Pages

Monday 5 November 2012

Tidak Salah Mengakui Kesilapan



Dr. Mohamad Khir


1. Saya tahu bahawa ramai rakan-rakan yang tidak berpuas hati dengan tindakan saya meminta maaf kepada Y.B. Ronnie Liu dalam kes saman malu beliau ke atas saya. Ada yang berpendapat tindakan saya memohon maaf kepada Ronnie merupakan tindakan bacul dan akan menjejaskan UMNO.

2. Bagi saya jika kita bersalah kita harus bersedia meminta maaf. Justeru itu saya tidak segan silu untuk merekodkan pengakuan permohonan maaf saya dalam mahkamah. Ini berikutan tujuan asal saya hanyalah mempersoalkan potfolio beliau menjaga Pihak Berkuasa Tempatan kerana terdapat aduan ke atas beliau kerana menghalang penguatkuasa PBT menjalankan tugas.

3. Bagaimanapun kenyataan-kenyataan dalam sidang akhbar tersebut telah membawa tafsiran yang lebih besar apabila akhbar China Press melaporkan seolah-olah Ronnie Liu terbabit dalam aktiviti pelacuran. Atas sebab inilah saya memohon maaf kepada beliau kerana saya tiada bukti atau fakta yang jelas menyatakan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan aktiviti pelacuran. Malahan sehingga kini, Ronnie belum disabitkan atas kesalahan menghalang tugas penguatkuasa. Ini menjadikan laporan akhbar mengenai kenyataan-kenyataan saya sungguhpun ada asas (berasaskan laporan Polis) tidak dapat disahkan sebagai fakta yang benar.



Antara petikan dari blog YB.....
Tahniah YB, inilah yang saya rasakan sebilangan rakyat nantikan.......



sumber dari: drkhir.com

No comments:

Post a Comment