Pages

Wednesday, 12 October 2011

piramid khafre

Piramid ini dibina menggunakan batu kapur, basalt atau granit yang dipotong dan dibentuk. Terasnya dibuat daripada batu kapur kasar berkualiti rendah yang diambil dari kuari di selatan Piramid Agung Khufu.

Blok batu tersebut seberat purata antara dua hingga empat tan, dengan yang terberat digunakan sebagai asas piramid, dengan anggaran 2.4 juta blok telah digunakan dalam pembinaan. Batu kapur bermutu tinggi digunakan bagi selongsong luar, dengan sesetengah blok seberat sehingga 15 tan.

Batu kapur ini datangnya dari Tura, sekitar 8 batu diseberang sungai Nil. Granite yang digunakan for the portcullis dan kamar pelepas tekanan, seberat sehingga 60-80 tan, blok granit dikuari hampir 500 batu di Aswan.

Jumlah keseluruhan jisim piramid dianggarkan sekitar 5.9 juta tan. Isipadu (termasuk anak bukit dalaman) dipercayai sebesar 2,600,000 meter padu. Piramid ini merupakan piramid terbesar di Mesir dan tertinggi di dunia dan hanya diatasi oleh Piramid Agung Choluladi Puebla, Mexico, yang, sungguhpun jauh lebih rendah, merangkumi isipadu yang lebih besar.

Ketika siap, Piramid Agung diturap dengan 'batu selongsong' - sisi condong, tetapi rata di bahagian atas, blok batu yang digilap licin. Ini menjadikan tugu peringatan ini berkilauan di bawah matahari dan malah pada waktu malam di bawah cahaya bulandapat dilihat dari gunung di selatanMesir sejauh 200 batu (322 km). Apa yang masih dapat dilihat hari ini adalah struktur teras piramid tangga dalaman, tetapi beberapa batu selongsong masih dapat di lihat di sekeliling tapaknya. Batu selongsong Piramid Agung dan Piramid Khafre (di bina langsung disebelahnya) dipotong dengan kejituan optik sehinggakan melencung dari satah sebenar pada keseluruhan kawasan permukaan hanya sekecil 1/50 bahagian se inci. Ia dimuatkan bersama begitu tepat sehinggakan hujung mata pisau tidak boleh diselit antara sambungan sepanjang semua sisi..

Piramid Agung berbeza dengan piramid lain di kawasan itu dari segi aturan dalamannya. Sejumlah besar laluan dan kamar dalamannya, kemasan kerja yang tinggi, dan kejituan pembinaannya kesemuanya jelas membezakannya. Dinding dikeseluruhan piramid kosong dan tidak terukir sepenuhnya, tetapi terdapat catatan — atau untuk lebih tepat lagi, contengan — dibuat oleh pekerja pada batu sebelum ia dipasang. Kesemua lima kamar pelepas dicatat. Catatan paling terkemuka adalah salah satu yang menyebut nama Khufu; ia menyatakan "tahun ke-17 pemerintahan Khufu".

Sungguhpun teori lain mencdangkan sebaliknya, berdasarkan kedudukannya yang tersorok ianya sukar dipercayai bahawa ia ditulis selepas pembinannya; malah Graham Hancock menerimanya, selepas Dr Hawass membenarkannya memeriksa catatan itu. Catatan yang lain merujuk kepada "sahabat Khufu", dan kemungkinannya nama salah satu kelompok pekerja. Sungguhpun ini tidak menawarkan bukti sahih bahawa Khufu memulakan pembinaan Piramid Agung atau bila ia mula di bina, ia bagaimanapun jelas membuktikan bahawa dia mengambil bahagian pembinaannya pada fasa tertentu semasa pemerintahannya.

Terdapat tiga kamar dalam Piramid Agung. Ia diatur di tengah, Terdapat paksi menegak dalam piramid. Kamar terendah digali pada batu dasar atas mana piramid dibina. Kamar ini adalah terbesar antara tiga, tetapi tidak siap, hanya digali kasar pada batu.

Kamar tengah, atau, Kamar Ratu, merupakan paling kecil, berukuran sekitar 5.74 kali 5.23 meter, dan 4.57 meter tinggi. Dinding timurnya mempunyai pintu besar bersudut satu lekukan, dan dua liang sempit, sekitar 20 sentimeter lebar, memanjang dari kamar ke permukaan luar piramid, tetapi dihalang oleh "pintu" batu kapur pada beberapa tempat. Pakar Mesir purba Mark Lehner percaya bahawa kamar Ratu bertujuan sebagaiserdab— struktur yang terdapat pada beberapa piramid Mesir lain—dan lekukan akan memiliki patung orang yang ditanam. Orang Mesir purba percaya bahawa patung akan bertindak sebagai bekas "sokongan" bagi roh orang Mesir bagi Firaun, sekiranya badan yang dimumia musnah. Tujuan sebenar kamar, bagaimanapun; kekal sebagai misteri.[1]

Dipenghujung beberapa siri laluan panjang mengarah dalam piramid struktur kamar utama, "Kamar Raja". Kamar ini pada asalnya seluas 10 x 20 x 5V5 kubik ("cubit"), atau sekitar 17 x 34 x 19 kaki, membentuk kiub berkembar.

No comments:

Post a Comment