Pages

Tuesday, 20 December 2011

terlebih







Saya terjumpa sajak lewat karya Khadijah Hashim yang saya kira amat molek untuk dikongsikan dengan rakan-rakan semua. Semoga mendapat kebaikan dari karya hebat ini.

TERLEBIH

Terlebih garam gulai binasa
Terlebih manis penyakit menanti
Terlebih lada pedas menyengat
Terlebih santan lemak berlapis
Terlebih cuka jeruk menjadi
Terlebih asam pekasam tak busuk
Terlebih api nasi pun hangit
Terlebih air bubur namanya

Terlebih senyum orang tertanya-tanya
Terlebih ketawa takut menangis
Terlebih cakap punca bohong
Terlebih janji sukar ditepati
Terlebih puji dusta akhirnya
Terlebih sayang buruk ke tepi
Terlebih belanja hutang berlapuk
Terlebih harta baik bersedekah
Terlebih simpan kedekut berpanjangan

Biar terlebih jasa dan bakti
Serendang pohon dapat berteduh
Sehijau padang luas berlari
Sejernih sungai tempat bermandi
Sedingin bayu berhembus selalu
Seharum mawar kembang pagi
Seindah alam ciptaan Ilahi
Dan kaki kejap terpijak di sini

Khadijah Hashim
Dewan Sastera, Disember 2001

keindahan tangan ibu

Petang ini aku terkenangkan ibu.. Terkenang saat terakhir bertemu ibu di Majlis Konvokesyen adik bongsuku. Sempat ku pegang tangan dan kucium tangan ibu. Ibu memaklumkan tangannya tidak sekuat dulu..Selalu kebas dan lenguh-lenguh. Tangan yang digunakan untuk membanting tulang membantu ayah mencari rezeki membesarkan kami tujuh beradik..Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapikan aku, memandikan aku, memakaikan aku baju dan lampin, membelai dan memelukku dan terlebih dari itu, selalu berdoa untukku..

 
 
 
 
Sekarang tangan itu telah menyentuh hatiku dengan cara yang paling membekas dalam hati ku.. Tangan ibu yang kasar, berkedut, lemah dimamah usia..Ingin sekali aku memberitahu ibu bahwa bagiku kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Aku sangat bersyukur bahwa Allah mengurniakan insan yang sangat bernilai dan berharga...Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan yang begitu agung, tetapi tak satupun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu…

Sunday, 18 December 2011

kenali adat perkahwinan melayu

Orang Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai adat yang menjadi kebanggaan kita semua. Justeru, tak heranlah jika perkahwinan pun dipenuhi dengan adat atau tradisi Melayu yang unik. Sebelum melangsungkan perkahwinan, korang kena la tau bahawa sesuatu perkahwinan itu akan dimulai dengan adat merisik, meminang, bertunang, bernikah dan akhirnya bersanding. Wah! Banyaknya peringkat yang kena lalui sebelum kawin:-) So, untuk mereka yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan tak lama lagi, eloklah jika korang membaca sedikit info tentang adat2 yang korang akan lalui nanti.

Merisik

- adat merisik juga dikenali sebagai ‘menengok’, ‘meninjau’ atau ‘menilik’ si anak dara
- bertujuan untuk memilih dan menyelidik latar belakang bakal menantu perempuan berkaitan dengan tingkah lakunya, pengetahuan agama, skill rumahtangga dsb. lagi.
- mengikut kata orang2 tua, jika rombongan pihak lelaki datang semasa si anak dara sedang mandi atau membasuh baju, kirenya nie petanda baik
- sebaliknya, jika si dara sedang memasak masa rombongan sampai, ia membawa alamat kurang baik, sebab kononnya ia petanda ‘panas’:-)
- pada zaman yang serba serbi moden nie, adat merisik dah jarang dilakukan
- yang diberi keutamaan, asal si gadis ada pegangan agama, adab sopan dan latar belakang keluarga yang baik, dah kire cukup bagus.

Meminang

- jika si gadis belum berpunya setelah membuat risikan, adat meminang pula akan dilakukan.
- tujuannya adalah untuk menyatakan hasrat anak teruna yang ingin berkahwin dengan gadis pilihannya.
- biasanya rombongan meminang akan diwakili oleh mak bapak lelaki atau orang2 tua yang akan pergi ke rumah anak dara untuk meminangnya.
- kalu ikut adat, suatu tempoh akan diberi kepada pihak pompuan supaya mereka boleh berbincang sesama mereka atau utk menyelidik tentang latar belakang pihak laki2 pulak.
- sekiranya pinangan diterima, mereka akan berbincang pulak pasal tarikh nak bertunang, hantaran dan hal2 lain yg berkait dengan proses pertunangan tue…
- oops… jangan lupe pulak utk bawak sebentuk cincin untuk diserahkan kepada wakil pihak pompuan sebagai tanda peminangan (ikut sesetengah tempat la..).


Bertunang

- setelah peminangan diterima, ia akan disusuli pulak dengan majlis pertunangan
- adat bertunang atau ‘Menghantar Tanda’ nie sebenarnya memberi maksud si anak dara sudah manjadi milik orang.
- ia juga bertujuan untuk membolehkan kedua-dua pasangan tue mengenali hati budi masing2 dgn lebih dekat.
- mengikut kebiasaan, kenduri akan diadakan di rumah pihak perempuan
- rombongan lelaki akan membawa ‘tanda’ yg berupa sebentuk cincin (biasanya cincin belah rotan menjadi pilihan) untuk diberi kepada pihak perempuan.
- selain itu, terdapat juge beberapa barang hantaran lain yg turut diberi seperti sirih junjung, sejadah, al-Quran, alat solek dsb.
- jumlah dulang hantaran biasanya dalam angka ganjil seperti 5 berbalas 7 atau 7 berbalas 9 di mana pihak perempuan akan membalas lebih sedikit daripada pihak lelaki.
- pada majlis nie jugaklah wakil kedua2 belah pihak akan berbincang pasal tempoh bertunang, belaja kawin dan lain2 hal yang berkaitan.
- yang menariknya, kalau dah takde jodoh dan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, semua barang hantaran yang diberi dikira ‘hangus’ saje.
- sebaliknya kalau pihak perempuan yang putuskan ikatan pertunangan, maka dia terpaksa mengembalikan semua barang hantaran tue sebanyak dua kali ganda jumlahnya.


Pernikahan

- pernikahan atau akad nikah adalah hari yang penting buat kedua-dua pengantin kerana pada majlis inilah mereka akan diijabkabul sebagai pasangan suami isteri yang sah.
- akad nikah boleh dilakukan di masjid, pejabat kadi atau rumah pengantin perempuan.
- pada masa nie, pengantin lelaki akan berasa begitu berdebar kerana perlu melafazkan akad nikah.



Aku nikahkan ngko dengan si polan bt si polan.... :-)



- biasanya upacara akad nikah nie akan disertai dengan mas kawin, wang hantaran (atau belanja), sebentuk cincin (atau barang kemas yg lain) serta barang2 hantaran yg lain yg dibawa oleh rombongan pengantin lelaki.
- selepas pengantin lelaki diijabkabul, (biasanya satu lafaz je utk mereka yg ‘cool’ :-) ), sebentuk cincin akan disarungkan ke jari manis pengantin perempuan dalam upacara ‘membatalkan air sembahyang’.
- selesai je upacara pernikahan, kedua-dua pengantin baru nie akan bersiap sedia untuk menempuhi majlis persandingan yang gilang-gemilang.


Persandingan

- persandingan atau majlis perkahwinan nie adalah acara kemuncak di mana kedua2 pengantin akan digelar ‘Raja Sehari’.
- majlis bersanding dimulai dengan paluan kompang dan laungan selawat dan salam daripada rombongan pengantin lelaki yang diarak meriah ke rumah pengantin perempuan.
- rombongan nie pulak akan dibalas dengan percikan air mawar dan taburan beras kunyit.
- seterusnya, pasangan Raja Sehari nie akan diraikan di atas hiasan pelamin atau lebih grand dipanggil ‘singgahsana’:-)
- pada masa nie lah kerlipan daripada kamera2 dan hanpon yg pelbagai jenis tak putus2 merakamkan detik2 bersejarah pengantin baru beserta dengan keluarga dan sedara mara mereka.



