Pages

Wednesday, 19 October 2011

jejantas menara



 Terdapat sebatang jejantas udara yang menyambungkan kedua-dua menara di tingkat 41 dan 42, iaitu jejantas dua tingkat tertinggi di dunia.[28] Jejantas ini tidak dipasang terus pada struktur utama, sebaliknya direka agar berlongsor ke dalam dan ke luar menara agar tidak patah akibat angin kencang atau penggerakan plat seismik. Ia juga bagi mengawal pengumpulan tekanan berlebihan dari berlaku di bahagian tengah jejantas, ini kerana jika jejantas dibina begitu rapat dan terlalu tekap dengan struktur menara, pemindahan tekanan akan berselerak di serata jejantas yang akhirnya mewujudkan fenomena "jejantas tertekan", ini boleh menyebabkan jejantas runtuh dengan mudah.[29] Jambatan ini terletak 170 meters (558 ka) dari aras jalan dan panjangnya 58.4 meters (192 ka), manakala beratnya pula iaitu 750 tans (750,000 kg).[30]

Jejantas udara Petronas juga sebenarnya diperkukuhkan lagi dengan 2 kaki retort yang setiap satunya berkembar 2, panjang setiap satu kaki iaitu 51 m dari, ia dihubung pasakkan di suatu bola keluli besar bagi mengawal ayunan jejantas. Hujung kaki berbola ini terletak di aras 29 bagi setiap satu menara.


 


Tingkat 41 dan 42 juga dikenali sebagai podium, kerana para pelawat yang hendak ke tingkat lebih tinggi perlu menukar lif di sini. Jejantas ini terbuka kepada semua pelawat, semua pelawat yang mahu melawat jejantas atas tujuan rekreasi perlu mendapatkan tiket dan pas lawatan. Asalnya tiket yang dikeluarkan adalah percuma, namun atas sebab menjaga kualiti dan piawai sistem penyelenggaraan jejantas dan pelantar pemandangan yang dilihat semakin memerlukan kos yang tinggi, pihak pengurusan Jejantas Menara Berkembar Petronas telah mengambil keputusan untuk mengenakan caj lawatan pada harga yang berpatutan.

Semua tiket yang dijual, rata-rata mengamalkan kaedah penjualan tiket berkonsep 'siapa datang awal, dia akan dapat (first come first serve). Pada bulan Ramadan, pengeluaran tiket hanya dianggarkan terhad sekitar 600 keping sahaja. Manakala bagi bulan-bulan lain, pengeluaran tiket dianggarkan sekitar 1500 hingga 1700 orang sehari. Namun begitu, para pelawat dinasihatkan untuk berada di garisan beratur (Que-point) lebih awal yakni pada pukul 6.00 am. Ini kerana kaunter tiket hanya mula beroperasi pada 8.30 am pada setiap hari kecuali hari Isnin (ditutup untuk tujuan penyelenggaraan).[31]Waktu pelepasan pertama pula akan bermula pada pukul 9.00 am dan berakhir pada jam 7.00 pm. Pelawat bebas meilih waktu lawatan pada hari tersebut bergantung kepada kekosongan tempat. Pada kebiasaannya, tiket yang diperuntukkan akan habis dijual oleh pihak pengurusan Jejantas Petronas pada pukul 9.30 pagi, hanya tiket yang dipulangkan atau tiket jualan terus untuk lawatan hari ketiga dari hari ia beroperasi akan terus dijual sehingga kaunter ditutup pada pukul 5.00 pm.

Para pelawat hanya dibenarkan berada di tingkat 41 kerana tingkat 42 hanya dibuka kepada kakitangan penghuni bangunan. Atas dasar kemampuan capaian muatan lif hanya boleh membawa 20 orang pelawat dalam satu masa ke jejantas. Lif adalah lif berkelajuan tinggi yang bergerak hanya 41 saat ke podium jejantas. Maka pelawat perlu menunggu di balai menunggu yang disediakan oleh pihak pengurusan. Balai menunggu mempunyai kemudahan paparan teater, video DVD pembinaan menara, panel maklumat, pusat penskrina barangan, lokar simpanan barangan dan beberapa bahan pameran yang lain. Pelawat akan dibawa melawat jejantas selama 15-20 minit dengan kumpulan tag warna tertentu. [32] [33]

Harga tiket jualan adalah seperti berikut:
  1. Pakej 1 (Jejantas udara sahaja) --- RM 3 (warganegara dan kanak-kanak), RM 10 (bukan warganegara dewasa).
  2. Pakej 2 (Jejantas udara dan pelantar pemandangan) --- RM 20 (warganegara dan kanak-kanak), RM 40 (bukan warganegara dewasa).
Pelantar pemandangan terletak di tingkat 86, Menara 2 Petronas. Perjalanan kesana mengambil masa 86 saat dari balai berlepas. Pelawat yang memilih pakej 2 selalunya diberi peluang sehingga 45 minit bagi melengkapkan lawatan bagi jejantas udara dan pelantar pemandangan.


 


Jejantas ini juga berperanan sebagai peranti keselamatan, yang mana sekiranya terjadinya kebakaran atau kecemasan seumpamanya di satu menara, para penghuninya boleh mengosongkannya dengan menaiki jejantas ke menara yang satu lagi.[34] Kadar pengosongan yang tercetus oleh ancaman bom palsu pada 12 September 2001[35] (sehari selepas tragedi keruntuhan menara berkembar World Trade Center di Bandar Raya New York) menunjukkan bahawa jejantas tersebut tidak berguna sekira kedua-dua bangunan perlu dikosongkan serentak, kerana muatan tangga kecemasan adalah tidak cukup untuk menghadapi kejadian sebegini. Oleh itu, adalah dirancangkan agar lif boleh digunakan sekiranya kedua-dua menara perlu dikosongkan, lantas dijayakan oleh raptai kecemasan yang mengikut rancangan tersebut pada tahun 2005.

Jejantas udara Menara Berkembar Petronas ini juga sentiasa dilengkapi alat pemadam api moden yang terkini, terdapat juga sistem pengesanan haba, asap dan suhu dengan penggera keselamatan dan alat percikan air. Terdapat juga panel penyedut wasap di sisi jambatan bagi menyedut asap kebakaran jika kebakaran berlaku didalam kompleks jejantas.



 Laman ini diubah buat kali terakhir pada 12:12, 5 Oktober 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • No comments:

    Post a Comment