Pages

Tuesday, 29 November 2011

e-jenazah -huraian perkhidmatan






Sebagai menghalusi skop pekhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan, maka dihuraikan setiap satu dari elemen perkhidmatan yang telah dinyatakan diatas.
  1. Khidmat pengurusan jenazah selepas kematian
    Apabila sesuatu kematian terjadi, kerapnya keluarga waris simati akan merasakan satu kesedihan dan tekanan yang agak kuat. Pada saat ini khidmat nasihat dan bantuan dalam menguruskan jenazah yang baru meninggal itu dengan sebaiknya akan sedikit melegakan keluarga waris. Panel pengurusan Jenazah kami akan dengan segera sampai ditempat jenazah berada, bagi memastikan keadaan jenazah diuruskan dengan sepatutnya. Bergantung kepada keadaan dan sebab kematian, beberapa langkah pengurusan awal akan dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetap.
  2. Khidmat nasihat kepada waris simati
    Pengurusan jenazah banyak menimbulkan kekeliruan sehingga sebahagian dari amalan adalah bertentangan dengan syarak dan ini membebankan jenazah sekaligus menyebabkan dosa kepada para hadirin. Panel Pengurusan Jenazah kami akan sedia memberikan khidmat nasihat apabila berlaku situasi begini dan diperingkat yang lebih serius, Panel Penasihat Syarie kami yang terdiri dari peguam syarie dan pakar pakar hukum yang bertauliah dapat dihubungi untuk membantu.
  3. Perkhidmatan sebaran berita kematian melalui SMS
    e-Jenazah, sebagaimana yang disebutkan sebelum ini adalah satu perkhidmatan yang akan memberi kelegaan kepada waris simati. Bagi tujuan ini, semasa mendaftar dengan e-Jenazah, pelanggan akan diminta mengisi borang saudara terdekat untuk dihubungi (maksima 20 orang) bagi membolehkan ‘Call Centre’ kami menghantar pesanan ringkas secara otomatik kepada semua ahli keluarga terdekat apabila berita kematian dilaporkan.
  4. Pengangkutan jenazah dari hospital ke rumah
    Apabila kematian berlaku di hospital, didalam zon ahli, maka e-Jenazah akan menyediakan pengangkutan untuk membawa jenazah ke rumah waris seperti yang ditetapkan. Perkhidmatan ini akan diberikan tidak mengira waktu. Pihak e-Jenazah mempunyai pasukan yang bersedia 24 jam. Perkhidmatan ini hanya diberikan bagi kes kematian yang terjadi dalam zon ahli. (contohnya: Ali mendaftar dalam zon Pulau Pinang A (Pulau) dan kematian terjadi di Hospital Pantai (Bayan Lepas) maka perkhidmatan ini adalah layak diterima olehnya. Tetapi jika kematian berlaku di luar zon ahli maka, perkhidmatan boleh juga diberikan dengan kadar bayaran yang di tetapkan dalam Jadual B - caj pengangkutan antara zon. ( Contohnya :- Ali mendaftar di Pulau Pinang A (Pulau) dan Meninggal di zon Perak A (Perak Utara), setelah waris Ali menghubungi call centre e-jenazah dan menyatakan yang arwah Ali perlu diuruskan jenazahnya dan juga dikebumikan di Pulau Pinang, maka perkhidmatan pengangkutan yang akan diberikan oleh e-Jenazah akan dicaj mengikut Jadual B. Tetapi jika, waris simati tidak berhajat untuk kebumikan simati di zon asal ahli, tetapi ingin dikebumikan di zon dimana ia meninggal, maka ianya dapat dilaksanakan melalui prosedur biasa dengan syarat zon tersebut adalah zon perkhidmatan e-Jenazah.
  5. Membantu waris dalam menguruskan proses dokumentasi kematian
    Satu lagi urusan yang agak membebankan waris simati adalah untuk mendapatkan dokumentasi kematian. Salah satu dari perkhidmatan e-Jenazah adalah membantu waris dalam mendapatkan dokumen-dokumen ini. Sebahagian dari kes Kematian adalah agak rumit, terutama jika ianya melibatkan kes kes jenayah. Dengan panel-panel yang berpengalaman, e-Jenazah dapat membantu waris menangani permasaalah ini.
  6. Memandikan Jenazah
    Urusan memandikan jenazah akan dilaksanakan dan disempurnakan oleh panel pengurus jenazah kami dengan menitik beratkan elemen hukum dan sensitiviti. Jenazah lelaki akan dimandikan oleh lelaki dan jenazah wanita akan dimandikan oleh wanita. Ditempat dimana tiada kemudahan mandi mayat maka pihak e-jenazah akan menyediakan kit mandi mayat bergerak secara percuma. Perkhidmatan ini termasuklah semua peralatan mandi yang diperlukan dan ditetapkan dalam jadual C – Perkakasan Mandi Jenazah
  7. Mengkafankan Jenazah
    Urusan mengkafan jenazah akan dilaksanakan sepenuhnya oleh panel pengurusan Jenazah kami dengan sentiasa menitikberatkan elemen hukum dan sensitiviti. Semua peralatan dan perkakasan yang berkaitan dengan urusan ini akan disediakan oleh panel kami mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam jadual D – Perkakasan Pengkafanan.
  8. Solat Jenazah
    Dalam menawarkan pengurusan Solat Jenazah, kami akan menyediakan pengangkutan untuk jenazah yang telah siap dikafan dan dimasukkan ke dalam keranda dari rumah hingga ke Masjid atau surau yang terdekat untuk disembahyangkan oleh waris dan para tetamu yang hadir. Andainya waris simati ingin lebih ramai orang untuk menyembahyangkan jenazah, maka usaha untuk mendapatkan jumlah yang ramai ini tidaklah termasuk dalam skop perkhidmatan ini.
  9. Mengkebumikan Jenazah
    Dalam menguruskan pengkebumian jenazah, pihak e-Jenazah akan menguruskan semua urusan seperti menggali liang lahat, mengkebumikan dan pembacaan talqin. Hadiah Qatam AlQuran (30 Juzuk) oleh para Al-Hafiz Sebagai satu hadiah yang tidak ternilai dari e-Jenazah untuk para pelanggan, adalah majlis bacaan keseluruhan Al-Quran oleh para Al Hafiz akan diadakan dan dihadiahkan kepada arwah melalui Madrasah Tahfiz AlHasani yang berada dibawah naungan syarikat ini.
  10. Akses www.urusjenazah.com
    Satu lagi kemudahan yang akan diberikan kepada pelanggan e-Jenazah adalah ekses ke portal urusjenazah.com, portal ini dibangunkan oleh kumpulan pakar e-Jenazah dalam menyediakan satu platform yang memuatkan informasi dan kemudahan interaktif yang dapat membantu khususnya pelanggan dan umat Islam umumnya. Portal ini akan memuatkan platform intraktif dengan pelanggan, terutamanya untuk urusan pendaftaran ahli, kemaskini data, urusan pembayaran dan lain-lain kemudahan. Kami juga memuatkan Prosedur Operasi pengurusan jenazah yang lengkap, senarai panel pengurusan jenazah di setiap zon dan panel penasihat syariah. Portal ini juga mempunyai link dengan beberapa aplikasi yang akan dibangunkan oleh e-Jenazah seperti, e-pusara, e-yatim, e-wasiat, e-sadaqah, e-faraid dan beberapa lagi aplikasi yang sedang dirancang oleh kumpulan teknikal kami.

No comments:

Post a Comment