Raja dan Ratu Sehari dengan sedara mara



- tak cukup bergambar di pelamin, pengantin dipelawa pulak untuk berposing di dalam kamar pengantin yg dihias indah.
- kemudian, setelah berpenat-lelah mengadap kamera, barulah pasangan pengantin baru dijamu makan di upacara makan beradap.
- dgn aksi malu2 kucing, pengantin perempuan akan menyuap makanan ke dalam mulut suaminya dan begitulah juga sebaliknya.
- lebih kurang beberapa hari atau seminggu selepas majlis perkahwinan diadakan, majlis bertandang (atau adat menyambut menantu) pula akan diadakan di rumah pihak lelaki.



So, begitulah sedikit sebanyak info tentang aturan adat dalam melangsungkan sesuatu majlis perkahwinan. Biarpun zaman sudah berubah, namun apa salahnya jika adat warisan perkahwinan Melayu nie diteruskan supaya ia tetap akan terpelihara khususnya untuk generasi akan datang. Sekian.

tips memilih wedding photographer

Cameraman




Dalam membuat perancangan untuk melangsungkan majlis perkahwinan, pemilihan juru kamera atau cameraman hendaklah dititikberatkan. Almaklumlah nanti gambar nikah dan persandingan kita akan ditatap oleh anak cucu cicit kite kelak. So, mestilah kita nak gambar kawin yang cun-melecun, kan? Sebab tulah di bawah nie ada disenaraikan beberapa tips yang perlu dipikirkan sebelum memilih wedding photographer anda:

Berpengalaman –

Pilih jurugambar yang dah ader bertahun2 pengalaman. Mereka nie mungkin senang dibawa berbincang kerana sudah biasa mengambil gambar dalam majlis2 perkahwinan. kalau nak tau cameraman nie berpengalaman ke tak, kita kena la tengok hasil karya diorang.

Profesional –

Seboleh-bolehnya kalu nak gambar yang elok, kita cari la cameraman yang professional di dalam bidangnya, dan bukan yang amatur. Bukan nak kata amatur tak reti tangkap gambar, cuma takut nanti kita tak puas ati plak dengan end resultnya. Satu lagi maksud professional nie ialah mereka yg dah ada pentauliahan atau ‘credential’ untuk buat keje amik gambar nie, samada secara fulltime ataupun partime. Yang pastinya, cameraman professional sah2 pandai ambik gambar yang cantik. Dah la bayar mahal2… mesti la nak yang the best, kan?

Tengok portfolio nya –

Portfolio nie mengandungi banyak hasil2 karya agung yakni gambar2 majlis kawin yang telah diorang tangkap :-) Dari pemerhatian gambar2 tu, kita bleh lihat kualiti si jurugambar nie. Bagus ke tidak. Dalam dunia Internet skang nie, dah ramai wedding cameraman yang postkan gambar-gambar yang telah mereka amik di majlis2 kawin di dalam blog mereka. So, lagi senang kalu you all nak pilih yang mana satu berkenan di hati, kan?






Pandai berinteraksi

Cameraman jenis nie pandai beri arahan semasa sesi ambik gambar. Dia akan bagi direction pada pengantin camna nak posing…Yelah, pengantin pun bukanlah model kan, tak reti nak posing2 maut…:-) Lebih2 lagi la pada hari yang penuh debaran tue, lagi la mereka cuak… Satu lagi, sudah pastinya cameraman jenis nie jugak pandai bergaul dengan orang ramai, tak kira la orang kampung ke orang bandar. Ini sudah gerenti akan memudahkan lagi urusan mengambil gambar kawin di sesebuah majlis perkahwinan itu…

Penyabar –

Kengkadang tu, macam2 bende boleh terjadi di sesebuah majlis perkahwinan. Mungkin pengantin lelaki yang ditunggu2 lambat muncul. Mungkin gak pengantin pompuan ada 4/5 persalinan yang nak dipakai, dan semuanya akan memakan masa yang lama. Kalau dapat cameraman yang tak tahan sabar, mungkin gak dia akan cabut lari sebelum sempat ‘menangkap’ detik bersejarah anda. So, cari la orang yang buleh sabar dengan karenah korang, yer…

Menawarkan harga berpatutan

Harga yang mahal pun sebenarnya tak jamin korang akan dapat fotografer yg hebat. Sebab skang nie, ramai fotografer yang berkaliber (khususnya di dalam Internet) menawarkan harga yang murah untuk pakej fotografi mereka. Yang pentingnya, tengok pada hasil karya mereka dan sesuaikan dengan bajet you all, ok.

tips kurangkan bajet perkahwinan

Wah... bajet dah melampau nih!



1. Buat majlis yang ala kadar jer

simple, tapi meriah. Tak yah buat la bende2 yg tak begitu penting macam makan beradap, hiasan bilik pengantin, arc, kompang, silat dll. Semua bende nie hanya akan menambahkan lagi bajet you all.

2. Mintak tolong sedara mara dan orang2 kampung

 – kalu buat kat kampung, lakukan secara gotong-royong. Gerenti bleh jimat kos. Kalu nak lagi mudah, pakai jer khidmat katering… !

3. Jgn jemput SEMUA org yg korang kenal

– jangan plak ko pi jemput semua orang yang ko kenal dari kecik sampai la ko besar.. :-) nanti satu stadium pun tak muat…huhu… seelok-eloknya hanya jemput sedara mara terdekat, kengkawan dan jiran tetangga… :-)

4. Tak yah membazir untuk bersalin banyak2 baju

 – baju akad nikah dan baju sanding pun dah kira cukup. Nanti tak pasal2 ngko pulak yang semput akibat terpaksa mencuba terlalu banyak persalinan… :-p

5. Elakkan buat masa cuti skolah (kalu bulehla, yer)

kalu ikut kebiasaan, memang la ramai orang akan buat kenduri kawin time nie. Sebabnya, masa ni lah ramai orang yang cuti and balik kampung… so lagi la meriah majlis you all nanti dengan kehadiran ramai orang. Tapi kalau buleh elakkanlah…sbb time tu la semua barang2 untuk preparation kahwin naik hage beb! Seriously….

6. Barang hantaran tak perlu byk2

 – cukuplah sekadar 5 berbalas 7 ker… beli barang2 yang perlu sudah la yer… dan kalu takde ‘bajet’ sangat, jangan pulak beli barang yang terlalu mahal… Ukurlah baju di badan sendiri, orait?

7. Beli belah masa tgh sale

 – kite bertuah sangat la sbb duk kat bumi Malaysia nie, di mana Mega Sale dibuat 3x setahun!..huhu:-D.. Masa nie lah mcm2 promosi kluar …’Harga Giler’ la, ‘Harga Maut’ la… mcm2 jenis harga ader… harga ‘cekik darah’ pun ader… :-p So, time nie la sesuai sgt2 untuk you all pi shopping untuk beli barang2 kawin! Yang penting, korang kenalah pandai pilih dan jangan mudah tertipu dengan promosi giler2, yer… :-)

8. Pilih pakej perkahwinan

– jangan plak ko sewa baju kawin kat kedai A, pelamin kat kedai B, make-up plak kat C and so on… nanti kepala ko gak yg naik pusing …. better sewa semua skali dlm satu bundle.. tak yah susah2 ..dan pilih la pakej kawin yang sesuai dan berpatutan.

9. Jgn berhabis untuk beli brg kemas

 – alahai… pompuan nie kalu tengok barang kemas jek …waa… rambang mata!… :-p Tapi, you all kena la pandai2 tahan diri. Sebelum kawin nie, pilih la barang kemas ikut bajet yg ader… bila2 pas kawin, baru la you suruh laki you beli bertan2 barang kemas gitu…:-D

10. Duit hantaran kenalah berpada2

– pesanan buat pihak pompuan: tolong jangan letak rate yg melampau tinggi! Korang bukannye nak jual anak…sebaliknya mengamanahkan anak korang untuk dijaga oleh orang lain plak… J kesian sebelah lelaki, kan? Sebaliknya, tengok pada kemampuan mereka dlu… nie tidak, dah tau bakal menantu tu keje tukang kebun, mintak duit hantaran 10K. Ade ke patut!

11. Cuba buat sendiri apa yang buleh korang buat

– kalu korang ada masa dan sedikit skil, korang buleh buat sendiri bende2 senang cam gubah barang2 hantaran ker, hias bilik pengantin ker, hias meja makan beradap dsb. lagi. Lagi jimat, beb!

