Pages

Sunday, 16 October 2011

baka kucing

Tentu ramai yang masih keliru tentang jenis baka kucing kesayangan mereka. Tidak semua kucing yang berbulu panjang atau yang mempunyai hidung yang memek itu dipanggil PERSIAN cat. Kita sebagai tuan punya kucing harus tahu dan bijak apabila memilih kucing untuk dipelihara. Sekarang terdapat sebilangan kucing-kucing yang di jual di petshop adalah bukan dari baka yang sebenar. Oleh itu saya akan terangkan serba sedikit sama ada kucing anda adalah dari baka sebenar atau tidak.



Terdapat dua kategori kucing yang mempunyai muka memek (Flat nose) atau separa memek (Semi flat nose).

Pertama : anak kucing yang yang lahir dari baka yang sebenar dan dikahwinkan dengan jenis baka yang sama atau pure Persian di kenali sebagai PEDEGREE PERSIAN. Biasanya kucing yang lahir dari baka sebenar atau pure Persian mempunyai sijil kelahiran, iaitu sijil yang mengesahkan kucing adalah dari baka sebenar atau telah didaftarkan.

Kedua : Manakala anak kucing yang dilahirkan dari induk baka sebenar dan di kahwinkan dengan kucing yang tidak mempunyai sijil pula adalah dipanggil DOMESTIK LONG HAIR (DLH). Kucing ini mempunyai bentuk muka menyerupai seperti kucing parsi, mempunyai ciri-ciri seperti berbulu panjang dan juga berhidung memek, tapi kucing-kucing seperti ini hanya boleh di panggil DOMESTIC LONG HAIR (DLH).





Oleh itu kita jangan keliru ataupun tertipu apabila hendak membeli kucing. Adalah disyorkan lebih baik anda membeli kucing dari pembiak baka (breeder) yang berdaftar, kerana dengan itu kita dapat mengetahui sama ada kucing itu mempunyai sijil atau tidak dan berpuas hati dengan tahap kesihatan kucing tersebut selain mengetahui latar belakang kucing tersebut.

Kucing-kucing yang kerap terdapat di petshop sebilangannya tidak mempunyai sijil dan penjual kucing-kucing tersebut ada sebilangannya mengatakan kucing mereka adalah dari baka kucing parsi (Persian cat). Oleh itu jangan tertipu dan keliru! Jika mereka mengatakan kucing mereka adalah pure Persian, pastikan anda meminta sijil pendaftaran sebagai bukti kucing tersebut adalah dari baka sebenar .

Selain baka kucing yang meragukan, kesihatan kucing juga tidak terjaga dengan baik. Sebilangan kucing-kucing tersebut tidak diberikan suntikan vaksin yang berjadual serta kucing yang selalunya di jual di petshop ada sebilanganya tidak begitu diberi perhatian mahupun dimanjakan dan ini secara tidak langsung dapat memberikan kesan kepada pembeli. Contohnya, kucing yang telah dibeli tidak pandai berinteraksi dengan orang selain berkemungkinan kucing tersebut bersifat liar.
cff-logo-new.jpg tica-logo-new.jpg
Selalunya BREEDER yang bertanggungjawab akan mendaftar kepada persatuan kucing antarabangsa seperti CFA ataupun TICA atau sebagainya. Breeder kebiasaanya tidak akan meletakkan kucing (pure Persian) mereka di petshop untuk dijual.

No comments:

Post a Comment