Assalamualaikum......
begitu lama menyepi
baru kini dapat menemukan masa
Alhamdulillah...
pesananpaklong
Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Sunday, 22 May 2016
Sunday, 8 June 2014
Isu Syiah ialah isu akidah
APABILA Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan isu Syiah dan kaitannya dengan pemimpin Pas, beliau menyatakan isu Syiah ialah persoalan akidah dan keselamatan negara.
Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu memberi respons bahawa ia adalah isu sementara tanpa menyedari bahawa dari segi sejarah perkembangan Syiah dari sudut akidah, syariah dan fikah banyak perkara yang menyalahi dan bukan isu sementara.
Ramai pemimpin Pas membuat anggapan bahawa tidak salah mengagumi Ayotullah Khomeini. Pemimpin Pas patut merujuk juga wasiat Khomeini dalam majalah Dustur terbitan Lebanon (1 Ogos 1983, edisi 197, hal. 16-18) memberikan wasiat supaya memerangi negara-negara Islam sampai mereka menjadi negara Syiah.
Kata Khomeini, Ketika perang dengan Iraq telah selesai, maka kita wajib memulai perang dengan negara lainnya. Saya mengimpikan bendera kita berkibar di Amman, Riyadh, Damsyik, Kaherah dan Kuwait".
Profesor Yusof al Qardawi sahabat baik Anwar Ibrahim dan tempat rujukan Haji Hadi Awang yang sekian lama lunak dengan isu Syiah, akhirnya menyatakan Syiah membawa ajaran yang menyesatkan dan kafir (Aljazeera-9.3.2013) selepas menyaksikan pembunuhan ratusan ribu umat Islam di Syria.
Wasiat Khomeini dan penegasan Qardawi amat penting diteliti oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berada dalam Pas dan parti-parti politik dan NGO Islam yang lain, kerana apa yang sedang berlaku di Iraq, Syria dan Bahrain adalah gambaran apa yang diwasiatkan oleh Khomeini dan dibimbangi oleh Qardawi. Apakah mengagumi Khomeini mengagumi wasiat dan ajarannya?
Banyak kitab Syiah sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Antaranya termasuk kitab-kitab Khomeini, Kasyful Asrar, Al Hukumah al Islamiah dan Tahrir al Wasilah yang menjadi rujukan utama penganut Syiah di Malaysia. Apakah kitab Khomeini ini selari dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah?
Tidak mustahil Indonesia yang semakin subur pengaruh Syiahnya dengan penerbitan al Mizan, Bandung sebagai penerbit utamanya dan Malaysia yang mempunyai penganut Syiah dikatakan suku juta orang bakal jadi ancaman kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan keselamatan negara di rantau ini.
Menurut kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah, ajaran Syiah didapati bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Pengikut Syiah mempercayai jawatan Imam telah ditentukan Allah melalui lisan Rasulnya secara nas. Ini dijelaskan dalam kitab Aqaid al-Imamah oleh Syeikh Muhammad Redha al Muzaffar (hal.78).
Syiah juga mempercayai bahawa orang yang dilantik menunaikan wasiat Rasulullah SAW adalah Saidina Ali. Usul ini disebutkan dalam kitab Aslu Al-Syiah Wa Usluha oleh Muhamad bin Husiain Ali Kasyif al-Ghita (hal.136).
Imamah dan Khilafah dianggap sebahagian daripada Rukun Islam dan ia berlaku melalui nas. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al Hulliyy, terjemahan Dr. Lutfi Ibrahim, (hal. 145-146).
Banyak lagi buku tentang akidah Syiah ini menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam di Malaysia merupakan umat ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu berpegang dengan cara Abu Hassan al-Asyari dan al Matruridi dalam akidah.
Menggunakan pendekatan Mazhab al-Shafie dalam penentuan hukum fikah dan meraikan mazhab muktabar yang lain.
Banyak lagi ajaran Syiah yang menyeleweng dari sudut Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu menyatakan semua imam adalah maksum, Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia, kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan, taqiyyah (berpura-pura), menyamakan Saidina Ali dengan Allah SAW (kitab al Usul Min al Kafi oleh al Kulaini, Jilid 1, hal. 197), mengkafirkan para Sahabat (kitab al Anwar al-Numaniah, oleh Syed Nikmatullah al Musawi, hal. 81).
Perpecahan yang berlaku di Malaysia tidak saja dilatari oleh faham politik yang berbeza tetapi juga anutan fahaman dan aliran keagamaan yang tidak sama.
Pertentangan Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh menghasilkan pertentangan yang tajam. Menjadi kewajipan bagi kerajaan, parti politik dan NGO Islam yang masih meyakini kebenaran faham Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak memandang ringan akan pengaruh Syiah ini.
Langkah-langkah keselamatan perlu diambil supaya faham yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ditangani dengan tegas supaya perpecahan yang lebih parah dapat dibendung.
sumber dari: utusan.com.my/
Pelajar Iran datang Malaysia sebar Syiah
Ketua Unit Kajian Syiah ISMA, Ustaz Mohammad Ismail mendakwa kebanyakkan pelancong dan pelajar dari Iran datang ke Malaysia adalah untuk menyebarkan ajaran sesat Syiah.
