hanya tiga yang dizahirkan alim ulama:
1. memberikan anak2 nama yang baik2.
kenapa? kerana nama yang baik merupakan 'pakaian' terawal anak2. the challenge is not in the naming itself, tapinya lebih kepada memberi/mengajar akhlak dan adab terpuji kepada anak2 agar setara dan setaraf dengan nama2 baik yang diberi. contoh nama Muhammad. tentulah kita mahu Muhammad punya akhlak yang terpuji sebaik namanya. jadi ibu bapa harus berusaha mendidik anak2 agar punya akhlak terpuji. bukankah malu ibu bapa jika punya anak bernama Muhammad tetapi at the end of the day jadi seorang pelaku maksiat yang engkar pada allah. minta dijauhkan.
2. mengajarkan anak al-quran.
bukanlah hanya sekadar mengajar anak2 membaca al-quran, tetapi juga mendidik anak2 tentang apa yang ada dalam alquran, iaitu agama, ilmu dan akhlak. tujuh tahun yang pertama merupakan masa yang paling penting untuk melentur anak2 tentang cara hidup islam. apa yang kita inginkan untuk anak kita semasa mereka dewasa, harus dienforcekan dalam 7 tahun pertama ini. anak2 akan menyerap apa yang kita hadapkan kepada mereka. jadi hati2 apa yang kita 'hidangkan' pada anak2. aturkan jadual consistent untuk 7 tahun pertama ini. wujudkan budaya yang betul. solat. al-quran. adab. akhlak. semuanya harus dibudayakan. insyaallah anak2 akan tau apa yang penting dan apa yang tidak.
3. mengahwinkan anak2.
cabarannya ialah dalam mencari jodoh yang baik untuk anak2, bukan hanya sekadar mengadakan kenduri walimah. sejak anak2 masih kecil lagi, sudah boleh doakan agar mereka dapat jodoh yang baik2 bila dewasa kelak agar keturunan terpelihara dari maksiat dan kemurkaan Allah. rugi sangat rasanya bila kita besarkan anak2 dengan keadaaan terpuji tapi dapat jodoh yang sebaliknya. jadi doa banyak2 pada allah agar bertemu jodoh2 yang boleh meningkatkan iman dan takwa.
No comments:
Post a Comment