Pages

Friday, 10 May 2013

tangan seorang Ibu






Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi. Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman. Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengusap air mata. Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia. Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke keluruh badan, membersihkan segala kotoran. Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata,"Sabar nak, sabar ya sayang."

NAMUN...

Ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada tangan dari anak yang menyuapi. Dengan tangan yang gemetar, ibu menyuapkan sendiri makanan ke mulutnya dengan linangan air mata. 

Ketika ibu sakit, dimana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat ibu yang sedang sakit?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad. Ketika jenazah ibu hendak dimandikan, dimana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu untuk terakhir kali. Tangan ibu, tangan ajaib. Sentuhan ibu, sentuhan kasih. Dapat membawa ke Surga Firdaus.



sumber dari: luvislam92.blogspot.com

10 Sebab doa Ditolak






Ketika Ibrahim bin Khadam (seorang ahli tasauf yang masyhur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya : 

Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa kepadanya? 

Beliau menjawab : Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu :

  1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.
  2. Kamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunahnya.
  3. Kamu telah membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.
  5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  8. kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
  9. Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.
  10. Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar ( pengajaran) daripada mereka.


sumber dari: luvislam92.blogspot.com

Mengapa Perlu Berdoa?






Mengapa kita perlu berdoa? Bukankah Allah SWT sememangnya tahu semua keinginan kita tanpa kita berdoa pun? Bukankah Allah SWT mengetahui apa yang terlintas di fikiran kita? Mengapa kita perlu berdoa lagi kerana bukankah berdoa itu sama sahaja seperti apa yang ada di dalam hati dan fikiran kita?

Suatu ketika dahulu saya sering putus asa di dalam berdoa. Kekadang terasa sangat penat dan bosan berdoa kerana sangat penat menunggu apa yang diinginkan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sejak mengenal Allah SWT sehinggalah beberapa tahun yang lepas, saya sering memikirkan mengapa perlunya saya berdoa sedangkan Allah SWT mengetahui segala apa yang saya inginkan.

Mengapa Perlu Berdoa?

Berdoa adalah memohon dan meminta serta berharap. Pemohon sudah pasti memiliki darjat yang lebih rendah daripada Pemberi. Begitulah kita dengan Allah SWT. Jelas menunjukkan kita memerlukan Allah SWT dan memohon pelbagai perkara di dalam kehidupan kita ini. Darjat kita terlalu jauh malah amat jauh sehinggakan langsung tiada darjat atau juga sebenarnya tidak boleh membuat perbandingan langsung berbanding kebesaran Allah SWT.

Berdoa itu merendahkan darjat kita sehingga daripada kita rasa ada apa-apa kepada tiada apa-apa langsung. Kita meletakkan diri kita benar-benar berada di bawah. Kita memohon dan berharap sesuatu daripada Allah SWT. Dengan berdoa kita lebih jelas siapa kita dan kepada siapa kita memohon. Kita sedar kedudukan kita dan kita sedar kedudukan Allah SWT. Kita sedar kita hanyalah hamba ciptaan Allah SWT dan Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Besar.

Namun persoalan besar di sini adalah adakah kita benar-benar SEDAR dan merasakan sebenarnya kita ini hamba yang lemah? atau sekadar tahu?

Doa memerlukan KESEDARAN.

Apabila kita berdoa tanpa memiliki KESEDARAN yang kita ini lemah di sisi Allah SWT, kita tetap ego dan berasa hebat di sisi Allah SWT. Kita memohon tetapi permohonan kita tidak diserahkan kepada Allah SWT. Segala keinginan yang kita inginkan adalah sepenuhnya mengikut kehendak kita seluruhnya dan kita tidak dapat menerima kehendak Allah SWT. Lalu di dalam tidak sedar kita menganggap Allah SWT hanyalah sebagai Tuhan melakukan kerja untuk menunaikan segala kehendak kita.

