Pages

Sunday, 1 September 2013

Apa Ertinya Kekayaan Jika Kesihatan Tak Terjaga



Beberapa hari ini, aku banyak jumpa pesakit tekanan darah tinggi atau Hypertension yang selalu terlupa makan ubat atau malas makan ubat disebabkan kerja yang sibuk.  Bila ditanya, mereka sibuk bekerja untuk memberi kesenangan dan kekayaan  kepada keluarga.  Memang betul, kita perlu cari nafkah untuk keluarga tapi kesihatan pun kena dijaga. Betul tak?

Seminggu yang lepas, seorang pesakit lelaki yang baru berusia 42 tahun terkena Angin Ahmar atau pun kita panggil sebagai Stroke. Pesakit tersebut datang ke unit kecemasan disebabkan badan lumpuh separuh badan. Pesakit tu memang ada penyakit Tekanan  darah tinggi sejak 3 tahun yang lepas, tapi disebabkan malas nak makan ubat selama 3 bulan, dia terkena Haemorrhagic Stroke, Stroke jenis salur darah yang pecah disebabkan tekanan darah yang terlalu tinggi. Menyesal pun dah takda guna. Macam mana nak kerja dan tanggung keluarga kalau kita sendiri pun tidak sihat.

haemorrhagic-stoke-angin-ahmar

Apa yang dikongsi hari ini, adalah sekadar peringatan untuk diri saya dan rakan pembaca semua…

Tips: Pastikan kita tidak lupa makan ubat, letakkan ubat di bag supaya mudah dibawa ke mana sahaja. Anggap ubat tu macam kad pengenalan kita. :)


sumber dari: bloggerwanita.com

No comments:

Post a Comment