12. Buat majlis sanding on the same day as akad nikah

 – gerenti jimat masa, wang dan tenaga… tak yah buat 2/3 kali keje…

13. Kalu tak cukup bajet, tak yah la nak berhabis untuk wedding entertainment

misalnya macam kompang ker silat ker karaoke dsb lagi. Semua tue hanya untuk hiburan semata-mata dan bukan agenda penting. Takde pun takpe kan?

14. Majlis kenduri kahwin

– kalu bajet ciput, buat majlis kawin yang ala kadar jer la, kan? Tak yah la nak buat grand2 sangat seperti buat kat hotel ke, taman ke, dalam laut ke..:-) Kalu kedua pasangan pengantin duk area sama, apa kata korang gabung jer untuk buat majlis…lagi jimat, kan? Kalau duk jauh2 plak, cukuplah sebelah pompuan buat meriah skit, sementara belah lelaki buat simple jek…

15. Pinjam baju nikah/sanding

– kalau ada adik beradik lain yg dah kawin, pinjam jer baju diorang (kalu dah tak ketinggalan zaman lagi la.. :-p) Buleh jimat sikit… huhu

16. Elakkan dari tempah baju kawin yang baru

– maksudnya, upah jahit baju baru. Sebaliknya sewa jer yg dah siap jahit. Bukan aper, kalu nak buat baju baru, kena pikir kos beli kain (2/3 jenis kain dan yg mahal2 plak tu …) dan kos upah tukang jahit lagi, ye tak? … Tapi pakai hanya beberapa jam dan sekali jer seumur hidup …tak ke rugi nama nyer tue? Pikir2 kan lah…

17. Postpone honeymoon

- Kalu bajet ciput atau ngam2 je untuk majlis kenduri kawin, honeymoon tak yah buat lagik la. Postpone jer ke masa yang sesuai atau semasa korang dpt apa-apa ‘durian runtuh’ nanti. Atau untuk yg ada sedara mara kaya tuh, moga2 korang akan dpt sponsor…huhu :-)

18. Design sendiri kad jemputan

– kalu ko tak reti nak design pun, cari la kengkawan yang reti …sbb skrg nie zaman IT, dah ramai orang yg reti buat mende2 camnie… design kad yang simple pun jadik… buat dalam Ms Word pun bleh la…:-)

19. Buat senarai semak atau checklist siap2

checklist nie memang penting dan kena buat awl2 lagi. Darinya korang buleh tau brape byk yang bakal dibelanjakan. Dan ia jugak memudahkan korang untuk ‘keep track’ utk bende2 yg telah atau blom dibuat atau dibeli…



Buat la checklist untuk perbelanjaan kawin korang, tau...



20. Pilih pakej fotografi yang sesuai

– tak yah la buat dlm studio ker atau video ker … membazir jer…kosnya buleh mencecah sampai ribuan ringgit, beb! Cukupla sekadar 2 roll gambar yang disertakan skali dengan 1 atau 2 buah wedding album yang terisi dgn gambar2 yang comel lagi cantek!

5 ayat wanita suka dengar

“Wanita jatuh cinta dengan menggunakan telinganya, manakala lelaki pulak jatuh cinta melalui matanya!”… hmm.. betul ke? Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah wanita sukakan jejaka yang sering menuturkan kata-kata pujian untuk mereka manakala kaum lelaki pulak akan tertarik pada seseorang wanita itu pada penampilan diri mereka. Wahai jejaka, jika semasa bercinta anda sentiasa mengucapkan kata-kata yang indah, ia tak bermakna lepas kahwin nanti ‘tugas’ anda berhenti di situ. Sebaliknya, bermula dari alam perkahwinan inilah, tugas anda menjadi bertambah ‘berat’ demi memastikan rumahtangga anda bahagia hingga ke akhir hayat. Jika you all inginkan tips untuk membuatkan teman wanita/isteri anda jatuh cinta pada anda sekali lagi, hafallah 5 perkataan di bawah yang amat suka didengar oleh kaum wanita:


1. “Awak sangat cantik”

Regardless of any shape your women might be, e.g., slim, round, chubby, pear-shaped etc. they still deserve to receive compliments from their loved ones. Sebenarnya lelaki harus tahu yang wanita memang suka sangat2 jika dipuji pasal kecantikan mereka (take note: inner and outer beauty tau)). Jika masa bercinta bagai nak rak dulu, anda sering memuji kecantikan si dia, lepas dah kawin, janganlah lokek pulak untuk memberikan kata-kata manis atau pujian-pujian untuk si isteri. Sebenarnya setiap isteri memang menunggu-nunggu kata pujian dari mulut suami mereka. Jika si isteri bertanya, “Muka saya nampak berkedut ke bang?” Jangan plak ko mengiyakannya kerana itu soalan tipu muslihat jer tue… So, jawapannya yang sesuai ialah, “Muka sayang mana dimamah usia, dari dulu sampai sekarang maintain cantekkk….” (or something like that la…huhu)




Saya cantek tak..?



2. “Saya dengar”

Hmm… rasanya ini memang bukan kepakaran lelaki..setuju tak? Mana taknya, masa wanita ingin memberitahu sesuatu, masa itu jugaklah anda sedang menonton TV atau mendengar radio atau melakukan kerja-kerja lain. Camne nak fokus pada luahan hati pasangan anda? Actually, senang jer kalau korang nak pikat hati perempuan, just DENGAR je apa yang dorang cakapkan dan kalau boleh, berilah feedback yang positif dan membina. Kadang-kadang wanita perlukan tempat mengadu pada insan yang sudi mendengar. Cuba fikir, kalau korang malas nak dengar luahan perasaan atau masalah orang yang anda cinta, jangan ko menyesal pulak kalau satu hari nanti si dia mencari somebody else yang sudi mendengar..



hearing_aid



3. “Jangan risau. Segalanya akan menjadi baik”


Kata-kata yang menenangkan dan membawa maksud yang mendalam ini sangat penting untuk didengar oleh setiap wanita. Maklumlah wanita lebih emosional dari lelaki… misalnya mereka mungkin akan menitiskan air mata tanpa sebarang sebab yang kukuh. Pada ketika itulah, wanita akan mengharapkan suami/teman lelaki untuk menenangkan perasaannya dan mengatakan yang segala masalah ada jalan penyelesaiannya. Jadi kalau isteri anda dirundung masalah, sebaik-baiknya anda memeluknya dan mengucapkan kata-kata yang memberi semangat!




couple cuddling




4. “Apa yang abang boleh bantu?”


Jika suami anda rajin bertanya sama ada anda perlukan bantuan atau tidak, ini bermakna dia melihat anda sebagai pasangan yang ‘setaraf’ dengannya dan merasakan yang anda tidak sepatutnya melakukan semua kerja seorang diri (anda seorang wanita yang bertuah jika mendapat lelaki macam nie:-)). Ini bukan terhad pada kerja-kerja rumah saje. Jika anda sedang menghadapi saat-saat yang sukar, seorang lelaki yang baik bukan saje akan menyedarinya, malah dia akan ‘offer’ untuk membantu meringankan beban anda. Sikap sebeginilah yang akan membuatkan mana-mana wanita menyayangi pasangannya dengan lebih mendalam lagi!



housework



5. “Saya cintakan awak”


Kadang-kadang, lelaki lebih cenderung untuk menunjukkan kasih sayang mereka melalui tingkah laku dan perbuatan. Some guys memang tak berapa gemar mengucapkan ‘I Love You’ banyak kali, terutamanya jika sudah lama berkahwin. Tapi, apa yang you guys tak tau ialah setiap kali anda melafazkan those 3 special words (dengan ikhlas) kepada kekasih hati anda, si dia akan berasa happy, tenang dan akan lebih menghargai anda! So jangan biarkan usia perkahwinan menghalang anda daripada mengucapkan kata-kata berharga ini.. Kalau ‘malu’ untuk mengatakannya, just tulis dalam surat pun takpe…:-)



i love you

sirih junjung

Cantekknya gubahan sirih nie...!



Biasanya, kalau kita pergi ke mana-mana majlis perkahwinan ataupun pertunangan, mata kita pasti akan manatap susunan barang-barang hantaran perkahwinan yang tersusun indah daripada kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan. Dan kalau kita perasan, barang hantaran yang biasanya terletak di depan sekali ialah sirih junjung. So, hari nie kita akan kupas serba sedikit mengenai sirih junjung dan kenapa ia biasanya dijadikan sebagai ‘penghulu’ atau ‘kepala’ hantaran, sementara barang-barang yang lain dianggap sebagai ‘pengiring’ hantaran.



