Pages

Saturday, 3 November 2012

kau teristimewa..........



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

dari kecil sehingga aku dewasa, tidak pernah sekalipun tangannya singgah di badanku. dengan hanya kata-kata sahaja sudah mampu membuatkan aku menggigil seluruh tubuh. katanya yang penuh makna itu aku gunakan untuk menempuh hari mendatang.

kerja kerasnya untuk menyara aku sekeluarga membuatkan aku juga sama-sama bersemangat untuk membantunya. segala gerakkannya aku jadikan ikutan. segala sifatnya aku sematkan dalam diriku juga. dari kosong hinggalah siapa aku sekarang ini. dia yang menerapkan segalanya yang ada pada aku.

walaupun terpaksa bersengkang mata sehingga subuh menjelma, dia tetap kuat, tabah. dengan dugaan yang diberikan kepadanya, dia tetap tersenyum. tidak pernah mengeluh. akhirnya, sudah sampai janjinya. dia dipanggil untuk kembali mengadap ALLAH. dengan hati yang sedih, aku akui pemergiannya. hanya doa di bibirku yang mengiringi pemergiannya. terakhir aku menatap wajahnya, sehingga sekarang masih segar di ingatan.

rasanya baru semalam aku bersua muka dan menyuapkan air kepadanya. tapi, hari ini, sudah bertahun dia meninggalkan aku dan keluarga. yang aku harapkan, doaku dimakbulkan ALLAH. semoga dia di tempatkan bersama orang yang beriman. tanpa rasa penat, setiap hari aku mendoakannya. agar dia tenang di sana. semogaaku dapat lalui hidup tanpanya, tetapi dengan dirinya di dalam diriku.

dialah ABAH terbaik buatku. AL-FATIHAH.





sumber dari: kamihidup.com

No comments:

Post a Comment