Pages

Saturday 10 November 2012

otak kucing macam manusia



The Cat Fanciers' Association (CFA)


Dalam artikel ini, pernah ditulis mengenai mengapa kucing tidak suka air atau tempat basah. Kucing tidak suka air kerana bulunya yang melindungi dirinya dengan baik apabila basah. Bagaimanapun, lain pula dengan kucing Turki (Turki Vash) adalah kucing yang suka berenang. Dibesarkan di Asia Tengah, bulu kucing ini dianggap mempunyai tekstur yang unik yang menjadikan ia kalis air.

* Kucing boleh berlari pada kelajuan atas kira-kira 30 kilometer sejam (31 batu sejam) untuk jarak dekat.

* Pendengaran kucing adalah lebih baik daripada anjing dan boleh boleh mendengar bunyi frekuensi tinggi sehingga dua oktaf lebih tinggi daripada manusia.

* Otak kucing pula dari segi biologi lebih mirip kepada otak manusia. Malahan pada otak kucing, ada satu kawasan yang sama dalam otak manusia yang bertanggung jawab untuk emosi!

* Kucing boleh melompat sehingga lima kali ganda daripada ketinggiannya.

* Felicette nama seekor kucing dari Perancis menjadi kucing angkasawan atau Astrocat pertama apabila Perancis menghantarnya ke ruang angkasa pada tahun 1963.

* Kira-kira 40,000 orang digigit kucing di Amerika Syarikat setiap. Bagaimanapun, kucing tetap menjadi haiwan peliharaan paling popular di Amerika Utara.

* Kucing boleh membuat lebih dari 100 bunyi vokal, manakala anjing hanya boleh membuat 10. Apabila kucing gembira atau dalam keadaan santai, selalunya akan memejamkan mata.

* Istilah `Puss' berasal daripada gabungan perkataan dalam bahasa Romania iaitu `Pisica', Lithuania `puz' dan Jerman (puus). Sarjana mencadangkan perkataan Puss lebih sesuai kerana bunyinya berdesir dan sesuai untuk mendapat perhatian kucing.

* Kucing tidur 16 jam hingga 18 jam sehari. Apabila kucing sedang tidur, ia masih peka terhadap rangsangan yang masuk. Jika anda mencucuk atau mengusik ekor kucing yang sedang tidur, ia akan memberikan tindak balas.

* 40,000 ORANG digigit kucing di Amerika Syarikat setiap tahun

* 74 JUTA Jumlah kucing dipelihara di Amerika Utara

* 100 BUNYI yang oleh dibuat oleh kucing berbanding hanya 10 bunyi daripada anjing


sumber dari: anizyn.blogspot.com


No comments:

Post a Comment