Manusia yang aneh, selalu sahaja menghukum
sedangkan alam tidak dihadiahkan untuk Si Lemah tanpa sempena apa-apa.
Nah, lavender di tengah hutan.
Bagaimana?
Ungu yang memberi seri, sehingga di mata nampak harmoni.
Tetapi bagaimana cerita di hutan,
jika benar-benar lavender tumbuh mengambil alih habitat pemastautin di tanahnya?
Barangkali hanya imaginasi manusia romantisma,
keterlaluan mengadakan keindahan yang barangkali tiada.
Lupa yang penciptaan punya suratan.
Tidak.
Lavender bunga baik.
Tidak mungkin lavender menipu kita dengan wanginya lalu merampas hak hutan.
Tidak mungkin lavender mengejek hidupan di hutan sementelah dirinya terlalu sempurna.
Tidak mungkin lavender yang indah memulakan arah kejahatan di belantara hutan.
Tidak mungkin, melainkan lavender itu adalah nama seorang manusia.
sumber dari: zooxanthellae.wordpress.com
No comments:
Post a Comment