Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah ar-Ra’d, 13: 28)
dan berbahagialah;
“Sesiapa di antara kamu yang merasa aman dirinya, sihat tubuhnya dan cukup persediaan makanan rutinnya pada hari tersebut, seakan-akan dia telah diberi semua kenikmatan dunia.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Hadis ini hasan menurut penilaian al-Albani di dalam Silsilah Hadis ash-Shahihah)
apakah sebenarnya yang dicari? sedangkan diri sudah aman, sihat tubuh badan dan amat cukup makan. ertinya sudah diberi semua kenikmatan dunia. bukankah begitu? apakah masih tercari2 sesuatu yang tidak perlu dicari? kenapa begitu bersusah payah untuk mengejar sesuatu yang tidak perlu dikejar? kenapa masih meninggalkan apa yang tidak patut ditinggalkan? kenapa begitu sukar untuk memilih keutamaan sedangkan yang hitam dan putih itu sudah cukup nyata?
أستغفر الله العظيم
No comments:
Post a Comment