Pages

Monday 16 January 2012

bersyukur





"..bersyukur bukan hanya di lidah dan dihati. tapi juga pada perbuatan. pada perbuatan itulah yang paling sukar.."

apakah definasi syukur yang paling jitu?

ia bukan sekadar mengucap alhamdulillah dibibir dan dihati. i mean; any tom, dick and harry can do that. :P

ada ustaz berpendapat yang 'syukur' paling tepat diterjemah sebagai perbuatan yang kita lakukan. for muslims, it's simply i.b.a.d.a.h. patutnya, semakin kita kata kita bersyukur, lagi berquality dan berquantity ibadah kita untuk allah. lagi berganda-ganda. lagi mantap.

jika begitu, maka aku mengaku yang aku sendiri tak cukup bersyukur lagi. kebiasaannya aku lebih lama disejadah bila aku susah hati. bila banyak masalah. bila rasa sempit. bila anak2 tak sihat. bila hutang menimbun2. masa itu doa berjela-jela-jela-jela mintak tolong kat Allah. tapi bila dapat rahmat, aku hanya ber-alhamdulillah dibibir tak putus2. nak bersujud syukur pun tak sempat2. apatah lagi nak bangun solat malam semata2 untuk ucap terima kasih kat Allah.

no wonder orang kata, adalah lebih sukar untuk bersyukur diwaktu senang daripada diwaktu susah. adakah kerana Allah itu sinonim hanya diwaktu susah?

subhanallah. astaghfirullah.

semoga kita tak termasuk dalam golongan manusia2 jahil dan tak reti2 bersyukur.


No comments:

Post a Comment