Kalian semua,

Apabila kita berdoa, kita menyatakan keinginan kita kepada Allah SWT dengan penuh KESEDARAN yang kita ini lemah, bodoh, tidak berdaya dan benar-benar mengharapkan pertolongan Allah SWT. Tetapi dalam masa yang sama kita sedia menerima segala ketentuan yang Allah SWT tetapkan. Kita juga akan terus mengikut segala ketetapan yang Allah SWT perintahkan kepada kita. Maka kita benar-benar akan berserah secara total kepada Allah SWT.

Orang yang beriman itu tidak pernah kecewa kerana sentiasa menerima ketentuan Allah SWT dan tidak pernah putus asa di dalam mengikut ketetapan yang Allah SWT tetapkan. Orang yang beriman sentiasa aktif. Melakukan segala kerja dan berusaha melakukannya sebaik mungkin di atas nama Allah SWT. Urusan rezeki dan segala penyelesaian hidup adalah hak Allah SWT yang kita tidak boleh pertikaikan kerana ia bukan hak kita.

Di dalam masa yang sama juga, kita yakin dan prasangka baik dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memakbulkan segala permintaan kita. Kita sangat yakin dengan kehendak Allah SWT di mana kehendak Allah SWT merupakan ketentuan yang terbaik di sisiNya untuk diri kita.

Bagaimana untuk yakin? Kita perlu mencapai kesedaran. Apabila kita berada di dalam KESEDARAN, pasti kita sangat yakin,

Kalian yang dihormati,

Memiliki kesedaran ini perlu dilatih. Ia tidak mampu dimiliki secara terus tetapi mampu dimiliki seawal latihan. Ia akan terus meningkat tanpa henti dan penghujung. Kesedaran ini ada turun naiknya tetapi apabila kita sudah mencapai ke satu tahap, ia akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita dan mudah untuk dicapai kembali jika kesedaran kita menurun.

Semoga kesedaran kita akan hal Allah SWT (sifat dan perbuatan Allah SWT) sentiasa meningkat dari masa ke semasa dan menjadikan kita benar-benar merasai kehidupan hidup berTuhan yang dikehendaki Allah SWT yang mana akan membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat seperti yang telah Allah SWT janjikan.



sumber dari: luvislam92.blogspot.com

11 jenis manusia didoa malaikat






PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah :
  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

  3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

  4. 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

  5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

  7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

  8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

  9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

  10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

  11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.


sumber dari: luvislam92.blogspot.com

kenapa berdoa itu penting dalam hidup mukmin






“Umat Islam digalakkan berdoa untuk kebaikandi dunia dan di akhirat. Manusia hanya mampu berusaha, segala ketentuan adalah daripada Allah S.W.T. Memohon sesuatu daripada Allah hendaklah disertai dengan perasaan insaf,  jujur, dan ikhlas supaya mendapat petunjuk dan hidayahNya.” –   Al-Baqarah; 201.

Setiap manusia yang menginginkan ketenangan, kebahagian dan kesenangan hidup hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya, tidak mustahil segala hajat akan tercapai disusuli dengan usaha dan tawakal.

Namun, terkadang itu manusia mudah alpa dan kerap kali lari dari menunaikan tanggungjawab untuk berdoa kepada Yang Maha Esa. Malah, kepentingan berdoa sebagai sebahagian inti pati kehidupan juga sering dipandang ringan dan dianggap perkara yang remeh.

Hakikatnya, kepentingan berdoa merupakan salah satu bentuk komunikasi seseorang hamba dengan Raabnya (Tuhannya) dan juga satu bentuk hubungan yang mujarab bagi mendekatkan diri dengan Pencipta.

Doa adalah permohonan seseorang hamba kepada Raabnya untuk memohon perlindungan (inayah) dan pertolongan (ma’unah). Hakikat doa adalah ekspresi ketidakmampuan dan kefakiran kepada Allah SWT, serta ikrar bahawa tidak ada kekuatan dan daya kecuali dengan pertolongan Allah S.W.T. Ia merupakan simbol daripada penghambaan serta merasakan diri hina dan lemah sebagai manusia di hadapan Allah S.W.T.

