Pages

Sunday, 10 February 2013

kenapa perlu berdiet




Tentu ramai di kalangan anda yang menyangka diet hanyalah untuk golongan yang ingin menurunkan berat badan saja. Tanggapan ini sebenarnya kurang tepat. Ini kerana diet yang betul bukan sekadar untuk kuruskan badan atau menurunkan berat badan.

Tujuan berdiet sebenarnya lebih luas daripada itu. Diet seimbang penting bagi mengurangkan risiko anda dijangkiti pelbagai jenis penyakit. Antara penyakit yang dimaksudkan adalah barah, jantung, obesiti dan juga diabetes.


Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanakah cara diet yang betul?


Baiklah, di bawah nanti ada beberapa tips diet yang boleh anda ikuti. Harap ianya boleh dijadikan panduan agar tahap kesihatan anda sentiasa berada paras optimum ya;


1. Memahami Piramid Makanan


Piramid Makanan
Piramid Makanan - infosihat.gov.my


Anda boleh merancang menu seharian yang sihat berdasarkan piramid makanan. Fahami jenis makanan yang perlu diambil pada kuantiti yang banyak, sederhana dan sedikit. Nescaya diet anda akan lebih seimbang selepas ini.

Menurut ahli pemakanan, komposisi makanan yang terbaik untuk anda terdiri daripada 50% bijian (beras, gandum dan kekacang), 30% buah-buahan dan sayur-sayuran serta baki 20% untuk protein (daging dan ikan).

Komposisi makanan yang baik ini penting untuk pencernaan tubuh anda dan seterusnya memenuhi keperluan gizi seimbang.   



2. Pilih Makanan yang Segar


Tahap kesegaran makanan yang anda pilih juga mesti diperhatikan. Sebagai contoh, makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan yang masih segar.

Perhatikan keadaan fizikal dan warnanya. Pilihlah yang tak layu dan warnanya pula masih terang. Jika dah lebam atau pudar warnanya, baik anda lupakannya.



3. Serat


Jangan lupa memasukkan makanan yang mengandungi serat dalam menu anda. Banyakkanlah memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan minum air secukupnya.

Pengambilan serat penting bagi memastikan kelancaran sistem pencernaan anda dan seterusnya ia bekerja dapat bekerja dengan lebih efisien.


sumber dari: petuasejagat.blogspot.com

cara diet di pejabat




Hari ini, kebanyakan anda yang bekerja terpaksa meluangkan masa yang lama di depan komputer. Maklumlah, banyak kerja yang perlu disiapkan. Hal ini menyebabkan anda kurang bergerak. Kekadang, nak bangun kejap pun rasa cam malas. Betul, tak?


Imej - positivetosuccess.com


Tapi dalam masa yang sama, anda tetap mahukan tubuh yang menarik lagi menawan. Cuma kekangan bekerja di depan pc agak membataskan impian anda tu. Huhhh... mesti kecewa giler.

Oke. Dahlah tu. Usahlah bersedih. Sebab anda masih mampu untuk mengatasi kekangan tersebut. Cuba kuatkan semangat dengan mengikutI cara diet di pejabat berikut;



1. Minum banyak air


Nak senang, letakkan botol air putih berhampiran meja anda. Pastikan anda minum air putih yang mencukupi setiap hari.



2. Jaga waktu makan


Atur waktu makan anda secara konsisten. Jika biasa makan tengah hari jam 1 petang, cuba biasakan diri agar dapat makan pada waktu yang sama setiap hari. Ataupun dalam lingkungan 30 minit sebelum hingga 30 selepas jam 1 petang.

Pastikan juga memilih menu yang berkhasiat serta rendah kalori tau.

Sementara itu, elakkan tabiat suka makan atau mengunyah depan komputer. Saya tahu perkara ini sukar untuk kebanyakan orang. Tapi anda mesti UBAH jika mahu "maintain" langsing.



Untuk itu, mulai saat ini kosongkan meja anda daripada sebarang jenis makanan. Pastikan mata anda tidak terpandang sebarang jenis snek, buah-buahan dan sebagainya semasa tengah bekerja.



3. Bergerak sekali-sekala


Usah jadikan kerja yang bertimbun sebagai alasan untuk anda tidak bergerak. Mata anda pun tahu letih tau.


Jadi, sekali sekala anda perlu bangun dari kerusi dan lakukan sedikit pergerakan. Cuba fikirkan apa yang boleh anda lakukan sebagai selingan.

Lebih-lebih lagi masa rehat. Berhentilah sebentar daripada membuat kerja. Bawalah berehat sebentar. Luangkanlah masa bergerak sama ada untuk makan, solat, ambil angin di luar serta apa saja yang sempat atau sesuai dengan keadaan semasa.



