Pages

Thursday, 1 December 2011

kedudukan pembaca Al-Quran





Dijelaskan dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Imam Muslim, dari Aisyah r.a dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

"Orang yang pintar membaca Al-Quran, maka ia bersama barisan para malaikat yang mulia. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan bacaan yang terbata-bata, maka dengan kesusahannya tersebut ia mendapatkan dua pahala".

Para ulama berkata, bahawa maksud "terbata-bata" dalam ayat hadis di atas adalah mengalami kesusahan saat belajar Al-Quran. Bagi orang seperti ini, maka ia mendapat dua (2) pahala kerana mengalami kesusahan proses belajarnya.






Firman Allah : Surah Yunus : 57-58

"Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadikan penawar bagi penyakit-penyakit yang berada dalam dada kamu, dan juga memberi petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman. Katakanlah, " Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita, kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan."

 
Firman Allah : Surah Al-An'am : 106

"Ikutilah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu; tiada Tuhan selain Dia; dan berpalinglah dari orang musyrik."

Firman Allah : Surah Az-Zukhruf : 43

"Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada dilandasan yang lurus."







Sabda Rasulullah s.a.w : Hadis Anas bin Malik r.a

"Barangsiapa yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya, tetapi tidak mengamalkan ajaran-ajaran yang ada di dalamnya dan merubah-rubah (makna)nya, maka Al-Quran akan menjadi pendakwa baginya agar ia dimasukan ke neraka Jahanam. dan barangsiapa yang belajar Al-Quran dan mengamalkannya, maka Al-Quran akan memberi syafaat (penolong) baginya agar ia dimasukkan ke dalam syurga."

No comments:

Post a Comment