Pages

Monday 16 January 2012

solat malam




Kalau sempat. Bangunlah solat malam walau sekadar 2 rakaat. It will do wonders. Susah memang susah pada permulaannya. Tapi niat dalam hati sebelum tidur tiap-tiap hari semoga Allah permudahkan.

Ya Allah, bangunkan aku untuk bertahajud kepadamu malam ini. Wahai para malaikat, gerakkan aku untuk bangun solat pada malam ini. Wahai mata, semoga engkau tidak mengantuk untuk bangun solat pada malam ini.
Dan jangan lupa berzikir sebelum tidur.

Biasanya akan terjaga juga sekitar 3-4 pagi. tapi biasanya juga badan seolah-olah tidak mampu untuk bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu. Terasa kepayahan yang amat sangat. Tidak mengapa. Esok doa lagi benda yang sama. Lusa. Tulat. Lagi dan lagi. Jangan berhenti berdoa dan merayu kepada Allah. Dia Maha mendengar.

Ya Allah, pilihlah aku jadi hamba yang sentiasa bertahajud kepadaMu ya Allah.

Berniatlah untuk memperkenalkan diri kepada Allah yang Maha Agung. Sesungguhnya manusia2 yang bangun beribadat pada waktu malam, bilangannya amatlah sedikit dibandingkan dengan manusia2 yang lena tidur. Manakan sama orang yang tidur dengan orang yang berdiri di dingin malam semata2 untuk meraih keredhaan Allah. Akan ada getar dalam hati yang paling dalam. Terasa seperti dekat benar dengan Allah.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Allah turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
Untuk ibu-ibu yang mempunyai anak bermasalah, bangun solat malam. Untuk suami2 yang mahu dihormati isteri dan anak2, bangun solat malam. Untuk isteri2 yang mahu dicintai suami, bangun solat malam. Untuk keharmonian rumah tangga, bangun solat malam. Terasa kesempitan rezeki, bangun solat malam. Terasa dunia menyesakkan dengan seribu satu macam masalah, bangun solat malam. Yang terkena sihir/buatan orang, bangun solat malam. Yang berhutang keliling pinggang, bangun solat malam.

Insyaallah, akan dijauhi dari segala penyakit, akan lahir kesan taqwa pada wajah, akan dikasihi sekelian mukmin dan manusia, akan dapat bercakap dengan penuh hikmah dan bijaksana dan akan dikurniakan dan diberi rezeki yang halal lagi diberkati.

Itu habuan dunia. Akhirat apatah lagi.

Jom, mari perkenalkan diri kepada Allah. Untuk menjadikan duniawi lebih mudah ditangani, solat malam adalah kunci.




No comments:

Post a Comment