Pages

Saturday, 15 October 2011

definasi perkahwinan

Secara sejarah, takrif-takrif tepat untuk "perkahwinan" berbeza-beza antara dan di dalam budaya-budaya: pemahaman moden menekankan kesahan hubungan seks dalam perkahwinan, walaupun sifat perkahwinan yang sejagat dan unik ialah penciptaan persemendaan.

Secara tradisi, masyarakat menggalakkan seseorang untuk berkahwin dengan orang yang jauh untuk mengukuhkan pertalian, tetapi cukup dekat supaya semenda boleh dianggap sebagai "salah satu daripada kami" atau "jenis kami". Satu kekecualian untuk peraturan ini didapati dalam perkahwinan raja yang mengukuhkan kedudukan mereka melalui pengumpulan kekayaan berbanding melalui persemendaan. Walaupun begitu, ahli-ahli keluarga raja sering digalakkan berkahwin dalam lingkungan keluarga yang rapat.

Perkahwinan masih penting sebagai perikatan hubungan seks yang disetujui oleh masyarakat, dan biasa difahami sebagai satu hubungan lelaki-perempuan yang bertujuan untuk melahirkan anak-anak serta mensosialisasikan mereka dengan jayanya. Secara sejarah, kebanyakan masyarakat membenarkan pengamalan poligami yang takat. Bagaimanapun, negara-negara Barat merupakan kekecualian utama, dengan Eropah dan Amerika Syarikat yang telah mentakrifkan diri sebagai sebuah budaya monogami. Ini disebabkan sebahagiannya oleh tradisi budaya Germanik yang merupakan keperluan agama Kristian (selepas abad ke-6) serta mandat undang-undang Rom. Bagaimanapun, undang-undang Rom menyokong pelacuran, sekedudukan, persetubuhan di luar perkahwinan, liwat, dan persetubuhan dengan hamba abdi. Dunia Barat Kristian mengharamkan amalan-amalan itu secara rasmi.

Secara sejagat, kebanyakan masyarakat kini tidak lagi membenarkan poligami sebagai bentuk perkahwinan. Umpamanya, China berubah daripada membenarkan poligami untuk menyokong hanya monogami dalam Akta Perkahwinan 1953 selepas pemberontakan komunis. Kebanyakan masyarakat Afrika dan Islam meneruskan amalan poligami (sekitar 2.0 bilion orang). Bagaimanapun, hanya kurang daripada 3% perkahwinan Islam bersifat poligami. Amalan poligami semakin mahal dalam persekitaran bandar, tetapi lebih berguna di kawasan-kawasan luar bandar kerana kanak-kanak merupakan sumber buruh pertanian untuk masa hadapan. Kebanyakan penduduk dunia kini hidup di dalam masyarakat yang kurang biasa mengamalkan poligami, dan perkahwinan adalah jauh lebih biasa berbentuk monogami.

Sejak dekad-dekad abad ke-20 yang akhir, banyak andaian tradisi mengenai sifat dan tujuan perkahwinan dan keluarga telah dicabar, khususnya oleh gerakan-gerakan sosial LGBT (LGBT ialah "lesbian, gay, bisexual and transgender people" dalam bahasa Inggeris) yang tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa perkahwinan harus bersifat heteroseksual secara eksklusif. Sesetengah orang juga memperdebatkan bahawa perkahwinan mungkin merupakan fiksyen undang-undang yang sia-sia.

Tanggapan ini menyusul daripada peraliran keseluruhan dalam idea-idea Barat dan amalan-amalan keluarga; sejak Perang Dunia II, dunia Barat telah melihatkan:
  • pertambahan perceraian yang dramatik (6% hingga melebihi 40% untuk perkahwinan pertama)
  • sekedudukan tanpa perkahwinan
  • pertumbuhan penduduk tidak berkahwin
  • kanak-kanak dilahirkan di luar perkahwinan (5% hingga melebihi 33% daripada jumlah kelahiran)
  • pertambahan pelakuan zina.
Sebuah sistem yang agak merupakan monogami siri telah muncul secara de facto.
Dalam zaman moden, istilah "perkahwinan" secara amnya dikhaskan untuk kesedudukan yang diiktirafkan oleh negara (walaupun sesetengah orang tidak bersetuju). Frasa berkahwin dari segi undang-undang boleh digunakan untuk menegaskan perkara ini.

Dalam sebilangan masyarakat, terdapat perdebatan yang semakin bertambah tentang bentuk-bentuk perkahwinan. Dua kelainan yang paling diperdebatkan ialah:

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 07:50, 23 Mei 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • No comments:

    Post a Comment