Pages

Monday, 16 April 2012

kehangatan cinta


Raudhah....di sebalik pintu hijau, kekasih ku bersemadi


aku ingin berziarah
dari ribuan batu kejauhan
kerana cinta nan terlalu tinggi
membungkam kalbu
merintih syahdu

aku ingin bertamu
dalam damainya raudhah
di samping teman-teman
kesetiaan nan tiada batas
hanya syurga bergalang ganti

aku ingin melangsai cinta
di kejauhan zaman
berbungkus cinta dan rindu
dan bergenang di pelupuk mataku
indahnya nian wajah syurga

Allah sampaikan aku
di kemuncak perdana cinta
bersama kekasih mulia
dan hangatnya membara
tidak terpana oleh fana dunia



inspirasi dari Kembara Haramain saudaraku, Ahmad bin Khairuddin
dalam cemburu dan membaranya cinta
Emir Abu Khalil
Masai, Pasir Gudang
5.59pm
24 Rejab 1432 Hijriyyah
25 Jun 2011

No comments:

Post a Comment