Ulam-ulaman dan sayur-sayuran kampung, itulah yang menjadi kisah kali ini. Apa yang menarik? Anda saksikanlah sendiri. Sebelum itu, ampun maaf kepada semua sahabat kerana tidak dapat meluangkan masa untuk blogwalking. Kesibukan membataskan masa untuk on line...
Alhamdulillah...hujung minggu ini dapat juga meluangkan sedikit masa pulang ke kampung. Selain dari memenuhi jemputan majlis perkahwinan dapatlah juga merehatkan minda. Untuk entri kali ini, tiada bunga-bunga menawan MIL untuk tatapan anda tapi sesuatu yang lebih istimewa untuk anda semua nikmati.
Alhamdulillah...hujung minggu ini dapat juga meluangkan sedikit masa pulang ke kampung. Selain dari memenuhi jemputan majlis perkahwinan dapatlah juga merehatkan minda. Untuk entri kali ini, tiada bunga-bunga menawan MIL untuk tatapan anda tapi sesuatu yang lebih istimewa untuk anda semua nikmati.
Apa yang menarik di kampung kali ini adalah tumbuh-tumbuhan hijau yang tumbuh subur yang menanti masa untuk dipetik dan dijamah. Ya...ulam-ulaman dan sayur-sayuran kampung yang subur menghiasi disekeliling rumah MIL.
Anda saksikanlah sendiri, betapa rajinnya MIL aku ini berbudi dengan tanah. Semuanya tumbuh subur dan menghijau. Apa lagi...untuk anak-anak menantu dan cucu-cucunya yang rajin pulang makan free ni le...
Rimbunan pegaga yang subur menghijau. Sungguh menawan, merata-rata pula tumbuhnya. Ini bukan lah di tanam tapi tumbuh sendiri. Bila dah tumbuh tu...dijagalah oleh MIL dengan penuh kasih sayang. Memang menyentap seleraku...
Bunga betik ini pula kebetulan sedang-sedang elok hendak berkembang. Sedap kalau di makan ni. Teringat petua emak, kalau nak hilangkan rasa pahit bunga betik ni, rebus dengan air beras bersama asam keping...Insyaallah, hilang pahitnya dan enak dimakan begitu sahaja...cubalah.
Pucuk ubi juga seperti sedia menanti masa untuk di petik. Banyak juga MIL aku tanam pokok ubi ni dan sememangnya dia amat faham akan kegemaran menantunya yang seorang ni, suka makan ubi kayu...hehe. Bukan setakat ubi...pucuknya pun di gemarinya.
Ulam raja yang sedang mula membesar dengan suburnya. Dulu memang banyak, tapi dah tamat tempoh...ini generasi kemudiannya pula yang tumbuh. Sedap pucuk ulam raja ni...terliur mengenangkan rasanya yang masam-masam dan baunya yang mampu menambat selera.
Keladi sayur yang mula membesar. Sebulan lagi bolehlah tuai hasilnya. MIL kata, ramai juga jiran-jiran yang datang nak membeli ubi dan batang keladi ni. Kalau di pasar, harga ubi keladi ini agak mahal juga. Hampir sekeliling rumah jugalah ditanam dengan pokok keladi. Tapi malangnya aku sedikit alah dengan keladi, cepat je naik gatal-gatal...huhu.
Pokok keledek juga sedang tumbuh subur. Dalam 2 minggu lagi adalah ubinya, kata MIL. Pucuk keledek ini juga boleh dimasak dan MIL pernah memasaknya tapi tidak kenalah dengan selera ku. Mungkin ada daripada anda yang menggemarinya.
Anda kenal pokok apakah ini? Inilah pokok bebuas. Pucuknya enak di buat ulam atau di masak lemak. Baunya...hanya yang memahami dan meminatinya sahaja yang tahu...
Ini pula sayur meranti yang sedang subur membesar. Ini adalah bekas tanaman pokok terung dimana sebelum itu ditanam kacang bendi. Dah puas makan terung dan kacang bendi, MIL kata...tukar selera dengan sayur meranti pula. Lihatlah...sungguh subur tumbuhnya dengan daun yang lebar-lebar sekali. Habis meranti nanti, pokok apalah pula...tunggu dan lihat.
Ini pula adalah pokok gajus. Tapi kali ini belum berpucuk baru pula, jika tidak pucuk gajus inilah antara ulam kegemaranku. Bau dan rasanya yang masam-masam dan rangup dikunyah begitu menaikkan selera. Setiap kali balik kampung, tak sah kalau tak menjengah ke sini...
Sebelah kiri tu pokok cekur. Saya kurang minat dengan rasanya tapi boleh je layan.
Sebelah kanan pula pokok daun manis. Enak dimasak lemak.
Buah limau dan cili padi pula sedang meriah berbuah dengan lebatnya.
Apa lagi, semua bahan sudah terhidang di depan mata. Segar dan menanti masa untuk di petik. Jangan buang masa, menu dalam fikiran sudah terbayang jelas...apa dia? Sudah tentulah kerabu...
Pegaga, bunga betik, pucuk ubi dan daun cekur di gaul bersama dengan cili padi, udang kering, kelapa parut, garam dan perahan limau. Sungguh menyelerakan makan tengahari ku... Gambar tak perlulah letak, nanti ada pula yang kecur air liur...
sumber dari: relakssminda.blogspot.com
No comments:
Post a Comment