Gubahan sirih




Mengikut tradisi atau adat resam Melayu, sirih junjung nie adalah perkara yang wajib di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan. Selain menjadi penyeri dan pelengkap majlis, ia juga membawa maksud tersirat iaitu melambangkan asam garam hidup berumahtangga di antara suami isteri. Ini kerana hidup setiap pasangan suami isteri tidak dapat ‘lari’ daripada segala duka dan duka. Begitu juga dengan sirih junjung yang digubah dengan daun sirih dan campuran beberapa bahan-bahan lain di mana jika ianya di makan, akan timbullah rasa manis, masam, pahit dan masin. Kalau korang biasa tengok, tok nenek kita pada zaman dulu2 suka sangat mengunyah sireh nie..:-)


Seperti yang disebut di atas, terdapat beberapa bahan lain yang biasanya dimasukkan sekali ke dalam gubahan sirih junjung. Jom kita lihat apakah maksud yang tersirat di sebalik bahan-bahan yang digunakan itu:



Daun sirih yang segar



Daun sirih – membawa maksud mulia hatinya, berani, tidak mudah berputus asa dan rendah diri



Gambir



Gambir – rasa pahitnya menggambarkan keteguhan hati seseorang



Kapur di atas daun sirih



Kapur – memberi rasa yang payau, pahit serta hangat jika dimakan bersama dengan sirih. Ia membawa maksud hati yang suci tetapi boleh memberontak jika dicabar



Pinang



Pinang – melambangkan keturunan yang baik dan berhati mulia



tembakau


Tembakau – membawa maksud seorang yang tabah dan sanggup berkorban di dalam apa jua hal



Cengkih


Cengkih – rasanya yang pedas memberi gambaran seseorang yang berpegang kuat pada prinsip



Jika ingin menggubah sendiri sirih junjung, anda hendaklah memilih daun sirih yang segar dan pelbagai saiz – sekurang-kurangnya 13 helai. Kemudian daun sirih itu akan disusun dan dibentuk mengikut citarasa penggubahnya. Setelah siap, bahan-bahan lain seperti pinang, gambir, cengkih dan kapur pula akan diletakkan di celah-celah susunan daun sirih. Selain tu, penggunaan bunga-bunga segar seperti bunga kekwa dan bunga mawar juga memainkan peranan dengan diletakkan di celah lipatan daun sirih. Sebagai ‘final touch’, anda bolehlah merenjis sedikit wangian seperti air mawar untuk membangkitkan lagi aroma sirih junjung.


Mengikut tradisi Melayu, sirih junjung daripada pihak pengantin lelaki hendaklah lebih tinggi sedikit daripada pihak pengantin perempuan. Ini untuk menunjukkan peranan atau tanggungjawab lelaki itu sebagai ketua keluarga. Jika dibandingkan di zaman mak-mak kita dulu, sirih junjung seringkali digubah tinggi seperti pokok. Tapi seiring dengan perkembangan zaman, sirih junjung telah digubah menjadi pelbagai bentuk moden seperti masjid atau bangunan yang disesuaikan mengikut konsep hantaran.



Gubahan sirih yang lebih tinggi dari pihak pengantin lelaki



Walau bagaimana sekalipun bentuknya, gubahan sirih junjung akan tetap menjadi penghulu segala hantaran dan pelengkap kepada suatu majlis perkahwinan. So, next time, kalau ada anak-anak dara anda yang bertanyakan tentang perihal sirih junjung ini, jangan lupa untuk menceritakan segala kepentingan dan maksud sirih ini kepada mereka, yer? Moga-moga mereka akan terus membawa warisan Melayu yang indah ini hinggalah ke akhir zaman.

hantaran perkahwinan "high budget"

Sebelum nie kita dah kupas serba sedikit pasal barang hantaran kawin yang biasa diberi kepada kedua-dua belah mempelai. Tapi, seiring dengan zaman teknologi yang serba canggih nie, ada di antara kita yang suka buat kelainan dalam menyediakan barang hantaran kawin. Biar gempak gitu:-) So, wujudlah trend baru di dalam wedding market yang dikenali sebagai hantaran kawin ‘high-budget’.


Sebenarnya, pasangan yang mau ikut trend nie hendaklah mengambil kira bajet serta keperluan masing2. Jangan ikut ati dan perasaan jer…Tetapi, kengkadang tue, barang mahal yang nak dijadikan hantaran tu memang sesuatu yang dah diidam2kan sejak sekian lama. Dan skrang nie, dah ada orang nak bagi hadiah, apalagi…mintak je ler :-p


Jom kita lihat apa barang2 hantaran kawin yang menjadi pilihan sesetengah pasangan di alaf cyber nie yer:-


1. Telefon bimbit / telefon tangan / telefon mudah alih dan yang seangkatan dengannya

Wah…begitu banyak namanya, tapi ramai di antara kita lebih senang meyebutnya sebagai ‘handphone’ ataupun ‘handset’ jer. Ada banyak modelnya di pasaran seperti Nokia, Sony, LG, Samsung dsb. nya lagi. Pilih jer yang mana2 mengikut ‘specs’ masing2 dan yang penting, asal berkenan di hati. Mawi pun memilih hadiah hanpon sebagai salah satu hantaran untuk isteri kesayangannya, Ekin. Klas gitu…


Hantaran Perkahwinan Mawi kpd Ekin



2. iPod

iPod nie adalah gajet canggih keluaran Apple Computer yang bersaiz poket dan digunakan untuk menyimpan dan mendengar muzik. Macam mp3 player la katakan. Cuma yang bezanya, ia boleh simpan banyak lagu daripada beberapa ratus hinggalah kepada sepuluh ribu lagu dan kita juga boleh tengok music video di dalamnya. Canggih, bukan?

3. Digital camera (slr atau dslr) / handycam / videocam

Nie satu lagi gajet yang sesuai sangat untuk dijadikan barang hantaran untuk mereka yang ada ‘modal besar’ … Ada banyak jenis kamera yang boleh dipilih, antaranya ialah digital kamera (slr atau dslr), handycam atau videocam. Untuk pengetahuan korang semua, kamera slr (single lens reflex) menggunakan filem sebagai mediumnya manakala dslr (digital single lens reflex) plak, guna memori kad. Oklah, kalau nak lebih detail, tanyalah pakar kamera pulak yer…



Kamera sebagai hantaran kawin



4. Playstation3 (PS3)

PS3 (lanjutan daripada PS2) adalah merupakan video game keluaran Sony. PS3 nie memang menjadi ‘kegilaan’ remaja zaman sekarang yang suka bermain game yang menarik dan mencabar gile. Harganya pun ..hmm..hmm…buleh tahan jugakla…so, ingatlah bajet anda sebelum pikir untuk beli benda alah nie, yer…Saingan Sony PS3 nie ialah Microsoft Xbox 360 dan Nintendo Wii. Ikut suka hati koranglah nak pilih yang mana satu…

5. Netbook

Pernah tak dengar pasal netbook? Actually, netbook nie mempunyai fungsi yang sama sebijik seperti laptop biasa. Cuma yang bezanya adalah dari segi saiznya di mana saiz netbook lebih kecik iaitu lebih kurang 5” jer. Ia juga tidak mempunyai pemacu cd/dvd (bole pakai external). So, rupanya yang kecil dan comel itu, selain harga yang murah sikit daripada laptop, memang sah2 menjadi idaman bagi mana2 pasangan yang bakal bergelar raja sehari :-)




Netbook sebagai hantaran kawin?



5. PDA / Smartphone

Beza kedua-dua gajet nie dengan hanpon biasa ialah ia lebih canggih dan lebih multifunction. Misalnya sebuah smartphone boleh ada fungsi2 seperti Internet, organizer, Ms Word/Powerpoint, camera, multimedia player dsb lagi. Harganya yang paling murah pun lebih kurang seribu lebih dan ianya lebih sesuai diberikan hadiah untuk lelaki/wanita korporat. Contoh smartphone ialah Blackberry dan iPhone 3G manakala contoh PDA adalah seperti HP iPac dan Toshiba Pocket PC.




Best nyer kalu dapat Blackberry, kan...?



