Pages

Friday, 6 April 2012

hari bapa dari seorang kawan


Saya ni jenis yang tidak suka meraikan hari2 cuti sekular apatah lagi melibatkan banyak org menyambutnya. Kononnya, tak speciallah klu berkongsi hari2 bahagia dengan ramai orang. Walaupun begitu, saya masih menghantar kad ucapan pada orang2 tersayang untuk menyatakan ingatan saya pada mereka terutama mama dan bapa. Paling tidak, saya akan menghubungi mereka untuk smpikan ucapan secara lisan..

Hari bapa datang lagi, mungkin agak janggal melaluinya tanpa ada dia di sisi. Namun tidak sekalipun melunturkan ingatan saya padanya setiap kali datangnya tarikh2 istimewa yang mengaitkan kami. Walau bapa sudah tiada, namun hari bapa hari ini memberi peluang saya menceritakan beberapa memori indah dan perihal bapa yang semuanya kini sudah menjadi kenangan.
Arwah bapa adalah jenis lelaki yang sgt tegas dalam mengendalikan keluarga. Anak-anak terutamanya dididik dalam suasana kekeluargaan yang sgt tersaksi. Makan mesti bersama2 ahli keluarga yang lain, jgn ada yang memandai-mandai nak makan sorang2.. bapa tak suka.


apparition_father_daughter_1


Bapa saya ni jenis yang particular tp bukan perfectionis. Dia sangat concern pada pekara2 kaitan religi dan adat budaya. Mengunyah tak boleh bunyi kuat2. Biasanya bab2 adab ketika makanlah yang paling dia tekankan. Katanya kena belajar dari kecil supaya depan orang tak buat salah.

Saya pecaya, segala pekara yang menjadi tolakkannya adalah satu rutin hari ini. Contohnya, apabila bertemu orang baru dalam hidup saya, saya akan menjadi sgt berhati2 utk berkawan atau bertutur dengannya. Ini kerana bapa saya mengajar kami takot pada org yang tidak dikenali.

Lebih menarik tentang bapa saya, dia juga seorang yang sangat careerist.. pecaya atau tidak, kata mama bapa akan smpi ke tempat kerja kurang sejam atau setengah jam awal dari waktu sebenar masuk kerja. Malah bapa saya sgt tegas kepada anak-anak buahnya.. saya tau ramai yang takut dgn cara bekerja bapa saya. Dia mahu org lain tidak dpt mencari salahnya utk memberi alasan atas kesalahan mereka.. yea, perkara2 begitu banyak membantu pembangunan diri saya sewaktu bekerja.. saya sentiasa diingatkan tentang perlunya kepatuhan pd kerja dan tidak menunjukkan sebrg mudarat diri sewaktu dalam tempoh bekerja. itulah amalan saya sehingga kini.


kekasih_awal_dan_akhir1b


Kami pernah menonton wayang bersama, cuma saya dan dia. Klu diingatkan mmg kelakar, mungkin krn bapa tau saya minat sgt pelakon Sofia Jane time tu dia bawa saya menonton filem Kekasih Awal dan Akhir. Itulah kali pertama dan terakhir saya menonton dgnnya. Bapa saya kurang setuju dgn aktiviti menonton movie bila saya kian membesar.. hehe.. banyak hujahnya..

Akhirkata, spt anda semua.. tibalah masanya saya mengucapkan selamat hari bapa untuk abg saya Mazri Mohamad yang menjd pengganti bapa menggalas tanggungjawab berat ini (Disiplin dirinya sama spt bapa saya juga). Semoga hari2 mendatang akan menjanjikan kebahagian berlipat kali ganda kepada kita semua.


sumber dari: mass.nasyeed.my

No comments:

Post a Comment