Pages

Monday 16 January 2012

zakat bukan charity

LAFAZ...pembayar melakukan lafaz zakat di hadapan pegawai di kaunter PPZ di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.



Ada orang menyama-ratakan zakat dengan sedekah dan amal jariah.

WRONG!

Kenapa? Kerana tak faham. Tak tau. Malas belajar. Rasa tak penting. Tak ada kena mengena. Tak sesuai dengan prinsip diri.

Zakat adalah wajib. Of course lah kalau kita berkemampuan. Dan orang2 yang dikenakan cukai pendapatan itu adalah orang2 yang berkemampuan. Maknanya kalau anda bayar income-tax, maka anda sudah layak pun untuk berzakat. You dig?

Anyway, taukah anda yang zakat adalah ibadat yang ‘berkembar’ dengan solat? Malah ada para sahabat nabi saw yang menganggap zakat itu kedudukannya sama penting dengan solat, dan tidak harus dipandang enteng sama sekali.

Surah Al-Baqarah: 43 Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah Zakat

Surah Al-Baqarah: 83 ….dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah Zakat.

Surah Al-Ma’idah: 55 …Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan Zakat.
Surah Al-Tawbah: 5 …….Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi Zakat…
Surah Maryam: 31 Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi Zakat
Statistically speaking (unjuran penduduk dari Jabatan Perangkaan Malaysia), pada tahun 2009 jumlah penduduk melayu di selangor yang berumur 25 tahun ke atas adalah seramai lebih kurang 1,259,260 juta orang. Lembaga Zakat anggarkan sebanyak 40% dari jumlah ini layak untuk berzakat iaitu seramai lebih kurang 500,000 orang. Dan dari jumlah ini, pembayar zakat di Selangor pada tahun 2008 adalah seramai 146,413 orang sahaja. Berapa percent itu? Around 30%.

Jadi sudahkah anda berzakat? setakat pembaca casa arina ni, harus semua pun wajib berzakat kan? so don't take it easy. bayarlah zakat. kadang2 kita pening kepala fikir kenapa duit kita tak cukup2. rupa2nya sebab kita lupa nak 'bagi' balik hak orang yang bukan milik kita.

No comments:

Post a Comment