5. External Hardisk (SATA or Firewire)

Jangan terkejut kerana external hardisk (cakera keras luaran) nie ada jugak yang dijadikan sebagai hantaran kawin. Tapi biasanya ia hanya untuk golongan yang terlibat dalam industri computer la… Antara jenis external hardisk yang ada adalah seperti SATA atau Firewire. Golongan IT nie tau la nak pilih yang mana satu, kan …


6. Graphic tablet

Nie alat ape pulak? Actually, device nie biasanya digunakan oleh graphic designer atau sape2 yang minat pada computer graphic atau drawing. Biasanya ia digunakan untuk melukis sesuatu pada touch screennya dan imejnya akan terpapar pada skrin computer anda. Canggih, kan? Harganya plak, ada yang murah (dalam beberatus hinggit) dan ada yang sampai mencecah beribu-ribu hinggit. It all depends on the function and quality. Untuk makluman korang, Wacom graphic tablet adalah salah satu jenis tablet yang tersohor di pasaran multimedia.


9. Electric guitar

Huhu… nie mungkin bukan termasuk dalam gajet IT, tapi ada jugak orang yang menjadikan gitar sebagai hantaran kawin:-) Yang pastinya, bende nie memang high budget la.. Misalnya, penyampai radio Era, Nana telah memberikan hadiah hantaran gitar elektrik (berharga RM10,000) buat suami tersayangnya Brian. Wah…klas gitu…! Anda.. macam mana pulak?




Nana memberi gitar elektrik kepada Brian




10. GPS Device

Alat nie memang yang tercanggih di pasaran la skang nie. GPS atau Global Positioning System nie sebenarnya satu alat untuk menentukan lokasi atau kedudukan seseorang. Sebijik macam map la… kalau anda jenis yang buta jalan dan selalu ajer sesat, rekomenkan pada pasangan anda untuk hadiahkan alat yang canggih nie sebagai hantaran kawin anda yer…:-) Alat GPS nie boleh dipakai pada laptop ataupun hanpon anda.


Wah, dah jadi cam thread IT la plak, ek? Apa2pun, yang paling penting yang perlu anda consider sebelum membeli barang2 hantaran nie adalah bajet perkahwinan dan kepentingan segala gajet2 canggih nie dalam hidup anda. So, make the right decision ok dan jangan bebankan pasangan anda pulak

langkah merancang perkahwinan

Wah... meriahnya kenduri nie...



1) Tetapkan tarikh

Sebelum membuat apa2 perancangan, tarikh nikah hendaklah ditetapkan awal2. Seelok-eloknya, tarikh ditetapkan at least 6 bulan sebelum majlis berlangsung - bagi memberi korang masa yg cukup untuk merancang.

2) Kursus kawin

Setiap pasangan yang nak kawin, wajib mengikuti kursus kawin. Sebaik-baiknya selepas dah set tarikh nikah, terus daftar jer untuk kursus kawin yang biasanya hanya berlangsung 2 hari sajer.

3) Tentukan konsep majlis
Bincang dengan pasangan bagi mendapat ilham konsep perkahwinan sama ada exclusive, modern atau traditional. Tetapkan jugak lokasi di mana korang ingin majlis diadakan sama ada di rumah sendiri, dewan, taman, hotel atau tempat2 lain yg seangkatan dgnnya.

4) Buat bajet perkahwinan

Cara terbaik untuk buat bajet atau perbelanjaan bagi majlis perkahwinan ialah dengan membuat list. Listkan segala bende2 yang perlu dibuat seblum majlis berlangsung. Kemudian tuliskan bajet untuk setiap perkara yg ditulis tue bagi mendapatkan anggaran jumlah bajet secara keseluruhan.

5) Buat senarai jemputan

Senaraikan saudara mara, kawan2 dan kenalan yang ingin dijemput supaya senang korang nak tempah kad kahwin nanti. Selain tue, dengan adanya list nie, korang bleh tau sebesar atau semeriah mana majlis perkahwinan korang nanti.

6) Pilih pakej perkahwinan

Seboleh-bolehnya 3 bulan sebelum majlis, korang dah kena pilih pakej perkahwinan yang sesuai. Sebabnya kalu tempah lewat2, semua pakej yang lawa2 dan berpatutan mungkin dah abis ditempah orang (lebih2 lagi kalu majlis dibuat masa cuti sekolah). Biasanya, pakej kawin nie akan termasuk sekali pelamin, baju pengantin, hiasan kamar pengantin, pintu gerbang, make-up, fotografi dll…

7) Tempah kad

Setelah siap buat list jemputan, korang kena lah tempah kad jemputan kawin pulak. Biasanya kira-kira dalam 2 bulan sebelum majlis diadakan, korang dah bleh tempah kad kawin nie. Jangan tunggu last2 minute, sbb nnt kot tak sempat nak hantar kad pulak.

8) Shopping untuk barang2 hantaran

Barang2 untuk hantaran kawin nie better dibeli masa tengah ada sale. Barang2 yg tahan lama spt kasut, handbag dsb. boleh dibeli awl2 lagi. Alang2 tue, belilah skali alat2 untuk buat gubahan hantaran. Nie jika korang gubah barang2 hantaran tue sendiri la…Jimat masa sket, ye tak?

9) Memilih cincin

Dalam adat perkahwinan Melayu, cincin melambangkan ikatan kasih sayang di antara dua mempelai. So, pilih lah cincin yang tepat dan sesuai untuk insan tersayang korang. Sebaik-baiknya, beli atau tempah cincin perkahwinan 2 bulan sebelum majlis berlangsung.

10) Settle kan segala urusan dengan pejabat agama

Sebelum majlis pernikahan berlangsung, settlekan semer urusan dengan pejabat agama spt. surat kebenaran nikah, kadi, saksi dan wali. Biasanya segala urusan nie hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum majlis.

11) Hantar kad jemputan

Haii… kalu terlupa hantar kad jemputan, sunyi sepi la majlis perkawinan korang nanti:-) Kad jemputan nie elokla dihantar 1 bulan atau beberapa minggu sebelum majlis. Jangan korang lupe pulak, yer!

12) Tempah khidmat katering/tukang masak

Selewat2nya 1 bulan sebelum majlis, korang dah kena tempah khidmat katering atau tukang masak untuk kenduri kawin korang. Ini bagi memberi masa yg cukup untuk tukang masak membeli barang2 dapur spt. beras, rempah, daging dsb…

13) Tempah pakej canopy

Pakej canopy jugak perlu ditempah awl2. Pastikan pakejnya termasuk kelengkapan yang berkaitan spt. kerusi, meja, tray lauk, bekas minuman, pinggan, gelas dsb. lagi.

14) Pastikan gubahan hantaran sudah siap

Sebelum majlis berlangsung, pastikan segala hantaran telah siap digubah. Barang2 hantaran seperti manisan, coklat, kek dsb. boleh digubah sehari sebelum majlis berlangsung. Manakala barang hantaran spt sejadah, telekung sembahyang, sepersalinan kain dsb. boleh digubah awl2 lagi.

15) Telefon pihak2 berkaitan dan pastikan segalanya berjalan lancar.

Pihak2 yg dimaksudkan adalah spt. penyedia pakej perkahwinan, juru solek, tok kadi, camera man, caterer (kalu guna khidmat katering) dll yang berkaitan. Nie penting bagi mengelakkan sebarang masalah yang tak diingini berlaku menjelang majlis perkahwinan korang nanti.

16) Hari berlangsungnya majlis!

Saat manis anda telah tiba! Bagi pasangan Raja Sehari, bergembiralah di majlis bahagia korang nie. Relaks, tenangkan fikiran dan jangan panik:-) Jika telah diatur dengan baik, segala2nya akan berjalan dengan sempurna!




Alangkah gembiranya si pengantin.... :-)
Alangkah gembiranya si pengantin.... :-)

barang hantaran perkahwinan

Di dalam merancang persiapan untuk menjadi raja sehari, terlalu banyak perkara yang perlu dipikirkan dan dibuat, betul tak? Antara perkara penting yang perlu you all pikir ialah seperti tarikh, kursus kawin, baju pengantin, kad kawin, majlis kawin, dan sebagainya lagi. Tapi ada satu bende nie yang penting dan perlu ada di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan, iaitu barang hantaran.


