Pages

Friday, 6 September 2013

Yahudi juga berkhatan sepertimana ISLAM






Berkhatan adalah bermaksud proses membuang  atau  memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar sehingga nampak (terdedah) kepala zakar itu secara keseluruhannya. Bagi lelaki yang beragama ISLAM,adalah wajib baginya berkhatan. Manakala bagi perempuan,ia jatuh kepada sunat sahaja. 

Dalil yang menjadi landasan berkhatan bagi orang mukmin adalah:
Rasullulah saw bersabda yang bermaksud: 
 “Buanglah rambut-rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berkhatanlah.”(Hadis riwayat Abu Daud)
Walaubagaimanapun,adakah anda semua tahu bahawa agama Yahudi juga mewajibkan penganutnya berkhatan?berkhatan bagi penganut Yahudi mempunyai salur-galur yang sama dengan agama kita,ISLAM.
Berkhatan bagi Yahudi

Berkhatan bagi lelaki Yahudi adalah wajib sebagaimana wajibnya lelaki ISLAM berkhatan. Sepertimana berkhatan cara ISLAM, berkhatan cara Yahudi juga membuang selaput kulit yang menutupi zakar sehingga terdedah kepala zakar.

Berkhatan bagi istilah Hebrew adalah Brit Milah. Perlu diketahui bahawa orang Yahudi terbahagi kepada beberapa loghat seperti loghat Sephardi,loghat Ashkenazi dan loghat Yiddish. Dengan itu Brit Milah jika bagi loghat Sephardi akan disebut Berit Milah, loghat Ashkenazi akan disebut Bris Milah manakala loghat Yiddish hanya akan disebut Bris sahaja.

Apapun jenis loghatnya, upacara Brit Milah tetap sama. Upacara Brit Milah boleh dikatakan semeriah majlis berkhatan bagi rakyat Malaysia. Akan tetapi, majlis Brit Milah dipenuhi dengan adat-adat dan kepercayaan Yahudi.


sumber dari: takusahrisau.wordpress.com

No comments:

Post a Comment