 November 2011

guru di zaman abbasiyah






Guru-guru pada zaman Abbasiyah digolongkan kepada tiga kategori:

i) Mualim -
Golongan guru sekolah rendah yang diberi tugas mendidik ilmu-ilmu asas Islam seperti Al-Quran, Ibadah, Akidah dan Ilmu Akhlak.

ii) Mu’adib -
Guru khas yang bertanggungjawab mengajar sekolah khas. (Istana Khalifah)

iii)Ustaz - 
Pensyarah di sekolah tinggi (maktab). (Ghazali Darussalam, 2001)

Guru ialah segolongan orang yang menjalankan tugas ikhtisas sebagai pendidik dan pemimpin. Mereka boleh mencorakkan masa depan masyarakat dan dapat menentukan untung nasib sesebuah bangsa. (Ahmad Mohd.Salleh.2003).

Guru adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam pendidikan dan pengajaran, kerana gurulah yang akan bertanggungjawab dalam membentuk peribadi seorang murid (H Syamsul Bahri Tanrere, 1993)

Oleh itu para guru atau pendidik mestilah sedar akan tanggungjawab mereka dan sentiasa menjaga nama baik mereka sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat dengan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab secara ikhlas dan jujur.

No comments:

Post a Comment