Sebenarnya, amalan berbalas-balas barang hantaran nie adalah adat biasa di dalam perkahwinan orang Melayu. Selain bertukar-tukar hadiah untuk kedua-dua mempelai, ia juga menunjukkan tanda kasih sayang di antara mereka berdua. Biasanya, bilangan hantaran dibuat di dalam nombor ganjil seperti 7 berbalas 9. Kalau nak lagi gempak, buatlah 11 berbalas 13:-) Dan barang hantaran dari pihak lelaki plak biasanya kurang skit daripada pihak perempuan – maknanya sebelah perempuan kena bagi barang lebih skit la kepada pihak lelaki:-) Dah memang ini adatnya, nak buat camne, kan?


Ok, tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat apa barang-barang yang biasanya dijadikan hantaran perkahwinan bagi kedua-dua belah pihak:


Sebelah lelaki (untuk diberi kepada pihak perempuan):

  1. Tepak sirih
  2. Mas kahwin
  3. Pulut kuning
  4. Cincin/Gelang/Rantai (atau barang kemas yang lain)
  5. Sepersalinan kain (atau baju kurung)
  6. Al-Quran (atau tafsir)
  7. Sejadah
  8. Kek
  9. Potpouri
  10. Jam tangan
  11. Kasut
  12. Handbag
  13. Perfume
  14. Buah-buahan
  15. Set alat solek
  16. Telekung sembahyang
  17. Muffin atau biskut
  18. Towel
  19. Gula-gula (atau manisan lain)




Hantaran kahwin Mawi kepada Ekin



Sebelah perempuan (untuk diberi kepada pihak lelaki):
  1. Tepak sirih
  2. Pulut kuning
  3. Baju Melayu (dan/atau sampin)
  4. Kain pelikat
  5. Baju kemeja dan seluar slack (boleh sekali dengan tie)
  6. Kasut (dan/atau stoking)
  7. Al-Quran (atau tafsir)
  8. Sejadah
  9. Jam tangan
  10. Potpouri
  11. Wallet (dan/atau belt – biasanya dijual 1 set)
  12. Perfume
  13. Towel
  14. Buah-buahan
  15. Kek
  16. Muffin atau biskut
  17. Gula-gula (atau manisan lain)
*Credit - Ekin chubby/ http://ekinchubby.fotopages.com/
*Credit - Ekin chubby/ http://ekinchubby.fotopages.com/



Barang-barang di atas adalah barang yang paling common diberikan di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Tak kisahla walaupun ada beberapa barang yang sama untuk kedua-dua belah pihak, asal masing-masing berkenan sudahlah. Sebelum membuat list untuk beli barang2 hantaran, yang pentingya kita kena beli barang yang kita memang nak guna di kemudian hari. Jangan beli barang sekadar untuk tunjuk jer!

merancang majlis perkahwinan

Majlis Kahwin Ashraf & Bunga




Wah…bukan senang nak berkawin rupanya! Banyak betul perkara2 yang anda kena ambik tau semasa merancang sesuatu majlis perkahwinan. Jika korang tak mau memeningkan kepala, apa kata upah wedding planner jer…:-) Walaupun begitu, anda tetap kena tau sikit sebanyak tentang apa yang perlu dibuat sebelum tibanya hari bersejarah itu!


Jom tengok list di bawah nie…

1. Daftar kursus kawin
2. Set tarikh (nikah dan sanding)
3. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan
4. Pilih tema majlis kahwin
5. Buat medical check-up (HIV)
6. Beli barang2 hantaran
7. Beli souvenir dan bunga telur
8. Beli alat2 untuk gubahan barang hantaran
9. Tempah juru nikah atau tok kadi
10. Senaraikan tetamu yang nak dijemput
11. Tempah kad jemputan
12. Gubah barang2 hantaran
13. Tempah pelamin
14. Book juru solek atau mak andam
15. Pilih busana pengantin
16. Tempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain)
17. Tempah juru kamera dan/atau juru video
18. Beli barang2 untuk kenduri kawin (beras, daging, ayam dll) – atau pakai jer khidmat catering kalau tak nak peningkan kepale korang yang dah pusing tue…
19. Hiasan meja makan beradap (sekali dengan menu hidangan)
20. Hiburan (kompang ke, silat gayung ker, marhaban, tarian dll.)
21. Membuat banting atau signage (jika berkaitan)
Seperkara yang you all perlu ingat adalah list di atas bukanlah mengikut susunan. Dan mungkin ada beberapa steps yang tak perlu diikut. So, korang kena pandai-pandailah rancang dan susun jadual masing2. And kiranya ada perkara2 yang lupa untuk dimasukkan di atas, sukacitanya jika korang dapat menambah dengan menggunakan ruangan komen di bawah. Terima kasih & selamat merancang!



Sukernya Ashraf dan Bunga, kan?
Bahagianyer Ashraf dan Bunga, kan?

barang hantaran majlis pertunangan

Terlebih dahulu seperti yang pernah ditulis sebelum ini, jika mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).






Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang2 hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang2 yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki misalnya, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan…:-)

Satu lagi, sebelum memilih barang-barang hantaran, you all kenalah mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. Misalnya jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. So, bakal pengantin kenalah berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran.

Berikut disenaraikan antaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
  1. Sirih junjung
  2. Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
  3. Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
  4. Kain songket (kain pelekat pun bleh gak..:-))
  5. Sejadah





6. Tuala
7. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
8. Coklat atau manisan lain
9. Kek
10. Potpourri
11. Buah-buahan


Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
  1. Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
  2. Tepak sirih
  3. Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
  4. Telekung sembahyang
  5. Kek
  6. Buah
  7. Coklat atau manisan lain
  8. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb









Di harap anda telah mendapat sedikit idea dalam memilih barang-barang untuk majlis pertunangan anda kelak!

tips memilih pakej perkahwinan

pelamin




Skang nie, industri perkahwinan telah menjadi satu bisnes yang ibarat cendawan tumbuh… banyak betul pakej kawin yang ditawarkan. Yelah, kalu dibuat dengan baik, memang untungla bisnes nie…mana taknyer, ada jer orang yang kawin setiap masa, kan?…:-)
So, kepada bakal raja sehari sekalian, jangan pening kepale plak masa nak pilih pakej perkawinan nanti. Apa kata you all amik kira tips di bawah nie seblom membuat pilihan:

Harga fixed ke boleh runding?

– la nie, kebanyakan penyedia pakej perkahwinan menawarkan harga yang buleh dirunding. Ok la kalu camtu… senang skit nak berkira, kan? Namun, ada gak sesetengah tempat tu yang menawarkan fixed price…sbb maybe pakej diorang pun dah cukup murah kot?..:-)


Harga pakej termasuk aksesori tak?
– adakah harga pakej perkahwinan yang ditawarkan tu termasuk aksesorinya? Sblom nak pilih mana2 pakej, tanya dlu apa aksesori yang diberikan (biasanya free kerana termasuk skali dlm pakej) … kalu korang tak tanya, nanti kot lepas bayar, tengok2 kasut takde (pakai slipar jepun je la…), veil takde, tiara, keris, tengkolok semua takde… camne nak posing atas pelamin nie?


Adakah harga berpatutan?

– you all kena rajin2 la buat survey sebab nak tau pakej yang anda pilih nanti berpatutan ke tak? Biasa la… harga pakej kawin nie lain2 …ader yang mahal dan ader yang ‘tak seberapa mahal’…:-) walaupun kualiti dan material yang digunakan sama jer… satu lagi, korang kena perhati betul2 pada list pakej yang ditawarkan. Contohnya ada tak hiasan bilik tido, solekan, pintu gerbang/arc, fotografi dll.


Ingat bajet anda

- bukan nak suruh pilih yang paling murah, tapi tengok pada bajet la…kalu bajet dalam 2 – 3 ribu, takkan nak pilih yang 5 ribu lak, betul tak? Misalnya, kalu baju pengantin dah ader orang nak sponsor ker, tak yah la masukkan sekali dalam pakej tu… boleh tukar dengan bende lain.. buleh la korang berjimat skit…:-)


Ada caj pengangkutan ker?

– yang nie pun korang kena tanya gak. Biasanya caj untuk pengangkutan nie memang la ader…tapi biasanya bleh runding … dan biasanya untuk jarak dekat, takde caj…


Mesra pelanggan?

– ehem2..paham2 aje la…sesetengah butik perkahwinan tu susah nak berkira (kalau kita nie bukan golongan VIP ke, anak datuk ker…:-))… contohnya, kalau nak mintak tolong adjustkan baju ker, nak tukar kasut ker, aksesori lain ker…tak boleh. Apa nie…bukan ke kite yang bayar? So, pandai2la buat pilihan yang tepat, ok?

