Pages

Saturday, 10 November 2012

memelihara kucing memberi ketenangan dan keseronokan





Memelihara, memiliki serta menjaga kucing amat menyeronokkan. Tidak nafikan menjaga kucing juga memerlukan kesabaran, sama seperti kalau kita mempunyai haiwan peliharaan lain.

Banyak perkara boleh dipelajari mengenai sifat dan tabiat kucing. Ramai berpendapat, wanita lebih suka kucing berbanding lelaki. Lelaki selalunya lebih gemar memelihara anjing.




Bagaimanapun, memerhatikan gelagat kucing cukup menyeronokkan. Campakkan batu, bola kecil atau objek boleh bergerak di atas lantai, kita akan tersenyum dan ketawa melihat aksi kucing bermain, bergolek-golek bermain dengan objek berkenaan.

Kucing akan lebih suka minum (menjilat) air yang diletakkan di atas benda leper berbanding dalam mangkuk. Pada waktu pagi pula, perkara pertama yang selalunya dilakukan oleh kucing ialah menyapu atas dan bawah kakinya sehinggalah mendapat makanan.

Banyak perkara menarik mengenai kucing yang boleh membuatkan kita berasa terhibur dengan gelagatnya.

Kucing suka kalau bahagian belakangnya digosok perlahan-lahan. Kucing akan berdiri dan meninggikan badannya tanda minta digosok di belakangnya. Seekor kucing berjemur selama berjam-jam. Latih kucing untuk membersihkan tempat kotor pada bahagian badannya. Lama-kelamaan, ia akan membersihkan sendiri tempat yang kotor itu.

Hidung kucing memang kecil tetapi deria baunya 14 kali ganda lebih baik daripada manusia. Anak kucing akan terkencing kalau terkejut. Tak percaya? Letakkan anak kucing di tempat gelap, kemudian anda suluh dengan lampu suluh secara tiba-tiba ke arah matanya? Ia boleh membuatkan anak kucing tadi terkencing di atas sofa atau katil anda!

Manjakan kucing anda dan dia akan menyukai atau menyayangi anda selamalamanya walaupun apabila anda mungkin sudah tidak menyayanginya lagi.

Kucing yang sudah mengenali dan menyayangi tuannya akan bingkas bangun dan terus berlari menuju ke pintu rumah atau pagar sambil mengiau' seolah- olah menyambut kepulangan anda. Sebaik saja kaki kita melangkah masuk ke rumah, selalunya kucing terus menerpa atau menggeselkan badannya pada kaki kita seperti menyatakan perasaan rindu sebab `lama tak jumpa' dengan tuannya.

Malahan kucing yang manja, biasanya `memahami' apa yang disebut oleh tuannya seperti memanggil namanya dan kadang-kadang patuh dengan apa yang disuruh oleh tuannya. Inilah keistimewaan kucing.

Kasihan kucing ini kalau anda sudah tidak sukakan lagi! Sekiranya anda membenci kucing, renunglah matanya yang jernih dan muka kucing, terutama anak kucing. Ia memberikan psikologi tersendiri kepada jiwa anda. Anda boleh cair, simpati dan kasih pada kucing.

Ketika berada dalam keadaan mood yang tidak baik atau kurang sihat, kita boleh rasakan reaksi kucing pada tuannya. Selalunya, kucing yang manja ini akan menggesek dan berbaring di sebelah anda, seolah-olah cuba untuk membuatkan kita berasa gembira.


sumber dari: anizyn.blogspot.com

No comments:

Post a Comment