4. Cari kawan yang ada matlamat serupa


Biasanya kalau buat seorang diri, anda takkan bertahan lama. Semangat lekas pudar. Lebih-lebih lagi jika ramai yang memperlekehkan usaha murni anda tu.

Jadi, langkah terbaik ialah cari seorang kawan yang ada matlamat serupa dengan anda. Iaitu ingin berdiet secara sihat dan selamat.

Berikan dorongan dan saling menguatkan semangat antara satu sama lain. Bila rakan anda kurang bermotivasi, berikan semangat dan tingkatkan keyakinan beliau. Begitu jugalah sebaliknya.



Sekian dulu buat kali ini. Harap anda mampu melaksanakan beberapa tip diet di atas. Mulakannya hari ini juga tau!


sumber dari: petuasejagat.blogspot.com

menafaat berjalan kaki




Anda suka jalan kaki untuk ke satu-satu tempat? Tak kiralah sama ada ke kedai runcit berdekatan rumah mahupun ke kedai makan berhampiran pejabat. Ataupun bersiar-siar di taman pada setiap petang dan hujung minggu. Ini pun dikira juga. =)




Jikalau anda memandang rendah pada aktiviti berjalan kaki ni, cuba fikir semula.

Berjalan kaki secara perlahan atau sederhana dengan purata 150 minit seminggu mampu mengurangkan risiko pelbagai penyakit. Di samping memberikan kebaikan lain kepada anda.


Antaranya;


1. Kurangkan risiko diabetes

Kajian terbaru mendapati berjalan kaki secara perlahan mengurangkan risiko diabetes.


2. Kurangkan risiko strok

Berjalan kaki secara sederhana selama 30 minit sehari menurunkan risiko strok. Iaitu pengurangan sekitar 40%. Sebaiknya lakukan aktiviti jalan kaki ini 5 kali seminggu.


3. Kurangkan risiko kanser payudara

Berjalan kaki bukan setakat boleh mengurangkan risiko barah payudara. Malah ia membantu si pesakit melawannya. Jadi, apa tunggu lagi??


4. Menguatkan daya ingatan

Kajian dari Itali mendapati berjalan kaki atau melakukan aktiviti lain seperti berkebun mampu mengurangkan 27% risiko mendapat demensia. Hasil ini diperolehi setelah menelitinya selama 4 tahun.

Demensia merupakan sejenis penyakit otak yang menyebabkan fungsi seseorang menurun dengan cepat. Contohnya seperti kurangnya daya ingatan, daya berfikir serta pergaulan.

Dimensia ini boleh dialami oleh sesiapa saja. Tetapi biasanya oleh mereka yang berumur 40-an ke dan atas.

Oleh itu, lakukanlah aktiviti jalan kaki ini bagi melancarkan aliran darah anda ke otak.


5. Memperbaiki kehidupan seks

Ah-ha! Bagi pasangan yang dah lama berkahwin mesti suka, kan?

Menurut kajian lagi membabitkan wanita 45-55 tahun, mereka yang menjadikan aktiviti jalan kaki sebagai rutin akan dapat ...

A. Meningkatkan ransangan seks

                          &

B. Meningkatkan kepuasan seks mereka


kerana pengaliran darah yang lebih lancar.


Sekarang, bagaimana persepsi anda terhadap aktiviti berjalan kaki? Dah berubah ke belum? Kalau dah, amalkan aktiviti ini 30 minit sehari selama 5 hari seminggu sebagai rutin baru anda.


sumber dari: petuasejagat.blogspot.com

cara mengatasi masalah kaki bengkak terseliuh




Kaki ni kalau dah bengkak, pergerakan pun agak terbatas. Nak dijadikan cerita, bebaru ni kaki saya bengkak. Masa beriadah tu tak terasa sangat. Bila malam, barulah terasa sakitnya. Perggghhhh... Tuhan saja yang tahu.


Jadi, apa yang patut dibuat bila kaki dah membengkak?


- Pertamanya, carilah halia tua

- Tumbuk halia tu sampai hancur

- Kemudian, alaskan bahagian kaki yang bengkak dengan kain atau tuala kecil yang bersih. "Bandage" pun boleh.

Bandage


- Letakkan halia hancur tadi pada kawasan yang bengkak dan balut dengan kemas.


Sebaik-baiknya, buat sebelah malam sebelum tidur. Esok pagi barulah buka balutan tersebut. Kalau masih belum surut sepenuhnya, ulangi semula pada malam kedua, ketiga dan seterusnya sampai sembuh. Ok. ;)



Tapi, ada cara lain yang boleh anda cuba jika mengalami masalah serupa. Sama ada bengkak ataupun terseliuh, kedua-duanya boleh applikasikan cara di bawah. Lebih-lebih lagi jika di rumah anda ada pokok Bunga Tahi Ayam. Hehehe...