Ok, harap2 nyer korang mendapat sedikit ‘insights’ apabila nak pilih pakej perkahwinan nanti. Dan satu lagi, mintakla nasihat daripada orang tua, kawan2 yang dah kawin ke atau sape2 saje la, supaya kita dapat buat pilihan yang tepat. Sikit lagi info tambahan, di bawah nie ada disenaraikan contoh pakej pengantin (sekali dengan aksesori) yang biasa ditawarkan. Renung-renungkan lah…:-)


Pakej pengantin:

Hiasan pelamin (the whole set)
— Pakaian pengantin (lelaki dan perempuan)
– Baju berinai / nikah / sanding
– 2/3 persalinan atau lebih.
– biasanya baju lace/songket/satin – perempuan
– baju melayu – lelaki
— Make-up dan tatarias (1 atau 2 kali – untuk nikah/sanding atau kedua2 nya sekali)
— Fotografi (1 atau 2 kali – untuk nikah/sanding atau kedua2 nya sekali)
— Hiasan kamar pengantin
— Pintu gerbang (arc)
— Hiasan meja makan beradap

kenapa perlu berkahwin

Cincin...pengikat kasih sayang antara dua insan...



  • Sudah fitrah manusia


  • – sudah lumrah alam, wanita dicipta untuk lelaki dan begitu jugak sebaliknya. Perkahwinan pulak suatu penyatuan di antara dua jiwa dan sesuatu yang menghalalkan hubungan di antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama. So, bleh dikatakan bahawa perkahwinan tue adalah sesuatu yang wajib di dalam hubungan lelaki dan wanita.
    • Kerana agama
    – Semua agama di dunia ini menyarankan agar manusia berkahwin dan membina keluarga. Dalam Islam misalnya, ia adalah sunnah Nabi S.A.W. supaya umatnya berkahwin demi untuk memperbanyakkan keturunan. Dari segi agama, perkahwinan jugak boleh menghalang daripada berlakunya perkara2 yang ditegah atau tak diingini di antara lelaki dan wanita.
    • Mengembangkan zuriat
    – Salah satu sebab penting kenape manusia kawin ialah untuk membina keluarga dengan mengembangkan zuriatnya dengan cara yang halal. Namun, ada gak pasangan yang sudah lama kawin, tapi masih tak dikurniakan rezeki anak. Itu semer kijer Tuhan, dan kita hanya perlu berusaha, bersabar dan banyakkan berdoa.



    Keluarga bahagia Que dan Jasmine
    • Dah sampai jodoh
    – Kalau dah ada jodoh tue, lari ke mana pun, akan tetap bertemu jua. Ada orang yang cepat bertemu jodoh dan ada gak yang lambat sket bertemu jodohnya. Tapi, kalu dah sampai seru tue, elokla kawin cepat2 yer..
    • Kerana cinta
    – Sesetengah orang berkahwin kerna cinta. Atas dasar cinta inilah, seseorang tue mempunyai keinginan untuk hidup semati dengan pilihan hatinya. Kengkadang tue, ada sesetengah orang sampai tak mau kawin langsung jika tak dapat hidup dengan cinta hatinya. So, cinta nie bleh dikatakan antara sebab penting berlakunya perkahwinan di antara 2 insan.
    • Mengelakkan fitnah orang ramai
    – Dalam masyarakat Melayu khususnya, berdua-duaan di antara lelaki dan wanita yg belum kawin adalah sesuatu yang ditegah oleh agama. Kalu dah ada ikatan perkahwinan yg sah tu, nak buat apa2 pun, takde orang yang akan larang ataupun membuat fitnah, betul tak? So, cepat2 lah kawin…
    • Ada teman untuk hidup bersama
    – Kehidupan bleh jadi sangat sunyi kalu takde orang untuk berkongsinya. Semua orang perlukan teman hidup. Pergi ke mana2 berdua, cakap2 pun berdua dan kongsi masalah pun berdua. Dan yang bestnya, kalu kita sakit, ada orang yang jaga kita J Perkahwinan mengelakkan seseorang tue daripada hidup bersendirian sampai ke tua.



    Kasih sayang sampai ke tua...
    • Untuk jamin kehidupan yang lebih baik
    – “2 is better than 1”, betul tak? – maksudnya kalu dah berkahwin tue, kedua2 suami isteri nie dapat saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. Kewangan pun akan bertambah mantap jika kedua laki bini bekerja, jadi kehidupan boleh menjadi lebih baik lagi.

    tips mengambil hati mertua

    Sebaik saje diijabkabul sebagai pasangan suami isteri yang sah, maka persiapkanlah diri you all untuk menggalas tanggungjawab baru dalam menempuh alam rumahtangga. Di antara tanggungjawab tue ialah camna nak ‘tackle’ hati keluarga ‘baru’ atau keluarga mentua korang. Komunikasi yang baik dengan keluarga mentua boleh menjamin kebahagiaan rumahtangga korang supaya berpanjangan dan hingga ke akhir hayat.

    So, ikutilah tips2 berguna di bawah nie yer:


    1. Pendamkan saje rasa kecewa atau amarah jika tidak berpuas hati dengan keluarga mentua.
    2. Tunjukkan kegembiraan dengan kunjungan mereka. Berikan layanan yang baik dan mesra ketika mereka datang ke rumah. Jangan pulak bila mentua datang ke rumah, terus ko suruh dia buat kijer rumah. Tak baik tau…
    3.Menghargai sebarang pemberian daripada mentua. Jangan harapkan mereka berikan sesuatu yang mewah atau mahal pulak. Bukan semua mentua tue kaya raya …:-) So, jangan tarik muka masam pulak kalu mentua korang hanya mampu berikan sehelai kain batik untuk menantunya. Dan jangan lupa untuk ucapkan terima kasih :-)
    4. Bersangka baik dengan mentua dan berikan respons yang positif walaupun berbeza pendapat dengan mentua.
    5. Menziarah keluarga mentua jika ada masa. Walau sesibuk manapun korang, luangkan sedikit masa untuk menjenguk keluarga mentua atau ipar-duai demi mengeratkan silaturrahim. Anggap mereka cam keluarga you all sendiri.
    6. Layan dan jaga hati mentua dengan baik. Jangan bercakap kasar atau menyinggung hati mereka kerana berkat dan doa mereka akan menjamin kebahagiaan rumahtangga you all kelak.



    Jadilah menantu yang baik yer... :-)



    7. Jika tau mentua korang sedang hadapi masalah, hulurkan bantuan sekadar termampu. Jangan pulak you all pi menyibuk dengan urusan mereka terutama dalam soal kewangan atau pengurusan harta benda… :-)
    8. Dan yang paling penting, elakkan sebarang pergaduhan dengan mentua. Pergaduhan dengan keluarga mentua hanya akan berakhir dengan pertengkaran korang laki bini.




    Ibu Mertuaku...

    bertemu bakal mertua

    1. Bawak buah tangan

    Sebelum berkunjung ke rumah bakal mertua, jangan lupa untuk membawa buah tangan. Jangan datang dengan tangan kosong jer… inilah kecantikan budaya Melayu sebenarnya. Kita disarankan untuk membawa buah tangan supaya (harap-harapnya) dapat mengambil hati mertua, menunjukkan yang kita seorang yang tidak kedekut dan menunjukkan yang kita nie kaya dengan budi pekerti orang Melayu… cewah..! Bukan nak suruh korang bawak benda yang mahal-mahal, tapi cukuplah sekadar kuih-muih sebagai pemanis mulut ataupun buah-buahan.



    Buah tangan...


    2. Jaga tingkah laku
    Haa…. yang nie kena jaga kalau berhadapan dengan bakal mertua. You all kenalah tunjukkan sikap yang PALING baik di depan mereka. Misalnya cara pertuturan kena jaga – jangan berkasar dengan mereka, sebaliknya bercakaplah dengan nada yang lemah lembut . Dan jangan lupa untuk hormati mereka sebagai orang yang lebih tua dari kita, contohnya elakkan daripada memotong percakapan mereka. Sesungguhnya tingkah laku yang baik itu dapat menunjukkan peribadi kita, seterusnya akan dapat memikat hati bakal mertua… :-D


    3. Bertenang dan jangan nervous/gelabah

    Sebelum menjejakkan kaki ke rumah bakal ibu dan bapa mertua, tenangkan diri dan jangan berfikir yang bukan-bukan. Pengalaman first time nie memang agak menakutkan bagi sesetengah orang:-) Lebih-lebih lagi kepada mereka yang ada darah gemuruh atau sifat mudah gelabah… huhu. Bukannya aper.. cuma kalau kita cepat nervous, nanti fikiran jadi ‘blank’ dan mulut pulak terkunci ‘rapat’… nak bersalam pun tangan terketar-ketar…:-) Apa yang perlu anda buat is just try to stay positive and look at the brigt side. Jangan asyik pikir yang negative jer..




