Keluarga besar Berliners semakin menguncup. Serang demi seorang
pulang tapi tiada yang datang. Kak K, Effa, Khadijah, Muz dan Fida, Rizal,
Suhaimi, Reduan, Abang Sidi, Naseer dan paling terkini Naz dan Emy yang pulang
Ramadhan tadi.
Teringat saya semasa mula-mula kaki menjejakkan kaki ke Berlin,
Mar dan Rizza bersusah-susah datang ke rumah kami di Iranische semata-mata
mengajak kami makan nasi di Al Reda. Hendak tunjukkan tempat makan. Fida pula
tunjukkan saya di mana hendak membeli barang-barang masak. Dari Leopoldplatz ke
Vin Loi hinggalah ke Pasar Turki. Muz dan Fida juga menunjukkan kami cara
mendaftarkan Hardy ke sekolah. Naz dan Emy bawa kami pusing-pusing untuk tengok
Saturn tempat menjual barang elektrik. Masa tu kami nak cari seterika. Hingga ke
malam mereka menemankan. Itu belum cerita bagaimana bersusah-payahnya
ketiga-tiga keluarga ini membuat persiapan membantu kami tiba, menjemput di
lapangan terbang dan menjamu makanan.
Kesemua mereka yang pulang ada kenangannya yang tersendiri
bersama kami. Terlalu panjang catatan saya jika hendak ditulis di sini.
InsyaAllah ia akan kekal menjadi satu memori yang abadi.....
sumber dari: lailakamilia.blogspot.com
No comments:
Post a Comment