Ivy Bean yang merupakan selebriti di dalam talian kerana menjadi pengguna tertua laman web rangkaian sosial Twitter meninggal dunia semalam pada usia 104 tahun.
Pat Wright, pengurus rumah kebajikan tempat Bean menetap di Bradford, utara England berkata, warga emas itu meninggal dunia dengan tenang semalam.
Menurut Wright, Bean dikenali sebagai seorang yang ‘merebut pe luang menggunakan teknologi baru dan mencuba apa sahaja’.
Dia menyertai Twitter pada 2008 dan mengumpulkan lebih 56,000 teman pengikut, termasuklah Sarah Brown, isteri kepada bekas Perdana Menteri Gordon Brown.
Sarah Brown semalam membuat ‘tweet’ yang meluahkan rasa sedih dengan kematian Bean, seorang yang bersemangat besar, lucu dan sangat dihormati sebagai duta senior kepada Twitter.
Kali terakhir Bean membuat tweet ialah pada 6 Julai lalu dengan berkata, masa untuk makan tengah hari dan akan kembali sebentar lagi.
Wright berkata, Bean meninggalkan seorang anak perempuan. – AP
sumber dari: hazmanfadzil.com
No comments:
Post a Comment