Doa juga merupakan pujian kepada Allah S.W.T, dengan menyandarkan seluruh bentuk kebaikan dan kemuliaan hanya kepadaNya sehingga Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud ” Doa adalah ibadah” . Begitulah peri pentingnya peranan doa dalam kehidupan seorang Muslim.

Berdoa sentiasa dianjurkan oleh Allah S.W.T seperti mana firmanNya:

“Berdoalah kepadaKu nescaya akan Ku perkenankan.”

Maksudnya, apabila seorang Muslim memanjatkan sesuatu doa kepada Allah S.W.T yang di dalamnya tidak ada dosa dan pemutusan tali silaturahim, maka Allah S.W.T akan memberinya satu di antara tiga; Allah S.W.T langsung mengabulkan doanya; Allah S.W.T akan menyimpannya untuk orang tersebut di akhirat; dan Allah SWT akan menjauhkan kejahatan atau keburukan dari orang tersebut yang setimpal dengan doanya.

Bagaimanapun, terdapat juga doa-doa yang tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T seperti doa daripada orang-orang yang melakukan maksiat, doa yang sentiasa dengan perasaan riak serta memohon doa yang dilarang oleh agama.

Hikmah berdoa yang digariskan dalam Islam itu terlalu luas untuk di dalami oleh setiap manusia. Doa yang jujur dan ikhlas itu supaya Allah memakbulkan doa untuk keberkatan hidup. Berdoa juga dapat mendidik diri manusia sentiasa mengingati Allah tidak kira dalam keadaan susah mahu pun senang.

Oleh itu, setiap umat Islam itu hendaklah sentiasa berdoa untuk keredhaan hidup di duna dan akhirat. Allah menegah setiap dari kita berdoa sahaja tanpa usaha dan tawakal untuk membolehkan kita mencapai setiap perkara yang dihajati.



sumber dari: luvislam92.blogspot.com

waktu-waktu diberkati untuk berdoa -wikipedia






Selaras dengan tanggungjawab insan berharap sesuatu kepada Allah.Allah SWT telah meletakkan beberapa waktu yang dianggap waktu-waktu yang paling diberkati dan dimakbulkan permintaannya oleh Allah. Pada waktu-waktu itu insan digalakkan untuk memohon,berharap kepada Allah dengan perkara-perkara yang baik serta meminta belas kasihan dan keampunan dariNya.InsyaAllah, Allah akan memakbulkannya.

Walaubagaimanapun perlu dingatkan bahawa terdapat syarat lain yang perlu dipatuhi agar doa kita itu diterima Allah dengan seadanya iaitu jangan kita menyekutukan Allah(menyamakan Allah dengan apa-apa pun seperti mencari Tuhan lain selain Allah) serta wajib bagi kita membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT.

