Pages

Sunday, 15 September 2013

Payahnya Untuk Aku Menjadi Hamba Yang Bersyukur..






Tersentuh aku semalam melihat kegigihan seorang makcik tua berjalan di tengah jalan ketika matahari tegak di atas kepala semasa kereta berhenti lampu merah semata-mata untuk menjual pen bagi mencari rezeki yang halal buatnya. Sejenak aku bermonolog, " makcik ni tak de anak ke??" "mana pergi keluarga mak cik ni??" Tabah sungguh aku melihat seorang wanita berusaha mencari rezeki dalam keadaan yang begitu penuh dengan kepayahan. Hatiku terusik. Insaf. Jika aku berada di tempat makcik itu, apakah mampu aku mengharungi ujian sebegitu??. Ya Allah jauhnya aku dari mu. Jarang sekali aku mengucapkan ucapan syukur terhadap-Mu. Tetiba aku memikir jauh tentang perkataan keramat ni. ‘SYUKUR’

Kita sering melihat kawan-kawan, orang sekeliling kita hatta ahli keluarga kita mengeluh mengenangkan nasib yang menimpa diri mereka. Kepayahan itu lebih dilihat dan dinilai dan diukur  sebagai maksud kehidupan duniawi berbanding kesenangan atau nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Pernahkah kita pada satu ketika menghitung kesenangan atau nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita. Pernahkah kita dalam sehari hatta dalam seminggu bermuhasabah sambil mengingati nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita dalam minggu tersebut?? Tidak bukan. Kita sering lupa tentang apa yang kita ada dan berkira dengan sesuatu yang kita tidak ada. Bukankah ini menunjukkan betapa kita tidak bersyukur dan redha dengan apa yang telah dianugerahkan kepada kita?? Astaghfirullah...inilah golongan yang telah Allah nukilkan didalam Al-quran yang berbunyi sangat sedikit golongan orang yang bersyukur di dunia ini.

Hakikatnya, manusia hari ini sudah semakin jauh dengan Penciptanya. Keyakinan terhadap janji Tuhannya sudah kian pudar dan menhilang jauh dari sudut hati. Mereka lupa sebenarnya apa yang berlaku kepada diri mereka merupakan satu bentuk tarbiyah ataupun ujian yang Allah berikan kepada hamba-Nya untuk melihat sejauh mana cinta hamba-Nya itu kepada-Nya. Seharusnya kita tersenyum dan mengucapkan syukur tatkala kita sebagai hamba-Nya ini menerima ujian mahupun musibah kerana disitu menunjukkkan ada perhatian khusus yang Allah berikan kepada kita. Itu menunjukkkan Allah sayang kita. Ujian dan musibah yang diturunkan kepada kita tidak lain selain untuk mengangkat martabat kita di sisi Penciptanya. Berbanggalah orang yang dekat dengan Tuhannya.

Dari sudut pandang yang asas, manusia itu sudah ditakdirkan dicipta untuk menjadi pewaris ataupun khalifah di dunia ini. Ini secara langsung menunjukkan manusia itu dilahirkan sebagai pemimpin. Berbalik kepada idea dasar penulisan yang menggenggam kalimat syukur, kepimpinan dan sifat syukur itu mesti berjalan selari dan tidak boleh dipisahkan. Itulah kepimpinan Islam. Orientasi pemikiran kepimpinan yang mempunyai dasar kesyukuran dalam menguruskan pentadbiran dalam kehidupan, mampu neningkatkan kecekalan selain memperolehi keredhaan dari Allah. Atas sebab ini, pemimpin yang mempunyai sifat syukur dilihat lebih sabar, cekal, dan berkarisma di dalam kepimpinannya. Penyerahan kepada Allah dalam setiap apa yang telah berlaku menunjukkan betapa kita ini selaku hamba kepada-Nya sangat memerlukan pertolongan-Nya. Syukur itu cara terbaik dalam memperolehi pertolongan dari Pencipta Yang Agung.

Syukurlah..latihlah diri untuk bersyukur...Syukur itu satu nikmat dalam kehidupan..=)

Kata-kata yang dinukilkan oleh diri dalaman penulis buat penulis sendiri khususnya dan pembaca yang lain amnya dalam mengingati hakikat siapa diri ini sebenarnya dan apa kekurangan kita dalam menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya..


PUJANGGA EL-HARAQY


sumber dari: pujangga89.blogspot.com

No comments:

Post a Comment