1. Ambil beberapa helai daun pokok Bunga Tahi Ayam.


Pokok Bunga Tahi Ayam - Wikipedia


2. Ramas daun tersebut dan pupukkan pada bahagian yang bengkak mahupun terseliuh.

3. Kemudian, balut dengan kain sehinggalah bengkak tu hilang.


Itu saja petua kali ini khusus buat anda yang mengalami bengkak ataupun terseliuh. Mudah-mudahan ia berguna kepada anda yang memerlukan.


Selamat Mencuba!

sumber dari: petuasejagat.blogspot.com

merawat kuku bengkak cekam cagu




Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Rasanya pula, jangan cakaplah. Tuhan aje yang tahu. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya, kan?

Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh. Sebab ada juga di antara kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Ada beberapa cara yang saya pernah dengar dan diberitahu oleh orang yang berpengalaman untuk menyembuhkan cagu ni. Tapi saya kurang ingat semuanya secara terperinci.


Cuma 3 cara di bawah saja yang saya pasti. :)


#1 Sebagai permulaan anda boleh cuba dengan menggunakan daun inai. :)


1. Mula-mula, ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus.

2. Kemudian, balutkan pada ibu jari anda yang kena cagu tu.

3. Biarkan sampai ia kering dan barulah anda buangkan inai tadi.

4. Jika cagu anda masih belum surut, ulangi langkah 1 - 3 di atas.



#2 Jika cara di atas masih tak berkesan, cuba anda gunakan daun keembung putih pula.


i. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus.


ini bukan keembung putih, tapi keembung ungu. carilah daun keembung putih yer



ii. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi.

iii. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik.

iv. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi.

v. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.



#3 Langkah terakhir yang boleh anda ikhtiarkan ialah cuba anda pergi ke kedai ubat sensei. Kedai ubat-ubatan orang Cina tuh.

Anda tanyakan kat tokei kedai tu ada tak ubat cagu. Biasanya mereka akan tanya nak ubat cecair atau krim.

Pilih yang cecair (saya kurang ingat nama spesifik ubat ni). Tapi warna cecair tu agak gelap. Macam warna ubat batuk, tapi cair sikit lah. Ia diletakkan dalam botol kecil macam botol ubat mata yang ada di klinik-klinik.

Sebab cecair ni akan menyerap secara lebih menyeluruh kat kuku dan ibu jari anda.


Caranya begini;


a. Lap atau bersihkan dulu ibu jari anda.

b. Titiskan saja ubat tersebut kat ibu jari yang cagu tu.

c. Kalau boleh, ibu jari anda tu jangan dikenakan air untuk beberapa jam.

d. Rasanya taklah perit sangat bila letak ubat tuh. Kalau sakit, mungkin sekejap aje.

Cuma kesannya untuk cara ke #3 ni adalah bila dah sembuh nanti, kuku anda kurang cantik sikit lah. Sebab warna kuku tu akan jadi lain sikit. Mungkin makan masa bertahun untuk kembali kepada warna asal.


Begitulah 3 cara yang dapat saya kongsikan kat sini. Semoga anda yang menghadapi masalah ni segeralah mempraktikkan salah satu rawatan kuku di atas. Kalau anda ada cara lain, silalah kongsikannya di ruangan "ulasan" untuk manfaat bersama yer.


Selamat Mencuba!


sumber dari: petuasejagat.blogspot.com

menyembuhkan penyakit mata dan memulihkan penglihatan




Khusus buat anda yang ingin menyembuhkan penyakit mata dan memulihkan penglihatan, saya akan berkongsi satu amalan bagi merealisasikan impian tersebut. Seperti yang anda maklum, anugerah penglihatan yang sempurna memang tidak ternilai. Betapa nikmatnya dapat melihat perbezaan antara siang dan malam, keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan dan juga dapat membaca pelbagai petua kat sini, tak gitu? :)


gambar mata sihat




Petua kali ini khas buat anda yang beragama Islam saja, ok. 
Sebabnya, ia melibatkan pembacaan ayat suci Al-Quran. 
Baiklah, cara mempraktikkannya;

1. Bacakan surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali kepada si empunya diri yang mengalami masalah penglihatan tu.

2. Di samping itu, niatkan sama ada untuk tujuan menyembuhkan penyakit mata atau pun untuk memulihkan penglihatan.

3. Lakukan amalan ini selama 40 hari berturut-turut.

4. Waktu membacanya adalah di antara selepas solat sunat Subuh dengan solat fardu Subuh.


Mudah-mudahan usaha dan ikhtiar anda diperkenankan oleh Yang Maha Kuasa. Amin.


Selamat Mencuba!


sumber dari: petuasejagat.blogspot.com