Pages

Tuesday, 29 November 2011

lagi maklumat saya terima dari email seorang sahabat....
sila baca sebagai panduan....







Apakah itu harta pusaka?

Harta saya hari ini. Hari ini kita mempunyai pelbagai jenis harta sama ada kita sedari atau tidak. Antara harta yang kita miliki hari ini ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ), akaun-akaun simpanan atau semasa di bank, rumah, tanah, kenderaan seperti kereta dan motosikal, simpanan di Lembaga Tabung Haji, akaun pelaburan seperti di ASB, polisi insuran, polisi takaful, saham syarikat, saham koperasi, jam tangan rolex, barang kemas dan sebagainya. Pendek kata apa sahaja material yang merupakan milik sah kita dan mempunyai nilai adalah harta kita.

Harta pusaka saya hari esok. Kesemua harta yang kita miliki di atas, sebaik sahaja kita meninggal dunia akan menjadi milik sah waris-waris kita mengikut Hukum Faraid. Mereka ( waris ) mempunyai bahagian ke atas harta pusaka itu mengikut kadar seperti yang ditentukan oleh Hukum Faraid. Semua orang mempunyai waris Faraid yang berbeza-beza.

Bagaimanakah harta pusaka ini diuruskan ? Harta pusaka adalah amanah yang mesti diuruskan dengan baik oleh pentadbir harta pusaka tersebut. Pentadbir pusaka boleh dilantik di kalangan waris-waris atau syarikat amanah berlesen. Dia (pentadbir harta pusaka) perlu menjalankan banyak tugas seperti mengumpulkan waris-waris, mendapatkan maklumat mengenai harta dan hutang si mati, memfailkan permohonan pusaka sama ada di Amanah Raya Berhad, Pejabat Pesaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil, memegang secara amanah harta, mengagihkan harta pusaka dan sebagainya. Sesuatu urusan harta pusaka itu boleh diselesaikan dengan cepat sekiranya pentadbir harta pusaka itu mempunyai pengetahuan dan pengalaman di dalam menjalankan tanggungjawabnya. Masalahnya, ramai orang tidak tahu apa yang mesti dilakukan dan ke mana harus mereka pergi sekiranya mereka ingin menjalankan tanggungjawab ini

No comments:

Post a Comment