Pages

Tuesday, 6 November 2012

kejujuran itu manis




Jujur itu manis. Lebih manis daripada madu yang dicampur gula.
Sebab itu orang yang jujur akan disenangi oleh semua orang.

Orang yang jujur akan mudah mendapat kawan, dan sukar untuk mendapat lawan. kerana kejujuran mereka itu, musuh yang mahu melawan menjadi tertawan. Dendam yang sekian lama dipendam berubah menjadi kasih sayang.

Kejujuran itu asas dalam setiap perbuatan. Tanpa kejujuran, hidup ibarat membuat sesuatu tanpa keikhlasan.
Setiap orang perlu mempunyai kejujuran. Anak-anak perlu jujur dan ikhlas dengan ibu dan ayah mereka. Begitu juga sebaliknya. Apabila ditanya sesuatu perkara oleh ibubapa, si anak perlu jujur dan tidak berbohong. Bila ditanya dengan siapa mereka keluar, dengan siapa mereka berkawan, mereka perlu jujur. Bukannya menipu.




Seorang suami perlu jujur dengan isteri. Bukannya asyik mencari helah untuk melepaskan diri. Begitu juga dengan si isteri. Jujur itu mesti.

Pekerja perlu jujur kepada majikan mereka. Tanpa kejujuran si pekerja, berkat pada syarikat akan hilang. Pendapatan syarikat akan melayang. Pekerja yang jujur mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh syarikat dan perusahaannya. Mereka tidak culas dan menipu majikan mereka. Begitu juga dengan majikan. Majikan yang jujur tidak menganiaya kakitangan syarikatnya. Majikan itu sekurang-kurangnya memberi gaji yang setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh pekerjanya.

Seorang pemimpin perlu jujur pada orang bawahannya. Tidak kira dia itu pemimpin negara, pemimpin pertubuhan kebajikan, koperasi ataupun persatuan. Pendek kata semuanya perlu jujur dan amanah.

Pemimpin itu akan disoal akan kepimpinannya. Maka kejujuran itu penting.
Bila jujur ada dalam jiwa, hidup menjadi penuh ceria dan bermakna.
Bila jujur ada dalam diri, rasa yang pahit menjadi manis.
Bila kejujuran itu mula disemai dalam sanubari, kasih sayang Tuhan menjadi pasti.

Tanamkanlah kejujuran, kerana ia asas ketaqwaan.



sumber dari: mencintaidia.com

No comments:

Post a Comment