    Takut ker....?




    4. Beri perhatian dan sembang pasal topik-topik umum

    Hmm… biasanya topik diskusi tu agak penting apabila bertemu dengan bakal mertua buat pertama kalinya. Tapi, nak cakap apa dengan orang-orang yang kita tak pernah jumpa dan bakal menjadi ibu bapa mertua kita pulak tue! Apa kata anda refer tips 1 & 3 daripada artikel Part 1 yang lepas. Setelah korang selidik tentang latarbelakang keluarga bakal mertua dan mintak tips daripada pasangan, korang mesti dah tau apa yang nak dicakapkan dengan mereka, betul tak? Contohnya kalau dah tau hobi pak mertua adalah pergi memancing, so ngko tanyalah camni, “Pak cik biasa pegi mancing kat mana?” atau “Ikan apa paling beso yang pak cik pernah tangkap?” … lebih kurang camnie laa…:-)


    Apabila mereka menceritakan sesuatu, beri sepenuh perhatian dan jangan pulak ko pegi menyampuk tak tentu pasal.. biarkan mereka bercakap dan apabila mereka bertanya soalan, jawablah dengan baik dan sopan. Seperkara lagi, jangan bertanya tentang urusan peribadi atau perkara-perkara yang ahli keluarga jer yang patut tahu … you have to remember that you’re not in the family picture yet..:-) So, better stick to the basic questions okey…:-)

    nak bertemu bakal mertua

    Bertemu bakal bapa mertua...



    Biasanya kita dengar orang kata kalau kita kahwin, kita bukan setakat kahwin dengan pasangan kita jer … malah kita akan kahwin dengan keluarga mereka jugak. Ada benarnya pandangan ini kerana kelak kita akan menjadi sebahagian daripada keluarga mereka, betul tak?
    Pertemuan pertama anda dengan bakal ibu dan bapa mentua pastinya akan mendebarkan. Lebih-lebih lagi jika anda ingin meraih restu mereka terhadap perhubungan korang berdua. Dan mungkin pada masa inilah anda mahu memberikan ‘first impression’ yang baik agar bakal mentua menyayangi dan menyukai diri anda. Ini kerana semasa pertemuan kali pertama ini berlangsung, pada masa inilah anda akan dinilai dari setiap sudut oleh bakal mentua dan juga ahli keluarga yang lain. Tapi yg paling penting, anda akan dinilai sama ada adakah anda benar-benar the perfect candidate untuk menjadi menantu mereka… Itu jer..huhu

    So, kalau dalam waktu terdekat nie kekasih anda sudah menyuarakan hasrat hatinya untuk membawa anda bertemu dengan keluarganya, cuba praktikkan beberapa tips atau petua yang dinyatakan di bawah nie.


    1. Selidik tentang background keluarga
    Jangan lupa untuk bertanya pasangan anda tentang keluarganya. Contohnya pekerjaan ibu dan bapanya, nama mereka (kot2 ada gelaran lain), brape adik beradik yg dia ada, apa kesukaan mereka, bende apa mereka tak suka dsb lagilah… Tulis segala maklumat nie di dalam buku supaya kamu tak akan lupa… semua detail nie penting apabila kamu akan berkunjung ke rumah bakal mertua supaya kamu dapat bersedia awal2.. Dan jangan lupa jugak untuk bertanyakan tentang apakah perkara yang mereka suka, tak suka dan sebagainya lagi.

    2. Fahami budaya bakal keluarga mentua

    Biasalah, setiap keluarga ada budaya masing-masing kan? Janganlah tiba-tiba kita mahu mengubah budaya mereka pulak… Misalnya kalau kita berasal dari keluarga yang menetap di bandar, dan kita ingin bertemu dengan bakal ibu bapa mertua yang berasal dari kampung, kita kenalah mengikut budaya mereka. Budaya di kampung tidak sama dengan budaya orang bandar. Contohnya, kalau kat rumah sendiri kita dah biasa makan di meja makan, kalau kat kampung, mungkin kita kena biasakan diri makan di atas lantai. Buat mereka yang tak biasa, keadaan ini mungkin akan mengundang sedikit ketidakselesaan…:-) So, apa kata kita cuba fahami budaya bakal mertua dulu supaya kita boleh prepare awal2…



    Dinner di atas lantai beb!



    3. Mintak tips daripada pasangan

    Sebelum pertemuan diaturkan, pastikan anda meminta sedikit tips daripada pasangan anda. Misalnya, apakah topik yang dapat menarik minat ibu bapanya? atau apakah hobi kesukaan mereka – misalnya memancing, membaca, melancong, berkebun dsb… Kalau anda memang dah pemalu dan pendiam orangnya dan tak reti pulak nak berbual dengan orang yang lebih tua, apa kata anda cuba approach topik-topik mudah seperti itu supaya perbualan anda tidak kelihatan kaku atau canggung… Yang pentingnya, hormati pendapat mereka dan jangan pulak membantah terhadap sesuatu perkara yang dicakapkan oleh mereka (kecuali dalam bab-bab agama la, yer), walaupun anda tahu mereka salah.

    4. Jaga cara berpakaian

    Cara berpakaian jugak penting kerana ia melambangkan perwatakan anda. Bayangkan jika anda bertemu bakal mentua dengan T-shirt ketat dan jeans koyak-rabak. Cuba fikir apakah first impression mereka pada bakal menantu mereka nanti?… So, penampilan kena jaga la yer? Sebaik-baiknya kalu lelaki, pakailah baju kemeja atau T-shirt yang sopan (takde gambar-gambar yang ‘censored’ di depannya:-)) beserta dengan seluar slack/jeans. Anda tidak diwajibkan pakai tie, yer:) Bagi si gadis pulak, eloklah kalau anda mengenakan baju kurung yang melambangkan kesopanan gadis Melayu. Ingat, first impression tu penting kerana dari situlah, bakal mentua akan menilai perwatakan diri anda.



    Jeans koyak...

    Thursday, 8 December 2011

    sipemakai cermin mata





    Pemandangan di atas pentas dunia ini sangat indah dapat dinikmati. Semua yang indah terlihat melalui pandangan mata. Tanpa kurniaan mata yang sihat dan bisa melihat mana mungkin semua ciptaan Allah ini dapat dinikmati semahunya. Sepanjang pemerhatian peribadi dan sahabat-sahabat suatu masa dahulu memang tidak mampu menafikan cantiknya mata insan yang telah Allah tarik nikmat penglihatannya ( rabun ) yakni mereka harus memakai speak mata. Bukan memuji mana-mana individu namun mengakui keindahan ciptaan. Sangat cantik mata-mata insan yang sentiasa memakai speak mata. Kebiasaanya mereka ini memiliki bentuk mata yang hampir sama dengan bentuk kelopak mata menarik.
    Asif buat sahabat yang terpaksa memakai speak mata ketika berurusan dengan ana jika sememangnya mereka memang pakai speak mata sentiasa. Bukan ana ingin menyusah kalian dan adik ana sendiri pun terpaksa melakukan perkara yang sama. Pandangan tajam di saat antum semua tidak pakai speak mata sangat menganggu diri ana. Ana berasa terancam ketika berurusan dengan kalian sewaktu kalian tidak memakai speak mata. Ana akui ini suatu kelemahan yang ana miliki ketika berhadapan dengan antum saat itu. Ana juga ingin menjaga pandangan dan hati ana. asif jika persepsi ana sangat bias.

    Asif jiddan...

    sesungguhnya hati ini terlalu mudah dicemari. Ya Allah hindari daripada segala rasa yang bisa menganggu gerak kerja dan permudahkan urusan serta hindari masalah hati....P/s: post khas utk sahabat yg memakai speak mata

    Wednesday, 7 December 2011

    pelembut hati dan pendinding diri




    Terjemahan Ayat 1 - 5 (Surah Taha).





    1. Taa Haa
    2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
    3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
    4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
    5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.


    Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.
    Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
    Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.
    Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.