“Antara mereka, bukan datang untuk tujuan belajar semata-mata tetapi ingin menyebarkan kefahaman mereka yang terseleweng kepada masyarakat Malaysia.
“Sehinggakan akhirnya muncullah tokoh-tokoh Syiah dalam kalangan orang Melayu kita,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam program ceramah ‘Bahaya Syiah’ anjuran bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah, ahli jawatan kuasa masjid dan Universiti Malaysia Sabah cawangan Sandakan baru-baru ini.
Tegasnya, ajaran Syiah perlu ditentang dengan sekeras-kerasnya. Tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka.
Apatah lagi apabila mereka sangat licik untuk merosakkan akidah umat Islam. Doktrin mereka sahaja sudah menyesatkan.
Antaranya ialah mereka menganggap imam-imam atau ayatollah mereka bersifat maksum, mengkafirkan para sahabat nabi, menyelewengkan al-Quran, nikah mut’ah atau nikah kontrak yang menghancurkan keturunan nabi Adam as, bersikap taqiyah iaitu melakukan pembohongan, dan mengatakan ahli sunnah wal jamaah sesat.
Dalam pada itu Ustaz Mohammad turut mendedahkan tentang pihak Comango yang menuntut hak kebebasan manusia menurut kacamata barat supaya dilaksanakan di Malaysia.
“Dan salah satu tuntutan tersebut termasuklah penyebaran ajaran syiah secara bebas dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia,” katanya.
Antara daerah yang terlibat dalam program ceramah ‘Bahaya Syiah’ ini ialah Tawau, Semporna, Sandakan dan Kinabatangan.
Program bermula dari Masjid al-Khautar Tawau, diikuti Masjid Ar-Rahman Semporna, Masjid Nurussyakirin Taman Indah Jaya Batu 4 Sandakan, Universiti Malaysia Sabah cawangan Sandakan dan akhir sekali di Masjid Derah Kinabatangan.
sumber dari: ismaweb.net/
23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah
1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.
2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada.
3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.
4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.
5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.
6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).
7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.
8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.
9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.
10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.
11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.
12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.
13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW.
14.Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.
15.Kain kafan mayat mereka bertulis.
16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.
17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.
18.Suami halal meliwat isteri.
19.Harus taqiah (boleh menipu berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.
20.Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.
21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.
22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
Bahkan ada di kalangan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.
Bahkan ada di kalangan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.
23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.
sumber dari: fuh.my/
PSM Nyata Pendirian Terbuka Sokong Syiah
Parti Sosialis Malaysia (PSM) akhirnya mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian mereka terhadap isu Syiah yang sedang hangat diperkatakan orang ramai sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila pada waktu semua rakyat Malaysia bersatu suara menentang penyebaran Syiah di negara ini, PSM pula menyatakan sokongan kepada pergerakan Syiah di negara ini.
Pengerusi Nasional PSM, Dr. Nasir Hashim berkata, PSM menganggap sebahagian besar warisan tradisi Syiah berjaya mengilhamkan perjuangan pembelaan golongan marhaen dan terpinggir.
“Ini jelas terbukti dalam karya-karya Ali Shariati, Ayatollah Khomeini dan Syed Hassan Nasrallah. Malah tradisi ilmu pada zaman kegemilangan tamadun Islam tidak akan berkembang tanpa sumbangan intelektual tokoh Syiah seperti Ibnu Sina dan Al Farabi.
“Tanpa mereka karya-karya falsafah Plato dan Aristotle tidak akan ditemui semula oleh tamadun Islam mahupun Barat. Justeru PSM membantah segala penindasan dan prejudis terhadap golongan Syiah di Malaysia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Nasir seterusnya mendakwa, isu Syiah sengaja dibangkitkan oleh kerajaan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu yang lebih penting seperti kenaikkan kos sara hidup dan sebagainya.
Menurutnya, sentimen takut dan sentimen keagamaan menjadi strategi pihak tertentu untuk mendapat sokongan rakyat.
“PSM menyarankan supaya kerajaan mengkaji semula tindakannya dan secara matang mengadakan dialog dengan pihak berkenaan (Syiah),” dakwanya lagi.
sumber dari: anwaraidc.com
mati dalam keadaan hina
Inilah Khomeini yang di bangga2kan Quburiyyun..! mati dalam keadaan hina..! Si .....yang menghina kehormatan istri Rasulullah salallahu alaihi wasallam dan para sahabatnya mengalami kematian yang lebih hina dari kematian binatang..!
lihat... syiah kuffar, bagaimana orang mati mendustakan ayat2 Allah, lihat... syiah, mati hampir telanjang. Kain kafan si Khomeini diperebutkan oleh pengikut2 dungu syiah.
sumber dari: tipudayasyiah.blogspot.com/
Cahaya (Nuur) Ulamak Syiah
Cahaya (nur) Pemimpin Utama Syiah...
Lihatlah bagaimana ia berlaku. dan lihatlah juga wajah pengikut yang ada di cermin hadapan tersebut.
Kalau anda telah lupa, lihatlah kembali kepada post ini yang menunjukkan bagaimana saat pengkebumian pemimpin Syiah.
sumber dari: suarapemikir.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)