Berikut adalah senarai waktu-waktu yang diberkati akan doanya oleh Allah SWT:
  • Ketika waktu hujan
  • Ketika mahu membuat kebaikan
  • Ketika berda dalam kesusahan
  • Ketika diri dianiaya
  • Ketika mendapat kesenangan
  • Ketika berdoa di Multazam(kawasan yang terletak diantara Hajar ul-Aswad & Pintu Emas Kaabah di Masjid al-Haramain ,Mekah)
  • Ketika Hijr Ismail(kawasan lengkung yang terdapat di sisi Kaabah dikatakan tempat istirehat kepada Nabi Ismail@Ishmael ketika membina Kaabah bersama ayahdanya Nabi Ibrahim@Abraham)
  • Di sekitar maqam Ibrahim(tempat tingkalan tapak kaki Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah bersama Nabi Ismail)
  • Ketika waktu rehat yang terletak diantara dua khutbah(Solat Jumaat,Solat Eidul-fitri{Solat Hari Raya Puasa),Solat Eidul-Adha{Solat Hari Raya Korban})
  • Ketika berdoa kedua ibu-bapa
  • Ketika waktu Subuh(Waktu Fajar)
  • Ketika Waktu Maghrib(Waktu matahari sedang terbenam)
  • Ketika waktu sepertiga malam(sekitar pukul 3 pagi sehingga pukul 6 pagi diwaktu ambang subuh setiap hari)
  • Ketika dalam keadaan bersabar menanggung penderitaan dan kesusahan
  • Ketika waktu malam lailatul Qadar(Malam Qadar) malam yang lebih baik dari seribu bulan menurut Al-Quran,pada malam ini Allah akan memberkati hambanya yang sanggup berjaga malam dan berdoa kepadaNya semata-mata untuk mendapat kan keberkatan dari Allah SWT.Malam Lailatul Qadar masih tidak dapat dipastikan waktunya dengan tepat,namun Nabi Muhammad bersabda carilah malam Qadar pada sepertiga malam terakhir pada 27 Ramadhan ataupun pada 10 malam terakhir Ramadhan)
  • Selepas laungan Azan berkumandang
  • Selepas Iqamat dibacakan
  • Waktu ternampak meteor dilangit(perkara ini masih di menjadi buah mulut dikalangan Ulama Islam)
  • Sewaktu berada ditempat yang suci dan bersih
  • Sewaktu berada di dalam Masjid(khususnya masjid Haram di Makkah,Masjid Nabawi di Madinah,Masjid Al-Aqsa di BaitulMaqdis(Jerusalem))
  • Sewaktu berzikir,berselawat,tahlil,tahmid,tasbih,takbir kepada Allah dan Rasullullah
  • Ketika besendirian dengan mengingati Allah SWT
  • Ketika dalam ketakutan
  • Ketika waktu hendak/selepas makan
  • Ketika hendak memulakan pengajian/mengakhirinya
  • Ketika hendak/bangun dari tidur
  • Ketika masuk/keluar tandas
  • Ketika mendapat kejayaan dan kemenangan
  • Ketika hendak berniat puasa
  • Ketka hendak mengambil air sembahyang (wuduk)
  • Ketika waktu memulakan/mengakhiri bacaan Al-Quran
  • Sewaktu membaca Hadis
  • Sewaktu menaiki/turun dari kenderaan
  • Sewaktu memulakan/berada/mengakhiri pelayaran
  • Sewaktu memakai pakaian dan wangian yang baik-baik kerana Allah SWT
  • Sewaktu sujud dan rukuk kepada Allah SWT dalam solat
  • Ketika berharapkan sesuatu kejayaan/kemahuan dan meminta keampunan daripada Allah SWT
  • Sewaktu melakukan pekerjaan yang baik-baik.
  • Sewaktu masuk/dalam/keluar rumah
  • Sewaktu melawat orang sakit dan mendoakan kebaikan dan kesihatannya
  • Doa anak-anak yang soleh
  • Sewaktu melawati jiran tetanggga
  • Sewaktu gerhana bulan
  • Sewaktu gerhana matahari
  • Sewaktu meminta hujan
  • Ketika waktu penganut Islam menunaikan Haji yakni ketika mereka berada di Jabal Rahmah di Padang Arafah,Arab Saudi.
Walaubagimana pun Islam menyarankan agar penganutnya berdoa kepada Allah pada bila-bila waktu dan tempat, selagi mereka masih beriman dan mengharapkan kebaikan dan keampunan dari Allah.




DOA -wikipedia





Doa adalah rayuan kepada Allah (Tuhan) untuk penganut Islam. Caranya adalah dengan meletak tangan di hadapan anda dan menghadap kedua tapak tangan ke atas. Ia sering dilakukan setelah sembahyang, sewaktu mengambil air sembahyang, sewaktu makan dan minum, berniat puasa dan sebelum tidur. Ia juga digunakan dengan beberapa niat pada perbuatan yang baik menurut ajaran agama Islam.

Muslim digalakkan berdoa untuk menunjukkan rasa rendah diri terhadap Allah SWT, selain untuk menunjukkan rasa patuh dan taat kepada suruhan Allah. Doa boleh dilakukan bila-bila masa tanpa had dan batasan selagi manusia Muslim itu hidup dan beriman kepada Allah.

Khasnya doa dilakukan bagi membaiki diri dengan cara meminta ampun kepada Allah dan mengharapkan sesuatu dariNya.