Perkahwinan merupakan peristiwa suci yang menyatukan dua orang dalam satu ikatan. Ada janji setia sehidup semati yang perlu dijaga.
Agar perkahwinan wujud menjadi rumah tangga yang harmoni dan berkekalan, anda perlu punya cinta dan keyakinan terhadap pasangan. Jangan berkahwin hanya kerana alasan berikut ini,
1. Berkahwin hanya kerana harta
Di awal perkahwinan, mungkin anda begitu menikmati kehidupan rumah tangga. Namun, kehidupan rumah tangga tanpa landasan cinta kuat tentu jauh dari harmoni dan berkekalan. Apalagi jika di tengah perjalanan rumah tangga, pasangan kehilangan harta. Atau, anda bertemu dengan lelaki yang jauh lebih kaya dan memikat.
2. Ingin meninggalkan rumah orang tua
Ini biasanya menimpa mereka yang hidup di tengah keluarga penuh konflik. Berkahwin seringkali menjadi jalan pintas agar dapat keluar dari suasana rumah yang mungkin seperti ‘neraka’. Namun, meninggalkan rumah bersama suami bukan jawapan mutlak. Perkahwinan yang dibina seperti ini boleh membuat anda terjebak dalam konflik baru yang lebih rumit.
3. Kerana orang tua menyukainya
Ini bukan alasan tepat bagi anda dan pasangan akan melangsungkan perkahwinan. Ingat, yang akan hidup dengannya adalah anda sendiri, bukan orang tua anda. Jangan biarkan anda terjebak dengan peribadi yang sebenarnya belum anda yakini terbaik sebagai pasangan hidup.
4. Ingin merasakan hubungan lebih intim
Ketika kekuatan agar dapat berhubungan lebih intim menjadi alasan kuat berkahwin, ini berbahaya. Tujuan utama perkahwinan bukan lagi membina kehidupan rumah tangga yang harmoni dan berkekalan, tapi hanya ‘malam pertama‘. Apabila rasa ingin tahu telah dijawab, tak mustahil rasa bosan mula melanda, rasa sayang mula menguap, dan hujung dari ini semua adalah kehancuran rumah tangga.
5. Ingin punya anak
Ingin punya anak sememangnya menjadi pendorong kuat bagi ramai orang untuk berkahwin. Namun, apakah anda ingin membawa anak dalam keadaan yang tidak ideal? Landasan cinta adalah harga mati. Jangan sampai anak anda kelak menjadi korban ketidakharmonian rumah tangga. Atau, malah anda boleh menjadi orang tua tunggal kelak.
6. Berkahwin dengan peselingkuh
Ada beberapa kes orang berkahwin secara diam-diam dengan selingkuhannya. Awalnya, mungkin akan berjalan dengan baik. Namun, untuk jangka panjang, perkahwinan ini boleh menjadi malapetaka.
Ingat, pernikahan ini terjadi di atas penderitaan orang lain. Ini ertinya masing-masing berani mengambil risiko mencari kebahagiaan tanpa peduli nasib pasangan utama masing-masing. Bukan tak mungkin pasangan akan kembali curang, dan anda menjadi mangsa seterusnya.
7. Tekanan sosial
Ini seringkali menimpa mereka yang sudah memasuki usia bersedia berkahwin, namun masih membujang. Mereka umumnya merasa terpojok dengan soalan yang dilontarkan rakan dan keluarga, “Bila berkahwin?” Jangan sampai tekanan ini membuat anda mengahwini orang yang salah.
sumber dari: bestoneoffour.wordpress.com
No comments:
Post a Comment