Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Friday, 6 September 2013
'Pengantin baru' dikhatan
CHUKAI – Karnival Berkhatan dan Bertindik Telinga Perdana Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai yang disertai seramai 300 kanak-kanak meninggalkan kenangan manis buat semua peserta.
Mereka diraikan seperti pengantin baru dan diarak menaiki kenderaan sejauh kira-kira tujuh kilometer mengelilingi bandar Chukai semalam. Seramai 200 kanak-kanak lelaki yang menyertai acara berkhatan diarak menaiki dua buah ‘low loader’ berhias. Sementara, 100 kanak-kanak perempuan yang bertindik diarak dengan menaiki pacuan empat roda bermula dari Pusat Khidmat Masyarakat Dun Chukai sebelum berhenti seketika di hadapan Pasar Chukai.
Perarakan itu yang diiringi paluan kompang dan selawat menjadikan suasana bandar Chukai yang lengang bertukar meriah. Setiba di Pasar Chukai, peserta dihiburkan dengan persembahan silat dan tarian tradisional.
Lebih bermakna, orang awam yang berada di sekitar kawasan itu diberi peluang untuk merenjis air mawar dan memberikan bunga telur kepada semua peserta sebelum perarakan diteruskan sehingga tiba di Padang Astaka.
Suap pulut kuning
Bermula di Padang Astaka, peserta khatan diusung, sementara kanak-kanak perempuan berjalan kaki sehingga tiba semula ke pekara-ngan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Chukai, seterusnya semua peserta khatan dimandikan dengan air pili bomba.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera merasmikan karnival yang pertama kali dianjurkan pihaknya itu. Sebagai gimik perasmian, beliau turut menyuap pulut kuning kepada peserta khatan yang berada di atas ‘low loader’. Hadir sama pada program anju-ran Pusat Khidmat Masyarakat Dun Chukai dengan kerjasama Pejabat Daerah Kemaman, Pejabat Kesihatan Kemaman dan Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung Taman Perumahan Gong Pauh itu ialah Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad Kamil Othman dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Mohd Hisham Zubir.
Kurang beban Kewangan
MOHAMED berkata, program percuma berkenaan diadakan sempena musim cuti persekolahan, seterusnya bagi memastikan kanak-kanak dapat berkhatan dan bertindik secara sempurna.
“Kita anjurkan program ini secara percuma untuk mengurangkan beban kewangan ibu bapa dan penjaga kerana kos untuk berkhatan juga agak tinggi. "Untuk kanak-kanak lelaki, acara berkhatan diadakan selama dua hari iaitu seramai 129 kanak-kanak dikhatankan hari ini dan selebihnya esok," katanya.
Menurutnya, istimewanya karnival berkenaan kerana turut diadakan ceramah agama berkaitan khatan untuk ibu bapa dan penjaga yang menunggu anak masing-masing.
Bantu penduduk miskin
SEMENTARA itu, seorang bapa yang juga penjual ikan secara kecil-kecilan, Abdullah Omar, 54, dari Paya Berenjut memuji usaha yang dilakukan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Chukai itu bagi membantu ibu bapa dan penjaga yang kurang berkemampuan.
“Bagi orang miskin dan kurang mampu, nilai RM70 atau RM80 bayaran berkhatan di klinik adalah besar, jadi dengan adanya acara percuma ini orang miskin tidak perlu mengeluarkan belanja,” katanya. Menurutnya, menerusi acara berkenaan, anak kelimanya, Mohd Izadludin, 12, dapat merasai pengalaman manis berkhatan beramai-ramai yang pasti kekal dalam ingatan. Dalam pada itu, peserta, Khairul Nizam Khairul Anuar, 12, berkata, gimik karnival mengurangkan debaran yang dirasainya sebelum dikhatankan.
“Saya tidak pernah berasa gembira sebegini. Saya akan kenang pe-ngalaman ini sampai bila-bila,” katanya yang juga anak sulung daripada empat beradik.
sumber dari: sinarharian.com.my
Labels:
khatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment